Nuffnang

Monday, March 14, 2011

Kesyukuran



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Dalam segala nikmat yang kita dapat harus kita bersyukur walaupun kecil. Ucapan di bibir, yang menggerakkan lidah mengucap 'alhamdulillah' (الحمدلله)Manakala perbuatan pula cara menunjuk kesyukuran dengan melakukan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya. Berlumba-lumba membuat kebaikan dan jangan lupa berniat keranaNya untuk menguatkan perbuatan merupakan satu cara untuk bersyukur melalui hati.

Sebenarnya banyak cara untuk menunjukkan kita bersyukur. Sama ada secara umum atau khusus. Ikutlah kemampuan kita asalkan tidak lari tujuan kerana Allah (لله تعالى)Apabila kita bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmat kita pada Allah. Itu janji Allah. Allah tidak memungkiri janjiNya atau tidak lupa menunaikan atau tidak leka seperti kita ini yang lemah dan culas.


Ingatan untuk diri sendiri dan mereka yang membaca.
Jumpa lagi.

Sunday, March 13, 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi



Assalamualaikum....

Cuti sekolah kembali. Maka ramai yang akan membuat pelbagai perancangan untuk berjalan-jalan. Saya pun baru tahu cuti sekolah bila mendapati adik-adik perempuan emak saya bersama sepupu ke Pulau Langkawi. Mereka pergi tanpa suami dan membawa anak-anak sahaja. Saya dan emak tidak ikut serta. Alahai rasa cemburu. Eh tapi mak saya kalau nak berjalan mesti dengan abah. Agaknya tu pasal mak saya tidak ikut. Haha yang bermakna saya pun tak ikut (ala saya nak pergi sorang boleh aje ikut makcik-makcik saya)

Perancangan saya mahu berjalan-jalan di JJ sambil cari bahan nak buat lasagna. Teringin pula. Beberapa kali percubaan lasagna tidak berapa berjaya. Harap-harap menjadi kali ini. Saya nak cuba guna keju ricotta, cheddar dan parmesan. Sebelum ini saya guna keju parmesan dan mozarella. Inilah masa untuk bereksperimen dan mencuba cara lain pula. Kalau sedap dan menjadi, saya akan letak resipi nanti. Harap-harap berjaya.

Oh!Ya, tengah hari tadi melawat adik di hospital, Muar. Alhamdulillah dia tiada meluahkan macam minggu lepas tapi dia masih melalui rutin yang sibuk sampai tidak sempat makan dan tidak lalu makan waktu tengah hari. Mak saya bawa nasi,  masak lemak nenas bersama udang dan udang,ayam dan bebola bersalut tepung. Dia hanya makan makanan bergoreng. Maka mak saya terpaksa bawa balik semula nasi dan masak lemak kerana kalau ditinggalkan di sana, adik saya tidak sempat makan. Apapun harap-harap dia bersabar.

Ok jumpa lagi. Lupa nak bagitahu, saya sekarang memasuki Peraduan Agro-Xplorasi yang ada di Harian Metro Sabtu bahagian hiburan. Sesiapa yang berminat atau beli Harian Metro Sabtu boleh sertai. 

P.S: iPad 2 keluar semalam di US. 

P.S.S: Apa jawapan korang buat untuk Agro-Xplorasi episod 2? Saya jawab RM20 000. Sama tak jawapan? :) 

P.S.S.S: Senang tak reka slogan?