Nuffnang
Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Monolog: Maaf Kupinta, Terkenang Si Dia Ketika Di Movie World
بسم الله الرحمن الرحيم
28/9/2011
Aku sahaja mencoretkan tulisan hari ini pada pos lama dan menggantikan tajuk dan isi yang berbeza supaya tiada yang dapat membacanya. Hanya mereka yang mencari, membuka arkib lama akan terjumpa coretan aku ini.
Aku terkenangkan si dia yang ketika itu kutemui di Movie World. Dia beratur di belakang aku. Kami menunggu untuk bermain Superman Escape. Ketika itu cuaca tidak berapa menggalakkan. Dengan sekejap hujan sekejap teduh. Maka terhenti seketika operasi permainan roller-coaster maut tersebut. Aku ketika semakin gementar kerana telah berada di hadapan roller-coaster tersebut. Dalam melayan perasaan, tanpa aku sedari mata aku memandang si dia yang bersama rakannya telah duduk tidak jauh dariku. Kami ditunjukkan demo untuk menaiki roller-coaster tersebut dan pada ketika orang demo menceritakan tentang G-Force, maka dia dan kawannya rancak berbincang. Aku tertarik dengan perbualan dan dia dapat menangkap aku mencuri dengar dan memandang. Malu aku. Dia tersenyum. Cair hatiku. Antara rasa gelabah dengan jantung berdegup kencang untuk menaiki roller-coaster bertambah lagi rasanya. Mahu pengsan. Sayangnya senyuman mesra itu aku balas dengan palingan badan dan tidak membalas senyumannya.
Oh tidak aku merasa menyesal hingga hari ini. Mengapalah aku tidak membalas senyumannya? Mengapa aku tidak berbasa-basi dan bertanya "how are you?" Entahlah mungkin aku segan. Tapi apa pandangannya terhadap aku? Mesti dia kata aku ini sombong dan berlagak.
Apapun aku tak dapat lupakan dia. Senyumannya. Inilah sebenar-benar perasaan aku cuba coretkan dalam puisi sebelum ini dan lagu.
Rupa dia memang kacak dan suara macam Gerard Butler
Labels:
Diri,
Kenangan Lama,
Luahan,
Peristiwa/Event,
Thought of The Day,
Travel
Subscribe to:
Posts (Atom)