Nuffnang

Saturday, October 4, 2014

Mencuba Creme Brulee


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Perkara yang seronok ialah mencuba perkara baru lebih-lebih lagi pencuci mulut. Rasa bersyukur dapat cuba walaupun lambat. Better late than never. Di sini macam saya terliur sahaja padahal kalau di Melaka macam biasa-biasa sahaja tengok.

Pintu Masuk Strawberry Fare

 
Malam tadi dalam pukul 10 lebih, kami (adik,adik ipar, anak saudara dan saya) keluar ke Strawberry Fare. Ini gara-gara tengok 'My Kitchen Rules New Zealand'. Saya teringin nak rasa CREME BRULEE. Persekitaran memang nyaman. Ramai juga orang. Malam Sabtu katakan.

Persekitaran Dalam

Setelah duduk, pelayan beri buku menu. Banyak pilihan pencuci mulut. Ada pencuci mulut panas, sejuk. Saya terus melihat ke pencuci mulut sejuk. Harga dalam NZ$17 lebih.

Menu Pencuci Mulut


Tak lama lepas itu creme brulee saya sampai. Adik ipar pilih caramel and hazelnut torts. Dia suka manis-manis masin. Kira tak suka yang manis sangat. Saya pun makan creme brulee ni rasa muak juga. Tak apa cuba lagi pula. Syukur dapat rasa. Tadi keluar pergi pusat beli-belah. Jumpa Jesse kerja di Columbus Cafe. Hehe peserta 'My Kitchen Rules'. Tak sangkalah jumpa. Nanti saya cerita pasal beli-belah jika rajin. Insya Allah. Jumpa lagi. 

P.S: Baru tahu creme brulee (bahasa Perancis) maknanya krim yang dibakar.

Creme Brulee With Berry Coulis
  

Friday, October 3, 2014

Pindah


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ingat lagi tak pasal Spencerville? Kelmarin dah dapat kunci dan semalam saya berkesempatan untuk lihat dalaman rumah. Memang besar dan laman pun luas. Aidan pun seronok je merangkak-rangkak dalam rumah itu. Hoho bilik saya nanti warna biru. Sini tuan rumah letak langsir bagi setiap tingkap.

Dapur


Ruang Tamu



8 Oktober, lori pindah barang akan datang angkut. Jadi sekarang ini masa mengemas. Saya tak banyak barang jadi taklah beria-ia kemas. Mungkin lepas 8 Oktober tak dapat nak pos tulisan di blog. Mungkin baca blog sahaja melalui telefon bimbit.

Ok itu sahaja nak beritahu. Jumpa lagi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)