Nuffnang

Saturday, May 14, 2011

Cepat Pulih Blogger



Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.

Assalamualaikum...


Masih lagi tak boleh tulis di blogger. Menunggu-nunggu bila boleh buka papan pemuka blogger. Memang lama servis dan mereka tengah simpan semula data. Pada ruang forum memang ramai yang dah marah-marah (terutama warga US) sebab tempoh servis yang lama menyebabkan mereka tidak dapat menulis dan menjejaskan trafik mereka serta ada antara mereka yang iklankan di Google Adsense. Saya pun bersemangat nak tulis di sana tapi nasib baik ada blog FS ni. Saya pun menyibuk gak kat forum tapi itu semalam masa ada dapat kesilapan bX yang sekejap. Trafik saya terjejas? Tak pasti, lagipun saya pun baru je berjinak dalam penulisan blog di blogger iaitu baru 7 bulan. Jadi ia adalah pengalaman pertama tidak dapat membuka papan pemuka blogger. Kali akhir buka mesej ini yang ada


"To get Blogger back to normal, all posts since 7:37am PDT on Weds, 5/11 have been temporarily removed. We expect everything to be back to normal soon. Sorry for the delay."


-Posted by at 4:25 PDT (Pasific Day Time)


Untuk makluman waktu saya tulis ni dalam pukul 8:30 malam hari Jumaat maka waktu sana ialah 5:30 pagi Jumaat. Jadi kalau 7:37 pagi  PDT hari Rabu bersamaan  10:30 malam waktu Malaysia hari Rabu. Hehe berbelit dan pening. Saya ni memang lemah sedikit hal tukar-tukar waktu dunia.


Hoho dahla saya aktif tulis blog semula pada tarikh sama. Kalau tulisan saya hilang bermula 11/5 (atau mungkin bermula 12/5 di Malaysia) maka saya boleh salin balik tulisan di FS pada blogger semula.


Bilalah nak kembali normal. Rasanya kritikal juga sebab ikut komen orang kat forum ambil masa nak pulih data kat blog. Bayangkan berpuluh-puluh blog dengan berapa banyak tulisan untuk satu blog. Kalau saya yang baru hampir 7 bulan pun dah mencecah 120 lebih pos apakan lagi yang dah otai. Gila betul sistem dorang mereng.


Semoga cepat pulih blogger dengan keadaan blog seperti dahulu tiada yang terkurang perkakas/perabot. 

P.S: Blogger dah pulih semula. Alhamdulillah. Tulisan ini dah diposkan.

Perkhidmatan



Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.

Assalamualaikum...


Selamat tengah hari Jumaat. Hehe tak dapat kemaskini blog di blogspot kerana masih dalam penyelenggaraan. Rasanya dalam pukul 1 tengah hari Jumaat atau pukul 10 malam Khamis waktu California (kalau tidak silap perkiraan saya) maka boleh buka blogger. Bagus google mengemaskini sistem dan memperbaiki segala kelemahan. Memang saya masuk blog google untuk mengetahui lebih lanjut. Memang pihak google mengambil berat tentang masalah yang diutarakan pengguna blogspot. Maka mereka nak pastikan kesilapan/kelemahan tidak berulang pada pengguna lain. Bagus betul.


Bercakap mengenai kerja naik taraf sistem, Maxis pun melaksanakan penyelenggaraan pada hari ini 13/5 dari pukul 1-3 pagi. Jadi pada pengguna Hotlink harap sedar dan tidak terkapai-kapai bila tak dapat gunakan sistem.


Harap-harap juga pada penyedia perkhidmatan yang memang perniagaan mereka bergantung penuh kepada penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan supaya meningkatkan kualiti produk mereka. Jika mendapat aduan, silalah selesaikan cepat-cepat dan kalau boleh pastikan masalah tersebut tidak berulang lagi atau berlaku pada orang lain. Saya dapati kadang-kadang mereka ni selesaikan masalah hanya pada yang membuat aduan tanpa menyemak atau memperbaiki sistem atau kualiti produk mereka. Tak boleh begitu. Sepatutnya ia patut dibaiki untuk mengelak masalah tersebut tidak terkena pada orang lain pula.


Saya bercakap secara umum maka kepada penyedia perkhidmatan terutama penyedia perkhidmatan yang mengenakan bayaran kepada pengguna. Jangan nanti akhirnya pelanggan lari kepada pesaing. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak buat pembetulan. Masa itu saya anggap dah terlambat. Lagi satu saya perasan, janganlah keluar produk baru atau sistem baru kalau produk atau sistem yang ada tidak diperbaiki atau ditingkatkan mutu lagi. Tak guna juga.Satu lagi promosi bagai nak rak produk tu bagus siap bagi hadiah tapi hampeh dengan servis.


Jadi saya rasa bagus google ni, saya sebenarnya tak perasan blogger ada masalah tertentu (sebab saya tak alami) tapi bila baca blog mereka, ada sebahagian pengguna ada menghadapi masalah-masalah tertentu terus mereka nak baiki supaya pengguna di seluruh dunia tidak mengalami masalah seperti sebahagian pengguna tersebut. Memang google menjaga pelanggan. Memang patut mereka ni menguasai pasaran dunia dan bagi saya enjin pencarian mereka memang tiada tandingan.


Bercakap mengenai saingan, pesaing seperti Microsoft baru sahaja membeli Skype untuk meningkatkan kelebihan Microsoft untuk bersaing dengan pesaing utama seperti FB dan google. Bagus juga untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.


Haha bila blogger dah siap servis, tulisan ini akan diterbit di sana pula. Pada pembaca blog saya di sini,saya mempunyai satu lagi blog iaitu : http://me-soul-searching.blogspot.com. Isi kandungan lebih kurang sama sahaja. Tak kisah korang nak baca kat mana-mana blog saya. Kalau nak ringkas, tak ambil masa nak buka muka surat maka teruskan baca di blog ini. Kalau nak tengok bolehlah ke sana.


Ok, harap-harap penyedia perkhidmatan yang lain memperbaiki perkhidmatan yang mereka sediakan. Tak rugi pun untuk kebaikan mereka pada jangka masa panjang iaitu mengekalkan pengguna setia di samping menarik pengguna baru.


Jumpa lagi.


P.S: Kalau anda buat yang terbaik dengan servis dan perkhidmatan yang diberikan maka pelanggan setia tidak akan lari malahan akan menghebahkan kebaikan produk anda.