Nuffnang

Friday, November 15, 2019

Tengah KL

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya sekarang berada di bandaraya Kuala Lumpur. Tinggal di apartmen Soho. Berada berhampiran dengan KLCC, Lot 10. Adik saya cakap jalan kaki ke KLCC cuma 4 minit. Belum lagi ke KLCC. Siapa nak jumpa saya di sana boleh tinggalkan no telefon di ruang komen. Tengok keadaan. Hehe. Kut nak belanja bolehlah merajinkan diri. Saya akan berada di sini dari Jumaat hingga Ahad. Jadi ada banyak masa. Ini pemandangan depan ruang tamu. 




Saturday, November 2, 2019

Rezeki Hari Ini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sahaja pergi ke Hari Petani, Peternak Dan Nelayan di MITC, Melaka. Abah dan emak berminat mencari pokok dan buah. Saya pula suka tengok-tengok. Cuma di tapak MARDI. Nampak produk Nutrima Black G, hati saya dah melonjak gembira. Saya pernah baca dan dengar khasiat kunyit hitam. Ada niat nak beli. Jadi saya terus ke produk dan tanya harga memang RM120 ke? Ada diskaun tak? Ingatkan jual rupanya pihak MARDI hanya sampaikan maklumat produk tapi tak jual. Syarikat lain jual usahasama dengan MARDI. Macam pelik saya kena beli dari tempat lain padahal produk tu ada depan mata. Tanya kalau ada ejen atau stokis dari Melaka tapi hampa. Malasnya nak beli secara talian atau kena pergi ibu pejabat MARDI di Serdang. Tiada rezeki saya untuk beli produk Black G di sini.

Apapun saya beli susu Farm Fresh perisa coffee latte 200 ml 4 botol RM10. Ada juga beli sabun buku dengan minyak citronella -RM8 dan minyak  pati lemon myrtle (backhousia citriodora) 10ml RM10 dari MARDI Kuala Linggi. Ada juga produk yang dijual MARDI.
Tulisan ini rujukan untuk saya pada masa akan datang.