Nuffnang

Monday, June 13, 2022

Cara Mendapat Firasat/Gerak Hati Yang Benar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ilmu baru saya dapat ketika menonton Cinta Ilmu pukul 7:30 malam di tv Al-Hijrah tadi. Kisahnya mengenai malaikat Jibril dan apa tugasannya sekarang setelah Rasulullah S.A.W. wafat.

Penceramah beritahu Jibril memberi ilham, gerak hati dan firasat daripada Allah melalui malaikat pembantunya iaitu Malaikat Mulhim kepada manusia. Saya tertanya-tanya dalam diri bagaimana hendak bezakan antara gerak hati yang benar dan tipu saya syaitan.

Akhirnya persoalan saya terjawab di akhir rancangan. (Nasib baik tengok sampai habis). Penceramah menjelaskan untuk dapat firasat yang benar berdasarkan Ibnu Sujak (tidak pasti ejaan mungkin Abu Sujak) 

Untuk mendapat gerak hati/ilham/firasat yang BENAR. Kita hendaklah:

1. Tunduk pandangan, tidak pandang perkara yang maksiat.

2. Tidak melayan hawa nafwa nafsu. Kekang dan kawal.

3. Urus hati, ingat Allah. Apabila pandang sesuatu sentiasa ingat padaNya. 

4. Sentiasa amal sunah Nabi.

5. Pastikan makanan yang masuk ke mulut dan perut kita adalah halal.

Baru tahu rupanya ilham itu diserahkan kepada Jibril dan kemudian diserahkan kepada malaikat Mufhim. Alhamdulillah satu pengetahuan baru.

Saya memang hendak dapat gerak hati yang benar sebab saya seorang kinestatik dan ISFJ. Memang kuat pegang pada perasaan. 

Kalau korang hendak tahu korang ada gerak hati yang benar atau tidak, saya pernah beri kuiz ini dan ia antara pos yang popular sepanjang masa. Boleh klik Kuiz Gerak Hati. Boleh tinggalkan komen kalau gerak hati korang betul. Kalau tidak betul, boleh amalkan tips diberi.

Hehe kadang-kadang firasat tidak betul juga. Kena baiki mana kurang.

Harap bermanfaat. Selamat beramal.

P.S: Kita ingat orang itu dan orang itu ingat kita juga satu bentuk gerak hati.

20 comments:

norhidana said...

terima kasih atas perkongsian ni kak, sangat berguna ni...

mrhanafi said...

Gerak hati saya sentiasa mahu kaya dan kaya hehehe

NA said...

Sebaik-baiknya ada gerak hati yang benar untuk jadi kaya di dunia dan akhirat. Takut dapat dunia sahaja.

nohas said...

Alhamdulillah, dapat ilmu baru..saya dulu pun ISFJ tapi disebabkan nature kerja, kena tukar personality..

SalbiahM said...

tips yang menarik. kadang-kadang tidak pasti ianya gerak hati atau sebab saya memang overthinking

Puan Hazel said...

Kalau kita ingat org, dan org tu ingat kita selalu juga berlaku pd PH & kawan-kawan rapat :)

Nur said...

Mekasih share ye, NA.
Instinct yang mula-mula kita fikir tu, selalunya betul. Kena percaya dengan diri sendiri. Tapi setan selalu kacau, buat kita tukar fikiran. Terus jadi salah. Bagi saya la. Hehe..

Ujie Othman said...

Terus saya search apa itu ISFJ.

Terima kasih atas perkongsian untuk mendapat gerak hati yang benar tu, kiranya kita perlu berusaha menjadi seorang yang betul-betul menjaga iman.

NA said...

Ops lupa jelaskan. Introvert Sensing Feeling Judging. Pernah cerita dulu-dulu. Maaf ya.

NA said...

Hehe kadang-kadang yang pertama terlintas tidak tepat. Ini daripada pengalaman saya.

NA said...

Itulah kan.

NA said...

Wah boleh ubah.

NA said...

Tiada perkara menarik untuk dicerita pada minggu ini tapi alhamdulillah tengok tv ada ilmu boleh kutip. Semoga bermanfaat.

NA said...

Macam mana yang tidak kenal atau kenal gitu-gitu? Hehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Menarik topik ni. Pernah berlaku ada sorang hamba Allah ni (alim orgnya), kami tak ckp pun nak dtg rumah. Alih2 beliau dah siap masak2 tunggu kami sampai.

zila@akulovetravel said...

Melakukan sesuatu ikut instinct dan bertawakal kepada Allah..InsyaAllah semuanya akan smooth.

mama sara nur @ Cik Nor said...

tq NA atas perkongsian
dpt ilmu yg bermanfaat , alhamdulillah
zaman dah penghujung kena cari Guru Agama utk belajar byk lg
utk kenal ALLAH, Nabi Muhammad, dan dari situ kita akan kenal kita sebenarnya
tp bkn guru dari google he hee

mamapp said...

Alhamdulillah tq atas perkongsian ni na

Mrs. A said...

Perkongsian yang menarik baharu tahu apa itu ISFJ

Bola Katok said...

Kadang gerak hati betul, kadang terasa kebetulan. Tak tahu mana satu. 😂