Nuffnang

Saturday, February 18, 2023

Kembali Ke Dunia Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lama bertapa menulis bog. Cuti uzur tengok siri Korea. Jadi ini sudah kembali ke dunia realiti.

Alhamdulillah berjaya tangkap 2 nombor. Satu nombor tepat dan satu terlebih. Biasalah suka tangkap nombor. Azam tahun ini untuk kerap tangkap nombor. Insya Allah.

Tepat 4 800 000


Lebih 1


Mereka yang selalu datang sini tahu kan? Hehe. Simpan di sini. Satu hari nanti saya akan baca arkib sejarah tahun 2023. Hati lagi akan terdetik rajin betul tangkap.

Di sisi lain, selamat datang bulan Syaaban.


P.S: Boleh sasarkan tangkap nombor berturut-turut pula. Jadi ada 7 nombor kena tangkap.

Kemaskini: Dapat RM35 sebab ada nombor sama dengan orang lain. Persaingan sengit. Bukan dapat tunai., minta belikan coklat masa di Langkawi. Tq Adda semoga semakin murah rezeki dan dijauhi bencana.

Saturday, February 11, 2023

Kacang Kuda

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Minggu lepas belilah kacang kuda.  Teringat pos Puan Ujie. Mula-mula pergi seksyen makanan tin ambil yang dalam tin. Kemudian teringat ada versi kering. Beli juga tapi ini ambil tidak banyak jadi harga RM1 lebih. Lagipun tidak yakin pandai rebus sampai empuk.

Kacang Kuda Kering



Selasa minggu ini tergerak hendak makan jadi ambil separuh yang kering rendam dalam periuk dan tutup. Buat malam jadi biarkan semalaman. Petang esoknya barulah rebus. Buang air rendaman guna air baru menutupi kacang kuda yang sudah kembang. Letak sedikit garam. Tenggek atas dapur. Nampak air jadi sedikit, tambah air untuk menutupi kacang kuda semula. Selepas itu, saya ambil satu cuba potong dua. Kalau mudah potong maknanya sudah empuk. 2-3 kali juga buat. Maaf tidak tengok tempoh masa. Kali terakhir potong tengok hampir empuk baru saya letak sedikit garam. Tutup api, tutup periuk. Bagi sejuk sedikit (suam).

Apabila buka periuk, alhamdulillah empuk dan masin yang sesuai. Hehe pertama kali buat jadi rasa gembira.

Kacang Kuda Rebus



Kena tunggu lambat sedikit untuk rebus lagi sebab abah dari Thailand bawa kacang badam dan gajus. Kunyah ini dahulu.