Perkhidmatan
Tulisan ini ditulis ketika blogger tidak boleh dibuka dan ditulis pada blog saya yang lagi satu. Harap maklum.
Assalamualaikum...
Selamat tengah hari Jumaat. Hehe tak dapat kemaskini blog di blogspot kerana masih dalam penyelenggaraan. Rasanya dalam pukul 1 tengah hari Jumaat atau pukul 10 malam Khamis waktu California (kalau tidak silap perkiraan saya) maka boleh buka blogger. Bagus google mengemaskini sistem dan memperbaiki segala kelemahan. Memang saya masuk blog google untuk mengetahui lebih lanjut. Memang pihak google mengambil berat tentang masalah yang diutarakan pengguna blogspot. Maka mereka nak pastikan kesilapan/kelemahan tidak berulang pada pengguna lain. Bagus betul.
Bercakap mengenai kerja naik taraf sistem, Maxis pun melaksanakan penyelenggaraan pada hari ini 13/5 dari pukul 1-3 pagi. Jadi pada pengguna Hotlink harap sedar dan tidak terkapai-kapai bila tak dapat gunakan sistem.
Harap-harap juga pada penyedia perkhidmatan yang memang perniagaan mereka bergantung penuh kepada penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan supaya meningkatkan kualiti produk mereka. Jika mendapat aduan, silalah selesaikan cepat-cepat dan kalau boleh pastikan masalah tersebut tidak berulang lagi atau berlaku pada orang lain. Saya dapati kadang-kadang mereka ni selesaikan masalah hanya pada yang membuat aduan tanpa menyemak atau memperbaiki sistem atau kualiti produk mereka. Tak boleh begitu. Sepatutnya ia patut dibaiki untuk mengelak masalah tersebut tidak terkena pada orang lain pula.
Saya bercakap secara umum maka kepada penyedia perkhidmatan terutama penyedia perkhidmatan yang mengenakan bayaran kepada pengguna. Jangan nanti akhirnya pelanggan lari kepada pesaing. Masa tu baru terhegeh-hegeh nak buat pembetulan. Masa itu saya anggap dah terlambat. Lagi satu saya perasan, janganlah keluar produk baru atau sistem baru kalau produk atau sistem yang ada tidak diperbaiki atau ditingkatkan mutu lagi. Tak guna juga.Satu lagi promosi bagai nak rak produk tu bagus siap bagi hadiah tapi hampeh dengan servis.
Jadi saya rasa bagus google ni, saya sebenarnya tak perasan blogger ada masalah tertentu (sebab saya tak alami) tapi bila baca blog mereka, ada sebahagian pengguna ada menghadapi masalah-masalah tertentu terus mereka nak baiki supaya pengguna di seluruh dunia tidak mengalami masalah seperti sebahagian pengguna tersebut. Memang google menjaga pelanggan. Memang patut mereka ni menguasai pasaran dunia dan bagi saya enjin pencarian mereka memang tiada tandingan.
Bercakap mengenai saingan, pesaing seperti Microsoft baru sahaja membeli Skype untuk meningkatkan kelebihan Microsoft untuk bersaing dengan pesaing utama seperti FB dan google. Bagus juga untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Haha bila blogger dah siap servis, tulisan ini akan diterbit di sana pula. Pada pembaca blog saya di sini,saya mempunyai satu lagi blog iaitu : http://me-soul-searching.blogspot.com. Isi kandungan lebih kurang sama sahaja. Tak kisah korang nak baca kat mana-mana blog saya. Kalau nak ringkas, tak ambil masa nak buka muka surat maka teruskan baca di blog ini. Kalau nak tengok bolehlah ke sana.
Ok, harap-harap penyedia perkhidmatan yang lain memperbaiki perkhidmatan yang mereka sediakan. Tak rugi pun untuk kebaikan mereka pada jangka masa panjang iaitu mengekalkan pengguna setia di samping menarik pengguna baru.
Jumpa lagi.
P.S: Kalau anda buat yang terbaik dengan servis dan perkhidmatan yang diberikan maka pelanggan setia tidak akan lari malahan akan menghebahkan kebaikan produk anda.
No comments:
Post a Comment