Nuffnang

Sunday, March 15, 2026

Bunga Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini berlangsung majlis khatam al-Quran di Surau Al-Falah. 

Ia bermula pukul 6:30 petang dengan bacaan juz amma dan doa. Kemudian berbuka dan solat Maghrib.

Selepas solat Isyak dan terawih, majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

Mereka yang hadir dapat bunga telur berisi 2 ketul coklat Ferrero Roche.

Bunga Telur Coklat



Alhamdulillah kenyang makan nasi minyak. Ramai yang hadir. Adik perempuan sekeluargapun ada tapi mereka balik semula ke Tampin selepas Maghrib untuk kemas barang ke KL dan kemudian balik kampung belah suami di Kelantan.


11 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tadarus utk bln puasa ni dah katam ye?. Alhamdulillah. Tahniah.

Roziah @ Cie said...

bunga coklat la tu takde telur. hihih

mama tisya said...

bunga telur versi coklat mmg rare

Puan Hazel said...

Canggih, telur diganti dgn coklat FR

Tot said...

Alhamdulillah.. sedap tu, chocolate ferrero rocher. Lama tak makan. Awal balik kampung, keluarga adik NA.

norhidana said...

wah bunga telur kayangan ni kak

Ujie Othman said...

Ni kira ‘bunga coklat’ la kan sebab tak ada telurnya 😀
Awal adik Na balik Kelantan, eloklah dapat elak sesak.

uncle gedek said...

Betul Ujie cakap... Bunga coklat la kan? hehehe

Cuya said...

Sedap tu coklat mahal. Favourite Cuya

anamizu said...

waahhhh bnga coklat fererorocher!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaah sampai dirayakan juga oleh surau yaaa. Saya tak tahu lah surau di sini ada buat yg begitu atau tak. Saya banyak dengar Orang2 mengaji, tapi rasa2nya sendiri2, bukan bersama.