بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
***********************************************************
So close no matter how far
###########################################################
Tiba-tiba terpandang potret aku bersama H, emak dan abah yang tergantung di ruang tamu. Gambar H konvo. Kemudian muncul pula di fikiran gambar diambil bersama Uwan, abah, emak, aku bersama M semasa konvo juga.
Terfikir juga aku hadiri konvo adik-adik. Aku pula tidak berjaya menamatkan pengajian.
Aku perlukan keajaiban seperti Kim Yunsik nyatakan kepada Lee Seonjun (drama Sungkyunkwan Scandal). Lee Seonjun tunjukkan 'keajaiban' itu. Mungkin satu hari aku akan dapat 'keajaiban' itu.
Mana tahu macam dalam pos sebelum ini, aku terbuka hati dan seseorang telah tunjukkan 'keajaiban' itu. Pada ketika itu tiada teragak-agak aku akan tinggalkan mak aku. "Mak, Na akan ke Belanda." Kenapa Belanda?
=== Pernah mimpi aku naik basikal bersiar-siar dengan persekitaran yang indah dan tak pernah aku lihat di waktu petang dan aku tegur seseorang dalam bahasa asing. Aku dapat tahu sekarang tempat tu di Belanda.===
Setiap perkara telah ditentukan mengikut masa. Hidup merupakan perjalanan.
##########################################################
P.S: Bahasa Belanda belum tahu lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam Maal Hijrah semua. Harap-harap kita semua ada peningkatan dalam hidup. Beberapa bulan sebelum ni akhirnya saya dapat lakukan sesuatu yang sangat susah bagi saya. Bagi orang lain mungkin mudah lakukan.
#Ada kaitan dengan pos ini dan ini.#
Apa yang susah bagi saya nak lakukan sebelum ni? Memaafkan orang. Ini bukan maafkan untuk hal kecil tapi maafkan untuk perkara yang besar macam orang curi duit, sakitkan hati, kena fitnah yang teruk-teruk, orang tikam belakang dan macam-macam. Paling teruk orang berkenaan tak pula minta maaf di mana lagilah macam terasa susahnya saya nak maafkan mereka. Rasa macam nak tengok kehancuran mereka. Nak senyum dalam hati tengok mereka hidup tak tenang.
Macam saya katakan beberapa bulan sebelum ni tiba-tiba lembut hati nak maafkan mereka. Sebelumnya saya tak terkesan walaupun orang nasihat dan ceramah pun selalu dengar perkara ini.
Saya rasa saya dah teruskan hidup. Malas dah nak ambil tahu. Kalau orang nak mengumpat atau fitnah saya, saya patut ucap terima kasih pada orang tersebut.
Apapun terima kasih kepada sesiapa yang doakan supaya saya lembut hati untuk maafkan setiap kesalahan orang pada saya.
P.S: Kebelakangan ini saya selalu teringat nasihat ini "biarlah orang buat buruk kat kita jangan kita ikut buat buruk macam tu kat orang lain". Kuat betul nasihat ni terngiang-ngiang kat fikiran padahal nasihat ni dah lama dan tak ingat masa dulu.