بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
14 Jun 2020 12:17 pagi
Aku perasan blog aku ni dilawati dari US dan setiap tulisan dibaca dari tulisan lama. Satu-persatu. Masih tak habis ketika aku menaip pos ini. Tak tahulah robot atau orang yang baca. Kalau dia manusia, baca tulisan ini, saya ucapkan terima kasih kerana awak, pandangan muka blog saya menjadi 3 digit. Bolehlah tinggalkan komen kata sayalah yang baca. Hehe.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Tanggal 10 Jun, rentas negeri dibenarkan. Tanpa membuang masa kami bertolak ke kampung di Negeri Sembilan pada pagi. Tak sabar nak jumpa Uwan. Alhamdulillah Uwan dah sihat. Saya pernah tulis Uwan ada jatuh sebelum PKP dan tak dapat bangun. Sekarang dah boleh berjalan. Kami sebenarnya buat kejutan sebab Uwan ingat kami akan balik hari Sabtu. Memang akan balik Sabtu tapi emak tak sabar. Bawa hasil tanaman seperti pisang, cili api.
11 Jun pula adik bongsu pula buat kejutan balik ke rumah. Tak sempat sembunyikan coklat sebab anak-anak buah hantu coklat. Terlupa seketika sebab hampir 2 bulan lebih rumah sentiasa kemas dan tahu makanan apa kena simpan daripada pandangan budak-budak. Anak-anak buah balik, tetiba rumah bersepah. Baru teringat. Haha. Saya dah mula pening kepala. Kena sentiasa awasi, kemas balik rumah apabila mereka keluar main di taman permainan. Phew rumah kembali kemas. Nasib 2 budak kecil yang balik. Adik-adik saya yang 2 orang lagi terkandas di luar negara. Kasihan juga tak dapat balik. Tak tahu bila rentas negara dibenarkan. Kalau dah dibenarkan pun adik saya cakap dia tak cukup cuti sebab kalau balik Malaysia, dia kena kuarantin 14 hari. Balik ke sana kena kuarantin 14 hari. Bayangkan 28 hari. Moga adik-adik saya tabah. Allah tahu mereka boleh hadapinya. Saya rasa sebab itu saya dan adik bongsu tak boleh hadapinya buat masa kini.
Harap-harap keadaan akan bertambah baik. Insya Allah.