Nuffnang

Wednesday, March 22, 2023

Menjelang Ramadhan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa makin malas untuk kemaskini blog pada bulan Mac. Cuaca semakin panas membahang, angin sejuk makin kurang. Kelmarin (Isnin) rumah disambar petir. Innalillahiwainnailahirajiun. Kena lewat petang pukul 5 petang. Orang datang baiki lepas Maghrib. Sempat bergelap di tingkat bawah dan tiada elektrik 100%. Tingkat 2 dan 3 ada sebahagian. Lepas semak panel dalam rumah, kena tukar panel depan rumah. Dia datang esok pagi
 Itupun ada tidak dapat baiki. Memang tingkat bawah ada lampu, pintu pagar automatik, loceng rumah yang tidak berfungsi. Memang nampak banyak petir dan kuat betul bunyinya. Ada sekali macam petir itu macam kena bilik saya. Alhamdulillah kali ini tiada. Dahulu kena waktu raya PKP. Haha tiada lampu bilik. Harap lampu tidur sahaja. 2 tahun lepas (2021) pula biawak kena renjatan elektrik masuk panel elektrik luar. Lagi teruk berapi lampu. Saya tengok macam ada kebakaran. Fobia. Itu lagi teruk satu rumah tiada elektrik dan panel luar memang kena tukar dan buat baru. Masa itu hampir bulan puasa. Kasihan orang yang buat elektrik buat kerja luar kena korek tanah untuk ganti wayar-wayar baru. 2-3 hari juga untuk tukar wayar. Lepas itu baiki soket dan lampu yang terbakar. Rasa seminggu masa itu. Allah, moga kami diampunkan dosa atas ujian ini.

Hari ini sarapan luar istimewa di Klebang iaitu di Warung Hajah Robiah. Saya pernah cerita makan di sini. Sayang banyak gerai tutup jadi mood makan tidak seronok sebab makanan dihajati tiada. Saya makan kacang pool.

Harap Ramadhan baik-baik dan saya dapat beribadah dengan sempurna. Amin. Betul-betul jaga diri supaya tidak sakit. Insya Allah. Apapun Allah tentukan segalanya. Maaf atas salah silap saya jika ada komen saya kurang menyenangkan.

Jumpa lagi. Insya Allah.

Friday, March 17, 2023

Harap Dapat Sampel Daripada Sproutme: Mi Sedaap Goreng Ayam Bakar Limau

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pagi-pagi Subuh dapat emel daripada Sproutme pasal sampel Mi Sedaap Goreng Ayam Bakar Limau. Pergilah masuk laman untuk daftar. Tengok- tengok tiada. Ingat sudah habis sampel jadi pasrah. Tengok iklan dalam suratkhabar ada sudah masuk pasaran jadi baru tadi pergi Mydin beli barang. Cari juga tiada. Malah yang saya suka Mi Sedaap  Goreng Korea Pedas pun tiada jadi belilah sos pedas Korea jenama Adabi buat makan. Haha terfikir waktu puasa makan bertambah gastrik perut. Saya tidak hadapi gastrik sebab puasa tapi gastrik makan benda pedas dan masam.

Mi Sedap Goreng Ayam Bakar Limau


Balik rumah buka balik emel, klik pada laman Sproutme. Eh! Ada pula sampel diingini. Daftar. Harap dapat masa puasa. Haha apalah makan mi segera untuk makan tengah malam buta. Selalu sahur minum air putih sahaja. Tahu puasa ini saya jadi kelawar tidur lewat. Eloklah qiamulail malam. Tahun ini rasa malas terawih di masjid. Kita tengok keadaan ya.

Tidak sabar cuba sampel ini.

P.S: Ada yang berminat untuk dapat sampel seperti saya? Tinggalkan komen.
Sebelum ini saya ada dapat sampel lain seperti dalam pos ini.