Nuffnang

Monday, July 18, 2022

Terima Hadiah Daripada Puan Saranur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah pagi Isnin yang panas, selamat terima barang daripada Poslaju.

Bungkusan Diterima 11 Pagi Lebih



Penghantarnya tidak lain tidak bukan ialah pemilik blog saranur74.blogspot.com. Hadiah diterima kerana dapat meneka harga nasi campur dengan tepat.

Terima kain pasang berbentuk geometri warna merah tua Raifili. Lembut kainnya. Terfikir untuk buat apa. Sama ada buat kain baju kurung atau kain telekung untuk solat.

Kain Padang Berbentuk Geometri Jenama Raifili



Terima kasih ya Puan Saranur. 

Friday, July 15, 2022

Raya Haji Yang Memberi Kesan Pada Jiwa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjumpa lagi. Bagaimana raya haji korang? Bagi saya sambutan sangat senyap dan banyak buat refleksi diri. Banyak fikir apa sepatutnya dilakukan pada raya haji dan pembaikan yang patut dilakukan pada raya haji. Banyak makan daging lembu dan kambing. Rasanya berturut-turut dari raya pertama ke hari tasyrik makan daging. Puas makan. Ada lagi daging kambing bakar tidak makan lagi.

Laksa Pedas Singapura Mi Sedaap



Hehe sempat juga cuba Mi Sedap Laksa Pedas Singapura. Ada yang suruh buat penilaian. Bagi saya kecewa sedikit kuahnya tidak rasa seperti laksa. Ia lebih rasa kuah mi kari. Kurang rasa bunga kantan dan masam. Tidak pedas sangat. Tidak teruja untuk cuba lagi tapi kalau saya buat lagi, saya akan cuba tingkatkan rasa kuahnya dengan tambah bunga kantan dan tambah limau kasturi. Kita tengok hasilnya nanti. Mungkin tingkatkan rasa pedas juga.

Kesimpulannya raya haji ini banyak beri kesan pada jiwa. Tidak boleh perincikan perjalanan jiwa. Syahdu sedikit.

Sekadar renungan:
Surah Al-Mujadalah ayat 12

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak menghadap untuk bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW, hendaklah kamu bersedekah (kepada orang miskin) sebelum menghadapnya. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih. Tetapi jika kamu tidak ada apa-apa untuk disedekahkan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Mahal Penyayang.