Nuffnang

Thursday, March 24, 2022

Bungkus Macam Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin selepas Asar turun bawah ke dapur tengok ada bungkusan seperti burger. Dalam hati berkata hari ini nampaknya buka burger. 

Bungkusan Seperti Burger



Namun ternampak kertas coklat yang telah dibuka tidak jauh daripadanya ada nasi, ayam goreng beberapa hiris sayur kobis. Tengok plastik ada tertulis Ayam Gepuk Pak Gembus. 



Sebelumnya memang ada pasang niat untuk cuba. Outlet yang baru juga dibuka terletak berhampiran Mydin Mall Ayer Keroh.

Apabila buka bungkusan seperti burger jangkaan saya ada ayam goreng dalam itu rupanya nasi putih. Manakala ayam goreng, hirisan kobis dalam bungkusan kertas coklat.

P.S: Saya tidak pasti outlet berhampiran Mydin Mall ini adalah asli ke tidak sebab google tiada pula tersenarai sebagai salah satu cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus. Lagipun pelik tiada tempe dan tauhu. Sambal diberi biasa-biasa dan diberi tiub kecil kicap manis. Pelik.

Monday, March 21, 2022

Champa Cuisine

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu lepas mak datang ke bilik saya beritahu hendak keluar makan selepas Asar. Tidak diberi tahu hendak ke kedai mana. Ingat lepas Asar baru hendak makan nasi di rumah. Jadi memang kelaparan sangat masa pergi ke sini.

Maka kereta menuju ke arah Klebang. Dekat juga dengan Pantai Klebang, tarikan pelancongan.

Kain Rentang Champa Cuisine

Singgah di satu kedai yang terletak antara banyak kedai-kedai yang ada Meriah juga. Berhampiran juga dengan Marrybrown dan tidak jauh juga dengan kedai Melantak. Ya kami makan petang di Champa Cuisine. Abah saya memang suka makanan Kemboja. Rupanya tuan punya kedai ini yang buka Warung Pak Husin. Pernah makan pada tahun 2020. 




Oleh kerana cuaca amat panas dan masin terik, kami makan di dalam kedai.

Masuk sahaja diberi buku menu dan kertas pesanan.

Buku Menu Champa Cuisine


Saya memilih Sizzling Rice Seafood. Ilustrasi  menarik dengan udang, sotong dan telur mata. Adakah sama dengan makanan sebenar?

Pilihan Menu Champa Cuisine: Sizzling Rice Seafood



Hampir sama. Persembahan 10 markah disertakan cili kicap. Bagi saya padanan kurang sesuai sebab rasa sizzling yang masin diberi cili kicap yang masin pedas. Nasib baik ada disediakan bekas-bekas untuk meja. Jadi ambil bekas cili sahaja.

Air pula ambil kopi Vietnam. Tiada dalam gambar. Kecewa juga dapat dalam bekas gelas kaca tanpa penapis kopi yang sinonim dengan kopi Vietnam.

Persembahan Sebenar Champa Cuisine Sizzling Rice Seafood

Apapun rasa memang sedap. Cuma kurang pedas. Air pun sedap memang rasa kopi Vietnam. Boleh cuba menu lain. Dibuka petang hingga malam. 5 petang-1 pagi. Selasa tutup. 

Apapun penghantaran makanan cepat mungkin belum ramai lagi.

Jenis makanan yang dijual: makanan barat, sizzling, nasi ayam, roti canai, makanan Kemboja seperti sup Kemboja, tongmo dan manisan.

Alamat: 81 Jalan KU 2, Klebang Utama, 75200 Klebang, Melaka.

P.S: Tidak ambil gambar-gambar makanan abah dan emak. Macam malas pula hendak buat bentangan (flatlay).