Nuffnang

Monday, November 4, 2013

Hijrah: Mengapa Susah Nak Maafkan Orang?


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah semua. Harap-harap kita semua ada peningkatan dalam hidup. Beberapa bulan sebelum ni akhirnya saya dapat lakukan sesuatu yang sangat susah bagi saya. Bagi orang lain mungkin mudah lakukan. 

#Ada kaitan dengan pos ini dan ini.#

Apa yang susah bagi saya nak lakukan sebelum ni? Memaafkan orang. Ini bukan maafkan untuk hal kecil tapi maafkan untuk perkara yang besar macam orang curi duit, sakitkan hati, kena fitnah yang teruk-teruk, orang tikam belakang dan macam-macam. Paling teruk orang berkenaan tak pula minta maaf di mana lagilah macam terasa susahnya saya nak maafkan mereka. Rasa macam nak tengok kehancuran mereka. Nak senyum dalam hati tengok mereka hidup tak tenang.

Macam saya katakan beberapa bulan sebelum ni tiba-tiba lembut hati nak maafkan mereka. Sebelumnya saya tak terkesan walaupun orang nasihat dan ceramah pun selalu dengar perkara ini.

Saya rasa saya dah teruskan hidup. Malas dah nak ambil tahu. Kalau orang nak mengumpat atau fitnah saya, saya patut ucap terima kasih pada orang tersebut.

Apapun terima kasih kepada sesiapa yang doakan supaya saya lembut hati untuk maafkan setiap kesalahan orang pada saya.

P.S: Kebelakangan ini saya selalu teringat nasihat ini "biarlah orang buat buruk kat kita jangan kita ikut buat buruk macam tu kat orang lain". Kuat betul nasihat ni terngiang-ngiang kat fikiran padahal nasihat ni dah lama dan tak ingat masa dulu. 

6 comments:

Nor Azimah said...

Alhamdulillah..bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberiNya, bersedihlah dengan dosa, bertenanglah dengan kesusahan, dan ingatlah Allah setiap masa..

shida said...

heee...
sy pon keras hatii...sush nak maafkan orang...even my own rumet. tp lama2 maafkan jer la w/pon die xmnta maaf pown. sbb in future die mgkin orang yang kita perlukan bantuan... :)

Jue said...

yea betul tu yunk..maafkan n lupakan..xyah amik tau terus..move on..idup nie bukan utk yg menyakitkan jeak..beselah..xsemua org suka kita..dan kita pun xmngkin akn sukakn semua org kan..hik3..:-)

NA said...

@Kak Azimah: Alhamdulillah. Ia sangat menyeksakan untuk rasa sakit hati yang ada. Akhirnya saya dapat lepaskan.

@Shida: Hai terima kasih tinggalkan komen. Samalah saya seorang yang keras hati. Agaknya doa orang-orang yang sayang atau benci saya, saya dah berubah menjadi seorang lembut hati sedikit demi sedikit :) Hehe betul tu.

@Jue: Betul tu Jue. Tapi saya cuba untuk tak benci orang :)

-wina1979-

Syazana Zainn said...

ntahlah kak wina, org kata memafkan boleh buat hati lg lega

tp ntah nape kite agak susag nk maafkan

sbb tu kite ska suasana meriah ada ramai org. so xde byk fikir

tp klo sorg2 tu kdg2 teringat dan mula sakit hati blk

skrg ni kite pun msih dlm proses move on.

NA said...

@Schaze: Biasalah tu. Ni yang Kak Wina maafkan pun ambil masa lama juga. Paling lama 10 tahun punya peristiwa. I guess time heals wounds. Insya Allah Schaze akan berada di keadaan itu juga :) Jaga diri yer.

-wina1979-