Nuffnang

Sunday, November 7, 2010

Top Chef Just Desserts




Assalamualaikum. Selamat menikmati hujung minggu. Anda tengah buat apa sekarang? Saya sedang menikmati pisang goreng bersama kopi panas. Menaip tulisan ini di samping melihat perkembangan muat turun Top Chef. Nampaknya kelajuan streamyx sangat lemah.Nampaknya lama lagi nak tunggu habis muat turun.

Rancangan Top Chef  ni baru saya tahu bulan lepas. Sebelum ni saya tidak berkesempatan menonton. Cuma mula-mula tertengok di saluran DIVA (702) ketika kul 12 pagi lebih. Masa tu saya tengah masak untuk makan lewat pagi. Jadi sambil masak sambil mata tengok tv (tv ada kat dapur).Menarik juga siri ini. Kalau kat Malaysia,baru ditayangkan siri 3 dan 4 (siri 4 di AXN) tapi di Amerika Syarikat dah habis ke siri 7 dan sedang ditayangkan Top Chef Just Desserts siri pertama.

Jadi saya pun mencari siri-siri terdahulu dan yang belum tengok di tvblinkx dan ada sebahagian siri saya muat turun. Kalau siri 1 Top Chef saya tak jumpa untuk muat turun dan terpaksa tengok di tvblinkx. Ada sekali saya ingat dah jumpa Top Chef siri 1 kat enjin pencarian, bila habis muat turun rupanya lain. Rupanya banyak kategori siri ini. Saya termuat turun Top Chef  Just Desserts

KATEGORI SAYA JUMPA:

1)TOP CHEF->orang-orang yang masuk pertandingan ini biasa eksekutif chef,sous chef,sommelier, pelajar kulinari,guru masakan,chef peribadi dan orang yang baru mengenali seni masakan. Kira orang biasa katakan.
2) TOP CHEF MASTER-> ini untuk mereka yang sudah pakar. Saya belum berkesempatan untuk melihat episod dalam siri ini.
3)TOP CHEF JUST DESSERTS- seperti tajuknya, mereka yang mempunyai skil dan kemahiran membuat pastri.

Siapa yang minat masakan dan suka memasak, bolehlah tengok siri ini. Saya ada juga bukan laman sesawang bravotv.com (penerbit siri ini, ada resipi kalau nak cuba) Canggih,memang tahap sukar nak wat masakan atau pastri. Kira peserta-peserta yang masuk bertanding dalam siri ini bukan calang-calang walaupun orang biasa pun mereka kena ada pengalaman malah ada pendidikan mengenai masakan.

Saya berkesempatan melihat episod pertama Top Desserts. Masa Quickfire Challenge (pemenang mendapat imuniti apabila memasuki Elimination Challenge), masa Seth Caro memperkenalkan kek cawan. Wah bangga saya bila dia memperkenalkan Steamed Malaysian Coconut Cake With Basil Buttercream & Candied Pine Nuts. Ambil perhatian: STEAMED MALAYSIAN COCONUT CAKE atau dalam Bahasa Melayunya ialah kek kelapa kukus.Paling menarik kek cawan Seth Caro menang untuk pusingan Quickfire Challenge. Memetik kata juri Johnny (setelah saya alih bahasa,ahaha)  "kek cawan awak menarik, ia sangat urban,awak ambil kek yang biasanya tak dibuat cara sebegini dan anda mengadaptasi mengikut cabaran yang diberi.." Ok, nak tahu rupa kek cawan Seth Caro, sila tengok bawah
Lepas dalam episod ke-2, dalam cabaran menggunakan koktel sebagai pencuci mulut (Elimination Challenge), pencuci mulut Yigit terpilih antara 3 sajian terbaik. Tau tak dia buat apa? Jeng-jeng tengok bawah
Yigit guna agar-agar ok. Agar-agar merupakan perkataan Bahasa Melayu.(rujuk pada wikipedia ye). Apapun anda boleh tengok gambar-gambar ini atau gambar-gambar lain di laman bravotv.com. Kredit kepada laman ini kerana saya menggunakan gambar-gambar dari sana untuk tulisan ini.





























































































































































No comments: