Assalamualaikum…
Alhamdulillah kita sudah melepasi puasa ke-12. Cepat berlalu rasanya. Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat dan mampu untuk berpuasa penuh.
Bulan puasa ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah. Ambil keberkatan ganjaran bulan puasa, tempat yang barakah dan pahala digandakan beribu-ribu kali. Bukankah satu keuntungan BESAR yang perlu direbut? Sesiapa ada kemampuan fizikal, mental dan kewangan dan masa ambillah untuk beribadah di sana.
Oleh itu semalam kami sekeluarga pagi-pagi lagi telah bersiap sedia untuk ke KLIA untuk menghantar abah. Malang nasib saya kelmarin, saya terlajak sahur dan Subuh kerana kesihatan tak mengizinkan. Apabila mak masuk bilik suruh siap, saya terpinga-pinga kerana terlepas. Maka kami bertolak dalam pukul 9 pagi, sebelum itu wajib ke kebun sekejap sebelum ke Sepang.
Sampai dalam pukul 11, saya diturunkan di tepi manakala abah, emak dan M pergi ke tempat letak kereta. Gaya saya yang menyorong troli bawa beg syarikat Andalusia Travel macamlah saya yang nak pergi umrah. Haha takpelah berangan kejap. Masuk dan menyertai ahli-ahli kumpulan lain. Hehe (sebenarnya kekok) Ada makcik ni datang tanya saya.
“Dari mana?”
“Dari Melaka, makcik”
“Makcik dari Simpang Tiga”
Kat mana Simpang Tiga ni. Simpang Empat tau kat mana bisik hatiku.
“Simpang Tiga tu kat mana yer makcik, kalau Simpang Empat saya tahu?” akhirnya saya luahkan.
Makcik tu dah bagitahu tapi saya lupa. Saya ingat Johor. Sama ada dia sebut Pontian agaknya.
“Pergi dengan sapa?” Makcik tu bertanya lagi.
“Pergi sorang jer.” Ewah-ewah macam aku yang pergi. Aku gelak dalam hati. Ni nak kena bagitahu ke yang sebenarnya abah yang nak pergi bukan aku.
“Sorang?” Rupa makcik tu terkejut. Hehe seronok kadangkala tengok reaksi orang ni. Aku ni suka uji orang secara senyap-senyap. Manalah boleh pergi sorang, aku ni perempuan kena ada mahram. Tak lepas pergi wei kalau pergi sorang-sorang. Syarat nak pergi untuk perempuan, pergi bersama mahram.
Akhirnya aku berterus-terang. “Makcik ni beg abah saya, saya tolong jagakan sekejap sebab mereka pergi letak kereta kat tempat letak kereta.” Saya menyambung kembali soalan, “makcik pergi berapa orang?”
“8 orang,” sambil makcik menunjuk ahli-ahli lain di belakang.
“Wow.” Saya pula yang terkejut. Pada pandangan saya tertancap 2 orang budak yang masih bersekolah.
“Ada budak-budak, dorang ponteng sekolah eh?” Selamba pula apabila saya kenangkan kembali soalan saya kemukakan. Hehe makcik tu senyum jer.
Perbualan kami terhenti. Tak lama kemudian nampak abah, emak dan M. Saya lambai-lambai dorang tak nampak. Jadi terpaksalah saya sorong ke arah mereka.
Ok pendekkan cerita, ketika abah pergi daftar masuk bagasi. Tinggallah saya dan M duduk depan kaunter daftar masuk HURUF M. Menonong dan memerhatikan gelagat penumpang. Sekali M menarik perhatian saya ke sekumpulan orang yang masing-masing di troli ada 1-2 skrin rata Sony dan peralatan elektronik.
“Wah murah ke barangan elektronik kat Malaysia ni?”
“Murah agaknya. Takpun dia nak jual balik kat kedai atau ada orang suruh belikan.”
Saya ternampak seorang hamba Allah ni bawa serbuk kari Baba’s dalam plastik jernih. Banyaknya.
“La tempat dorang takde serbuk kari ke?” Serbuk kari sini murah ke? Saya pelik sebab orang saya nampak ni macam orang India/Sri Lanka. Nampak pula logo Sri Lankan Air pada senarai kaunter.
Adik saya memberikan perspektif lain “Dia nak bawa pergi UK kut, kat sini daftar masuk untuk penerbangan Emirates gak(maknanya Dubai lepas tu UK)
“Oh! Mungkin juga”
Saya masih gelak-gelak juga pasal orang bawa serbuk kari Baba’s sebab saya rasa dorang ni macam nak ke Sri Lanka. Gelak sampai mak saya datang. Entah sewel saya ni, itupun nak buat lawak.
Panjang dah, hal lain dalam lapangan terbang tak payah cerita. Jumpa lagi.
P.S: Suka perhatikan gelagat orang sambil analisa :) Ikutkan banyak pengalaman menarik di lapangan terbang yang buat saya tersenyum dan gelak. Sama ada pengalaman semalam atau yang dah lama berlaku.