Nuffnang

Saturday, December 25, 2010

Google Chrome tidak boleh dipasang sekiranya anda memakai AVG versi 8.5




Assalamualaikum....

Semalam tengah asyik tengok citer Korea kat internet, tiba-tiba AVG bagi mesej amaran Google Chrome dijangkiti virus. Ingatkan citer Korea tu yang buatkan dapat virus sebab lepas buang tu dan nak buka balik Google Chrome tak boleh pula. Terus buang Google Chrome sebab ingat nak pasang balik. Tengok-tengok tak boleh nak pasang balik. Saya sangat kecewa sebab saya dah menyukai untuk menggunakan Google Chrome. Bagi mengatasi kekecewaan, saya kemaskini Internet Explorer ( versi 5) ke versi 8 tapi saya macam tak suka, ada kekurangan.

Memang saya ada alternatif pakai Mozilla Firefox tapi kalau anda nak tahu Mozilla saya guna untuk sentiasa buka gmail takleh buka lain ( mengada boleh je nak buka tapi saya taknak terlampau banyak muka surat kat Mozilla). Jadi monyok juga terus tutup terus pc. Niat di hati kalau Google Chrome takleh pasang semula, saya takkan tengok citer Korea. Memang tidur tak lena sebab sedih Google Chrome takde.

Esok bangun pagi-pagi, saya cuba balik pasang semula. Masih gagal. Puas saya cari kalau ada virus kat temp (sebab AVG selalu gagalkan pemasangan bagi mesej ada virus trojan kat chrome.exe) tapi tak jumpa. Mula-mula ingatkan nak tanya kat sorang chatter yang mungkin tahu masalah. Saya cuba pasang Google Chrome kat komputer lain, boleh je. Saya musykil. Jadi saya cari forum pasal masalah ini, rupa-rupanya AVG versi 8.5 memang akan menggagalkan kita memasang Google Chrome. Penyelesaian yang saya buat ialah mengemaskini AVG 8.5 ke AVG 2011. Kalau anda pakai AVG versi 9 ok juga tiada masalah macam pc saya yang lagi satu tu guna AVG versi 9.
Sapa-sapa ada masalah ini harap-harap dapat jawapan.

2 comments:

miss che'gu said...

huhu.. patutlah google chrome ku terus tidur tak bangun2. klik 18 kali pun x de respon. Baru perasan dua tiga hari lepas ada update avg. agaknya memang ini lah sebabnya. tapi macam mana nak jadikan avg 8.5 ke versi 9?

NA said...

Terima kasih bertanya. Awak cari installer avg versi 9. Lepas cari installer tu muat turun.

-wina1979-