Nuffnang

Friday, April 8, 2011

Sayangi PC/Laptop Anda




Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Rasanya 2 hari saya tak menulis.  Tadi 3 kali pc saya padam tiba-tiba dan keluar amaran kesilapan sistem dan pergi ke 'sleeping mode'. Saya teringat dah seminggu saya tak bagi pc saya rehat. Pc saya pun macam mengaum. Pula tu saya aktif muat turun data. Kira banyak aplikasi saya buka. Bila tiba-tiba 'shutdown', gelabah saya. Saya takut tak boleh buka semula program. Memang awal-awal tu, pc buka tutup, dalam status tidur. Heh, lagi satu kewajipan saya tak buat, iaitu mengimbas kalau ada sektor rosak, fragmen semula, kosongkan cache dan kemaskini perisian. Kalau adik saya, si H dan M  memang dia ambil berat pada laptop dan pc mereka. Mereka akan ambil masa untuk buat rawatan dan pencegahan supaya sistem tak hancur. Sebenarnya untuk mengelak daripada format semula pc/laptop. Kalau mereka dapat masalah ni awal-awal mereka akan buat diagnostik komputer. Ada masalah cepat-cepat mereka atasi.  Mereka juga bukan sewenang-wenangnya bagi orang lain pakai pc atau laptop. Selalu H bagi saya pinjam dengan ingatan "Na, jangan muat turun apa-apapun.Layari internet je. Pakai mozilla." "Na, jangan usik bla bla."

Bila kena sekali ni, baru teringat saya tak rawat, kasi antibodi, rehat pada pc saya. Kecut hati saya sebab takut kena format semula. Dahlah saya tak reti. Jadi lepas pc hidup mati 3 kali, saya buat diagnostik apa yang saya tahu. Harap-harap dapat baiki kesilapan besar yang ada pc saya.

Pengajaran juga pada saya sebab selalunya yang ambil berat kesihatan pc ni adik saya, saya ni rajin pakai je sebelum ni. Jadi pc ni kira adik bagi sempena dia habis belajar maka tanggungjawab saya menjaga pc ni sebagaimana adik saya menjaganya. Maka pc ini akan diberi rehat atau tidur sebagaimana tuannya.

Ok itu sahaja saya nak coret. Jumpa lagi. Hargainya kesihatan anda dan pc/laptop anda. Nasihat daripada saya.

P.S: Jangan muat turun program yang diragui kesahihan atau yang anda tak kenal, takut spyware

Wednesday, April 6, 2011

Mengapa Berat Badan Saya Tidak Naik?


Assalamualaikum...

Hari Selasa merupakan hari di mana terdapat pasar malam di kawasan perumahan saya. Selalunya makanan saya pilih untuk makan adalah laksa penang. Abah pun memilih untuk makan laksa. Masalahnya dia makan laksa saya mempunyai cili api. Maka terpaksalah dia memilih  cili api untuk dikeluarkan daripada pinggan. Manakala saya yang makan kemudian mengambil cili api yang abah sisihkan dalam laksa dia masuk ke dalam laksa saya. Memang susah nak nampak beza laksa mana ada cili api atau tidak kalau tengok daripada plastik luar.

Apapun saya nak tulis tentang selera makan. Mimok pernah komen masa saya belajar di universiti badan saya tak naik walaupun selera makan saya boleh tahan, makchek saya pun pernah cakap saya ni boleh tahan juga selera makan. Beberapa minggu lepas pun adik saya si Z pun cakap "nasib baik tak gemuk" kat saya bila saya cakap nak makan ni rasa nak tidur je.

Aktiviti makan pula tak ikut waktu kadang-kadang waktu tengah malam, waktu sahur pun saya makan kalau lapar. Kira saya makan tak kira waktu.  Mereka pelik saya makan tapi badan tak naik. Ok, sebenarnya kalau lepas makan, saya akan buat aktiviti membuang tenaga macam kemas dapur, basuh pinggan, menyapu, letak plastik sampah kat luar rumah dan lain-lain. Takpun saya suka tengok tv, saya buat aktiviti basuh baju (pakai mesin) di mana mesin basuh tu dah jadi manual kena isi air. Jadi waktu iklan tv, saya akan tengok perkembangan mesin nak air ke tidak. Lagi satu saya suka naik turun tingkat atas, sambil basuh pinggan dengar radio sambil saya akan naik ke atas tengok pc saya dah habis muat turun siri atau filem. Memang saya aktif ke sana ke sini  akan buat 2-3 kerja pada satu masa. Tengah makan pun boleh tengok mesin basuh atau naik tingkat atas jawab telefon.

Mak saya pun rajin suruh saya ambil barang-barang yang terletak di tempat lain walaupun saya tengah makan. Mak suruh je, cepat-cepat saya pergi ambil sama ada kat luar rumah, di ruang tamu atau kat atas.

Mengapa saya buka topik ini? Haha sebab ramai teman siber saya ingat saya ni berisi. Saya selalu cakap tengah makan itu, tengah kunyah itu ini atau minta izin nak ke dapur sebab nak buat air atau ambil kuih ketika borak di alam maya. Ada tu tak percaya saya kurus je. Haha lantak kalau tak caya.

Syukurlah ya saya tak pernah alami berat badan berlebihan. Jadi mungkin anda pun boleh buat macam saya, rajin-rajin aktifkan diri buat kerja-kerja rumah takpun rajin-rajin naik turun tangga.

Ok jumpa lagi.

P.S: Senang kalau badan ringan, senang bergerak