Nuffnang

Thursday, November 7, 2013

Monolog: Keajaiban


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

***********************************************************

 So close no matter how far
###########################################################


Tiba-tiba terpandang potret aku bersama H, emak dan abah yang tergantung di ruang tamu. Gambar H konvo. Kemudian muncul pula di fikiran gambar diambil bersama Uwan, abah, emak, aku bersama M semasa konvo juga.

Terfikir juga aku hadiri konvo adik-adik. Aku pula tidak berjaya menamatkan pengajian.

Aku perlukan keajaiban seperti Kim Yunsik nyatakan kepada Lee Seonjun (drama Sungkyunkwan Scandal). Lee Seonjun tunjukkan 'keajaiban' itu. Mungkin satu hari aku akan dapat 'keajaiban' itu.

Mana tahu macam dalam pos sebelum ini, aku terbuka hati dan seseorang telah tunjukkan 'keajaiban' itu. Pada ketika itu tiada teragak-agak aku akan tinggalkan mak aku. "Mak, Na akan ke Belanda." Kenapa Belanda?


=== Pernah mimpi aku naik basikal bersiar-siar dengan persekitaran yang indah dan tak pernah aku lihat di waktu petang dan aku tegur seseorang dalam bahasa asing. Aku dapat tahu sekarang tempat tu di Belanda.===

Setiap perkara telah ditentukan mengikut masa. Hidup merupakan perjalanan.




##########################################################
P.S: Bahasa Belanda belum tahu lagi.

   

6 comments:

Edi Fadli said...

jauh perjalanan luas pengetahuan...

Jue said...

wowwwwwwwwwwww...Belanda tu...hik3..2 la jue pun impikan nak duk tempat orang..jauhhhh dari snie...emmmmmm

NA said...

@Edi: Haah. Harap-harap panjang kaki saya untuk berjalan :)

@Jue: Insya Allah Jue. Doakan moga ia terbaik untuk Jue :)

-wina1979-

Syazana Zainn said...

kalau kak na nk ke belanda, kite teringin nk bawa diri ke LA.

mmg berharap sgt ke sn satu hari nnt :)

Nor Azimah said...

hijrah untuk kebaikan yea? apa salahnya.. boleh tambah ilmu, pengalaman dll lagi kan...

NA said...

@Schaze: Moga tercapai hasrat Schaze tu. Insya Allah.

@Kak Azimah: Yer betul tu :)

-wina1979-