Nuffnang

Sunday, December 22, 2013

Kain Pasang Dari Bukit Tinggi


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kain pasang warna pic [klik sini]

Sambungan internet yang kejap elok dan kejap tak elok buat rasa hmm...

Siapa suka pemberian? Semua orang suka terima pemberian orang lain kan? Tanda ingatan orang itu pada kita walaupun tak kenal rapat lagi. Hehe.

Petang tadi, adik si M bawa turun plastik. Ingat apalah dalam bungkusan beg tu. Sekali tengok ada 3 kain pasang untuk baju kurung yang sama corak berbeza warna. Warna pertama ialah coklat, warna kedua ialah ungu dan warna ketiga ialah kelabu. Jadi saya berkenan warna ungu. Saya andaikan 2 pasang kain lagi untuk adik saya si Y dan emak.

"Along orang pertama yang pilih kain," si M beritahu.
"Takpe ke kut mak berkenan along punya," saya tanya M.
"Mak dan abah punya dia dah pilih khas."
"Eh camtu siapa punya lagi satu kain ni?" saya pelik.
"Satu lagi untuk Kak Aqish," M membalas

Tak teringat langsung saya pada seorang adik ipar perempuan itu. Hehe lupa.

Pemberian kain pasang daripada bakal adik ipar. Harap maklum saya anak sulung. Jadi saya dah ada 2 adik ipar dan seorang bakal adik ipar. Baik betul dapat kain yang cantik ini. Hehe tapi tak tahu bila dapat pakai. Saya ada kain pasang yang pernah diberi oleh emak mertua si Y (masa terima kain tu masih status bakal emak mertua si Y) dan kain pasang daripada seorang chatter Kak Sofi. Hehe. Kena tunggu giliran sebab emak yang buat baju kurung. Selalu nak suakan kain-kain yang saya ada, emak dah pilih kain yang dia nak potong untuk baju kurung saya. Jadi ikut jerla apa emak buat untuk saya.


Kiri Ke Kanan, Atas Kemudian Bawah: Kain Pasang Saya, Kain Pasang Emak, Kain Batik Uwan Dan Kemeja

Emak dapat kain pasang, abah dapat kemeja dan Uwan dapat kain batik. Sedondon warna sama iaitu hijau pekat. Emak berkenan dengan kain pasang saya. Hehe tak kisah kalau emak nak tukar.  

Kain pasang dari Bukit Tinggi. Syukur alhamdulillah dapat rezeki tak disangka.

Oklah jumpa lagi. 

 

Keputusan Pemenang Peraduan Lagi Mudah Menang Harian Metro Syok Sabtu! 30 November


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Seperti dijanjikan untuk saya menulis senarai pemenang. Senarai pemenang ni keluar pada Harian Metro Sabtu semalam. Maaf, saya baru dapat baca.

Ok tanpa bertangguh lagi.

Pemenang hadiah utama wang tunai RM100 000
-Saedah Sabli (690122-01-xxxx)

Pemenang hadiah kedua bernilai RM5 000 setiap seorang (20 pemenang)
-Ishak Ismail (670911-10-xxxx)

-Suraya Adam (721028-05-xxxx)

-Razana Ghazali (680908-10-xxxx)

-Muhamad Suhaimi Mohd Roslan (810523-10-xxxx)

-Intan Marliana Ramli (840311-09-xxxx)

-Mohd Lutfi Ismail (890505-11-xxxx)

-Azmah Kassim (670910-02-xxxx)

-Hadibah Mokhtar (780618-09-xxxx)

-Karen Patricia Lansing (850705-12-xxxx)

-Abd Razak Man (571009-02-xxxx)

-Mohd Faizul Mat Said (770916-03-xxxx)

-Zaini Moin (720816-01-xxxx)

-Muharan Idris (740302-05-xxxx)

-Judy Falicia Anak Sigong@Sigong (690215-13-xxxx)

-Cylency Anak William (880123-13--xxxx)

-Mohamad Zaidi Abd Mutalib (940616-01--xxxx)

-Abd Khalid Masri (610810-10-xxxx)

-Munah Sidek (620212-11-xxxx)

-Islahuddin Misrol (830913-01-xxxx)

-Mohamad Zubir Ali (670517-08-xxxx) 

100 hadiah X RM1 000 akan diberikan juga. Senarai lengkap 121 pemenang akan diberitahu pada minggu hadapan. Jadi bersedia untuk dapatkan Harian Metro untuk tahu lebih lanjut.

Jadi ada tak nama korang dalam senarai? Tahniah yer :)

Jumpa lagi.      

P.S: Maklumat terkini 29 Disember. Keputusan penuh akan disiarkan esok iaitu 30 Disember bersamaan Isnin. Tiada aral saya akan tulis nama lagi 100 pemenang kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk dapatkan Harian Metro esok. Insya Allah.

Maklumat terkini 30 Disember: Senarai 100 pemenang tempat ke-3 boleh didapati di sini.