Nuffnang

Saturday, November 16, 2013

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 13


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
**************************************************

Bahagian 13

Disember 2010.

Alena di Harbour Town Gold Coast Australia. Dia baru sahaja berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah. Dia terasa letih, puas melihat kedai-kedai yang terdapat di dalamnya. Nando's halal pun ada.

Puas berjalan, Alena keluar seketika bersama ibunya untuk mengambil angin dan duduk di bangku yang disediakan. Matanya terpaku melihat seorang yang berpakaian Santa Claus sibuk beramah mesra dan bergambar kira-kira 50 meter daripadanya. Ada juga pelajar lelaki Melayu (Alena agak daripada rupa) bergambar bersama Santa Claus tersebut.

Hmm boleh ke ambil gambar bersama Santa Claus ni? Alena menebak dalam hati.

Emak seolah-olah dapat membaca fikiran Alena.
"Tak payahlah nak ambil gambar dengan Santa Claus. Nanti Alena kena peluk."

Hoh ke situ pula. Alena terkejut dengan komentar ibunya.
Alena bermonolog. Ala mereka tahu kita punya batasan. Itu sahaja yang mampu diluahkan dalam hati. Memang terdapat gadis-gadis yang bergambar mesra berpeluk dengan Santa Claus.

"Mak nak jalan lagi. Alena nak ikut tak?"
"Takpelah Alena nak duduk kat bangku. Penatlah jalan. Tadi dah jalan." Alena memberi alasan.

Maka Alena melangkah menuju ke bangku yang berhampiran sementara ibunya masuk semula ke bangunan. Alena duduk sambil tersenyum dan menghayati keindahan suasana petang. Alena terpegun dan berkhayal dalam keadaan tersebut. Tiba-tiba dia terdengar suara memanggil....

"Makcik. Makcik." Alena menghalakan muka ke arah suara tersebut. Rupanya si Santa Claus itu yang memanggil. Mula-mula Alena tidak mengendahkannya tetapi semakin galak pula si Santa Claus memanggil perkataan makcik dan tersenyum memandang Alena. 

Eh dia panggil aku ke? Alena was-was.
"What do you call me?" Alena bertanya sambil tersenyum.


Sambung...

  

Tuesday, November 12, 2013

Siapalah Gerangannya


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terima kasihlah siapa yang datang membaca blog ini. Terkejut juga tengok banyak trafik dalam satu masa dari Ukraine. Alamak lupa pula ucapan terima kasih dalam Bahasa Rusia.

Kepada pembaca lain secara senyap atau tidak terima kasih juga kerana memberi sokongan. Harap-harap selalulah datang sini lagi yer :)