Nuffnang

Monday, September 13, 2021

Safi Anti-bacterial Shower Serai Lime Splash

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika hampir menghabiskan pek pertama mata tertancap pada ayat 'memberikan perlindungan harian untuk seluruh keluarga dengan membasmi 99.9% kuman secara berkesan'. Saya pun wah betul ke? Lepas itu ternampak bintang kecil *berdasarkan keputusan ujian In-vitro. Sudah google makna ujian In-vitro tapi kurang faham. 

Depan Safi Antibacterial Shower Serai Lime Splash


Nama pun Safi anti-bacterial  Shower Serai Lime Splash jadi mestilah ada pati serai dan limau nipis. Bahan-bahan ini merupakan anti bakteria semulajadi yang juga melindungi dan menenangkan kulit.

Belakang Safi Anti-bacterial Shower Serai Lime Splash



Saya beli pek berkembar isian semula setiap satu 850 ml sebab saya gunakan botol Dettol 900 ml sebelum ini. Cari juga Dettol tapi tidak berkenan dengan harga pek isian semula. Jadi cari yang murah sedikit. Ternampak pek berkembar Safi tapi tidak sempat baca. Rupanya jenis sama macam Dettol. Cuma cair sedikit daripada Dettol  yang sangat pekat. Bau pun kurang menyengat berbanding Dettol.

Adakah saya akan beli? Ya. Suka bau serai dan limau. Penggunaan untuk saya seorang ialah selama sebulan satu pek. Apapun saya lagi suka Dettol asli (bau pine) sebab boleh guna sedikit.

Harga pek berkembar ini rasanya RM16 lebih. Lupa. Nanti tengok balik.

Sunday, September 12, 2021

Kronologi Detik Memburu 1,111,111

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Menjelang 11 September 2021. 
Malam 11 malam 10 September cuba tidur tapi rasa tidak selesa pada perut. Matapun enggan tutup. Jadi terpaksa duduk baru rasa selesa. Maka untuk membunuh masa tengoklah tv sementara menunggu mengantuk dan rasa sebu hilang. Letak minyak angin dan minyak pati (eo) di belakang badan. 

Tiada siri tv yang menarik. Ada pukul 12 tengah malam iaitu siri Reflections oleh Suhaib Webb (tafsiran surah al-Baqarah). Lama tidak tengok. Maka blog walking dahulu. Termasuklah blog Shikin Razali. Tengok pengira penghujung hampir ke sasaran 1,111,111. Terdetik di hati alamak mengapa hampir awal pagi? Tengoklah kalau dapat.

Selepas tengok Reflections, persoalan Iblis ini dari golongan mana. Malaikat? Atau Jin? Sambungan perbahasan esok. Ok berbalik pada blog Shikin. Tengok balik. Tidak sampai. Tutup. Caj telefon. Masih tidak mengantuk. Tengok tv lagi. Kali ini setiap jam saya tengok pengira pengunjung di telefon lain. Apabila hampir 1,110,900, baru saya ambil telefon yang dicas. Agak-agak 2-3 kali buka. Alhamdulillah dapat tangkap tepat.

Tangkap Layar 1,111,111


Dapat. Terus hantar e-mel. Sekarang berhempas pulas untuk tidur. Rasa sebu sudah kurang. Tidak pasti bila terlelap. Lepas itu terkejut apabila 'alarm' pukul 5 pagi. Sedia untuk persediaan solat Subuh.

Malam tidur awal pukul 10 lebih. Buat peringatan pukul 12 tengah malam untuk tengok sambungan siri Reflections. Tengok-tengok sudah pukul 1 pagi. Aduh terlepas tengok. Maka sambung tidur sampai 'alarm' 5 pagi.

Harap dapat tengok balik. Jumpa lagi.

Terkini 17 Sept: Syaitan daripada golongan jin berdasarkan surah Al-Kahfi.