Nuffnang

Wednesday, July 29, 2020

Review: Roti Cotek Di Laman Hijau Cafe

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Esok hari Arafah. Digalakkan berpuasa. 

Laman Luar Laman Hijau Cafe


Selasa lepas macam biasa mencuba pertama kali di Laman Hijau Cafe untuk bersarapan. Pukul 8 pagi lebih sampai bersama emak, abah dan Uwan. Kafe ini terletak antara deretan rumah. Kira kafe tepi rumah. Persekitaran memang bersih dan nyaman walaupun terletak di tepi jalan.

Kaunter Makanan


Saya tidak tahu hendak sarapan apa. Sarapan macam hidangan biasa ditemui macam nasi lemak, mee kari, rojak, roti canai, nasi berlauk. Jadi cuba roti cotek. Pandangan pertama macam roti titab.

Roti Cotek Di Laman Hijau Cafe.


Rasa macam biasa sahajalah. Boleh buat sendiri. Ada rasa sedikit mee kari yang emak pesan. Memang sedap dan memenuhi kehendak saya iaitu pekat dan pedas.

Uwan pesan roti telur, abah pula nasi berlauk. Apapun akan datang semula ke sini kerana hendak cuba menu lain sebab kami datang awal pagi. Ada menu belum tersedia macam kacang pool dan laksa nyonya. Insya Allah. 

Sesiapa nak cuba boleh ke alamat ini:

Laman Hijau Cafe,
Lot 2900, Kampung Tampin Tengah,
Tampin Negeri Sembilan.
No tel: 012 375 6377

Selain sarapan, makanan tengahari turut disediakan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat berpuasa esok.

Jumpa lagi.


11 comments:

nohas said...

mi kariii..sedapnya..banyak pilihan breakfast..

Khairul Krol said...

Menu kacang pool..sedap tu..lama tak makan..

Diana Rashid said...

Nasib baik tak tunjuk gambar mee kari nya..saya dah sebulan teringin nak makan mee kari..Tapi tahan je sebab tengah diet.. Hahah

Warisan Petani said...

Selamat menjamu selera

Abam Kie said...

hari ni x leh sarapan sbb puasa sunat Arafah.

Puan Hazel said...

Salam Aidil Adha buat NA sekeluarga 🌹

Mell said...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat NA dan keluarga... :)

anakdenesor said...

wahh sarapan pagi nampak sedap

dear anies said...

alaaa sedapnya tp kalu buat kt rumah kenapa x jd sedap eh? hahahaah

NA said...

Jenis kaya digunakan lain agaknya.

Mrs. A said...

Kalau Mrs. A suka sarapan roti canai atau nasi lemak.

Sekejap aje dah seminggu hari raya korban berlalu.