Nuffnang

Sunday, April 17, 2011

Baliklah




Assalamualaikum...
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Oh nak bagitahu pc umum tu bukan pc di kafe internet tapi pc di rumah ini juga di mana semua orang di rumah boleh pakai dan diletakkan di bilik tetamu.
Saya masih lagi menulis di pc umum. Ketika saya menulis tulisan ini, saya tinggal sorang di rumah. Adik, H pula ke KL. Mak dan abah di kampung, masih dengan tujuan untuk menjemput. Nampaknya perkahwinan adik saya, H sama tarikh dengan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton. Bukan sengaja pilih sama tarikh yer, adik saya dah rancang tarikh tersebut sejak tahun lepas manakala pasangan diraja tu pilih pada awal tahun ini. Mak saya ralat sebab tak dapat tengok siaran langsung perkahwinan diraja tu. Hehe, saya cakap mesti dapat tengok ulangan nanti.
Adik saya, M tak dapat balik ke Malaysia (dia cakap tak dapat balik, Allah je tau kut dia nak buat kejutan kat H). Wahai adikku, M kalau baca ni, sila jangan buat lawak, cakap je dapat balik, nanti kitaorang buat bodoh tak jemput kat KLIA. Adik saya M ni ada karakter SUKA buat kelakar macam pelawak. Dia yang selalu buat lawak pada kami sekeluarga.
Mengikut perancangan, adik saya Y akan balik bersama budak bobot (Adiva) hari ini. Rindu nak menyakat budak bobot tu, cubit-cubit pipi dan gigit jari dia. Esok budak bobot tu akan mencecah 6 bulan.
Oklah, wahai ahli keluargaku cepat balik lebih-lebih lagi si M, tak lawak tau cakap tak dapat balik.
Jumpa lagi.


P.S: Along cakap balik, balik tau. Bayar jer denda ponteng kelas. Takpun cakaplah kat pensyarah M tu, ada ahli keluarga kahwin mesti dia faham.



Saturday, April 16, 2011

Menulis Kembali




Assalamualaikum...
Selamat pagi. Bertemu kembali di ruang penulisan. Hampir seminggu saya tidak menulis di blog. Pc saya masih belum sihat dan walaupun ada pc umum tapi saya macam kurang mood tulis di pc umum. Semalam saya keluar jalan. Mula pergi JJ, banding harga keju. Kemudian pergi ke Mahkota Parade untuk ke Pusat Maxis sebab ada masalah langganan. Harap selesai. Mula-mula buat laporan di laman sesawang Maxis 2-3 kali tapi tiada tindak balas daripada pihak Maxis. Lepas tu buat luahan di Facebook Maxis pun tiada tindak balas. Maka terpaksa ke Pusat Maxis di Mahkota Parade untuk batalkan langganan yang saya tak nak. Banyak makan kredit, tu kena cepat-cepat selesaikan kalau tak, kering tak sampai beberapa hari.
Alang-alang tu cari installer untuk pc saya. Di MP tiada installer Windows XP, kalau ada pun Windows 7. Takut tak sesuai, dah installer tu mahal sebab CD asli. Lepas tu gi Hatten Square Melaka. Ada tapi ada banyak versi Windows XP. Fikir-fikir beli jerla, dah nak rindu saya nak pakai pc sendiri. Lepas tu pergi ke Dataran Pahlawan beli Big Apple. Akhirnya termakbul hasrat untuk makan donut Big Apple pertama kali. Beli 1/2 dozen je dengan harga RM12.50. Lepas tu jalan-jalan dalam bangunan Dataran Pahlawan. Percaya tak itu pertama kali saya masuk ronda-ronda Dataran Pahlawan. Ramai juga orang semalam, cuti umum Melaka. Berhenti minum dan lepas tu pergi MP semula untuk solat dan pulang menaiki Town Bas yang memang perhentiannya depan MP.
Sampai rumah, tunjuk installer tu kat adik, H. Dia cakap saya salah beli versi installer. Lepas tu paling tragik, dia cakap dia ada installer untuk pc saya. Macam nak sebut basket je,hehe. Jangan marah H kalau baca ni. Dah dia balik tu dia tanya dah install ke? Tu yang saya ingat dia takde installer maka saya nak beli. Dah seminggu kan pc saya tak diberi rawatan. Bila minta installer kat H, dia cakap nak bagi nanti. Hait bila entah nak bagi. Sudahnya pc saya berehat.
Haha satu lagi kes, dia ketuk pintu bilik, masa tu saya tidur keletihan. Dia tanya pasal donut yang saya bawa balik (letak dapur, tak makan lagi). Saya cakap makanlah. Dia cakap boleh makan berapa. Saya cakap suka hati. Bila saya bangun tidur, pergi dapur tengok dapur, donut tinggal 2 biji. H telan 4 biji. Oklah tu ada dia tinggalkan. Nampaknya saya kena beli lagi, nak rasa donut cheese ape tah tak dapat rasa. Oh!Ya, saya dan H tinggal berdua di rumah. Mak dan abah pergi KL pergi menjemput.
Ok itu jer. Hikmah pc tak sihat dan masalah dengan Maxis menyebabkan saya pergi MP dan Dataran Pahlawan dapat beli donut yang lama saya teringin nak makan.
Jumpa lagi.