Nuffnang

Saturday, September 26, 2020

Pemberian: Sejadah Biru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pin pin. Bunyi hon kenderaan pada lewat petang. Saya tengah khusyuk melayan siri Korea "Madly In Love."

Kawan abah agaknya. Selalu lewat petang kawan abah yang datang. Tetiba terdetik mungkin barang saya. Emel daripada Syazni mengatakan barang telah dihantar daripada Shoppee. Kata kemungkinan sampai 27 September. Mungkin tidak.

Abah sudah keluar. Abah masuk semula membawa bungkusan hitam yang besar. 

Bungkusan Hitam Besar



"Zira punya. Nanti abah hendak whatsapps dia."
Saya tidak sedap hati.  "Abah nanti," Saya ambil dan belek bungkusan.
Bukan Zira punya. Na punya." Semua ingat kalau barang sampai adik saya punya.

Sejadah Biru



Sampai cepat juga. Alhamdulillah. Sejadah yang tebal. Warna kegemaran: biru. Moga saya rajin solat. Terima kasih Syazni kerana pilih saya sebagai pemenang.


Saturday, September 19, 2020

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Esoknya selepas sarapan pagi dalam pukul 9 pagi kami pun bertolak menuju ke Taman Agroteknologi MARDI. Pergi awal pagi sebab emak takut hujan petang. Pagi itu cuaca panas matahari terik tapi nyaman.

Sebelum masuk kami semak suhu dan kemudian ke kaunter tiket. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6.50, warga senior RM2 ( tidak silap) dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Jadi adik beli 3 tiket dewasa, 2 tiket warga senior. 2 orang anak buah tidak perlukan tiket.

Tiket Masuk



Sebelum masuk kami disapa pepohonan pokok dan teduhan.

Pokok-Pokok Dan Teduhan



Nampak juga gerbang penanda taman yang besar. Matahari memang memancar garang. Jadi ada silau sedikit ketika mengambil gambar.

Tanda Mercu Gerbang Masuk




Memang luas dan dibahagikan pokok ikut kategori. Antaranya: hidroponik, epal, orkid, tanaman dapur dan lain-lain. Ada yang kawasan kosong mungkin tanaman mati. Ada bahagian tidak boleh dilawati seperti kawasan teh.

Tanaman Dapur


Ketika di penghujung terdapat kedai menjual produk seperti coklat strawberi, ubi keledek ungu, teh, sambal hitam dan lain-lain.

Produk Coklat Strawberi Tempatan



Pukul 12 tengahari lebih kami keluar untuk cari sayur-sayur segar dan makan tengahari.

Alamat: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands,
Jalan Dayang Endah,
Tanah Rata, 
39007 Cameron Highlands, Pahang.
No tel: 05- 491 1255/5945
No faks: 05- 491 2170




P.S: Sudah guna pemuka (dashboard) baru. Tidak boleh tukar ke pemuka lama. Pemuka lama punya sudah tiada. Sedih juga semalam.  Korang ada lagi tidak pemuka lama?