Nuffnang

Friday, May 5, 2023

Terima Kasih Abam Kie

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada rezeki jadi pengomen utama 3 kali - Januari, Februari dan April 2023. 

Jadi bulan April minta nilai tambah kredit telefon pra-bayar Maxis RM5. Lepas dapat tergerak hati tengok aplikasi Hotlink. 

7.5 Gb Dengan Percuma 100 Gb Dengan Harga RM10



Menarik sempena raya ada tawaran 7.5 Gb + 100 Gb tambahan untuk 30 hari. Bolehleh ambil walaupun di sini kurang sedikit kekuatan liputan.

Nota: Tidak banyak pakaipun.

Monday, May 1, 2023

29-30 April: Hadiri Majlis Kahwin, Majlis Doa Selamat Dan Rumah Terbuka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Seperti dinyatakan sebelum ini Sabtu dan Ahad sibuk hadiri majlis-majlis dinyatakan. Ke hulu ke hilir. Alhandulillah trafik agak lancar walaupun banyak kereta.

Bermula dengan majlis kenduri kahwin di Kampung Chenaga, Tampin N9. Majlis bermula pukul 11 pagi jadi pukul 10 pagi lebih bertolak dari rumah di Melaka. Bawa juga baju untuk bermalam di rumah adik di Sri Damansara.

Sampai pukul 11 lebih, orang tidak berapa ramai tapi stesen apam balik, cendol dan kambing golek belum tersedia. Jadi makan nasi dahulu. Masa ini perut rasa sebu.

Nasi Putih+ Daging Masak Hitam+ Ayam Masak Merah+ Masak Lemak Cendawan Dan Daging Salai + Timun+ Sambal Belacan



Tunggu stesen apam balik beroperasi. Ambil satu masuk dalam kertas coklat. Panas lagi jadi ingat makan dalam kereta. Sayang tidak dapat rasa kambing golek. Cendol rasa daripada anak buah kecil, si Aafiya. Dapat buah tangan telur pindang dan cakar ayam. Telur pindang sudah selamat makan ketika berbuka tadi (Isnin)

Sarang Telur Burung: Telur Pindang Dan Kuih Cakar Ayam



Perjalanan diteruskan ke Ampang Jaya rumah Mok. Bertolak dalam pukul 12 lebih. Singgah stesen minyak. Anak buah si Ayaana muntah dalam beg kertas coklat. Manakala saya muntah dalam tandas. Lega sedikit tapi perut sebu.

Laksa Johor



Sampai di sini pukul 3:05 petang. Haha walaupun perut tidak selesa masih berselera makan cuma ambil kuantiti sedikit. Mula-mula makan nasi hujan panas dengan daging dendeng dan sayur tempura. Kemudian merasa sedikit laksa Johor. Lain-lain tidak sentuh macam nasi impit dan rendang, sup cendawan dengan roti bawang puih. Tumpang solat qasar dan jamak Zohor dan Asar di sini. Adik-adik no 3 dan no 4 datang kemudian. Mok bekalkan makanan. 

Pukul 5 petang bertolak ke Sri Damansara rumah adik no 4. Pertama kali saya datang. Rehat.

Esok Ahad pukul 10 pagi sudah bertolak sebab hendak melawat Wan Uti di Kota Damansara. Masa singgah mereka tiada, rupanya mereka ke kedai runcit. Oh!Ya, sebelum bertolak sarapan di rumah adik makan sup cendawan dan roti bawang putih. Adik ipar buat juga makaroni dan keju. Bertambah saya makan. Pagi itu saya minum teh o, teringat pesan emak untuk perut tidak sihat. Alhamdulillah hari itu tiada masalah saya muntah atau tercirit.

Uwan Uti hendak masak lauk tengahari ketika iru tapi kitorang kejar waktu. Tidak kisah makan kuih roti dan teh o (lagi) Tapi Uwan Uti suruh kami datang lagi untuk makan tengahari. Kami sebut insya Allah. Kalau tidak wakilkan pada adik no 4 yang tidak dapat ikut datang nanti.

Kami ke Shah Alam. Sampai dalam 11:40 pagi. Pertama kali ke rumah Kak Ina (sepupu). Was-was sebab tengok laman muka-muka tidak dikenali. Rupanya mereka di dalam. Majlis doa selamat berlangsung.

Rumah Yang Ada Khemah Ungu Seksyen 35 Shah Alam



Budak-budak tidak boleh duduk diam jadi kami duduk balik sofa berhampiran tv. Sini makanan nasi beriani dengan ayam masak merah, acar buah, acar rampai, daging masak hitam. Selain itu ada kuih-muih, nasi impit, sambal sotong kembang, rendang. Mi kari makan sedikit. Makan bawah khemah. Lepas itu sambung pula makan spageti carbonara makanan laut. Ayaana kata sedap, entah berapa kali tambah. Saya cuma rasa. Air ada teh tarik dan air mineral. Teh lagi. Haha sihat perut tiada ragam.

Budak-Budak Tidak Reti Duduk Diam


Lepas itu dapat lagi jemputan saat akhir daripada Azizah, sepupu juga. Memandangkan rumah tidak jauh di Seksyen 30 kami penuhi juga tapi pergi awal. 1 tengahari lebih. Padahal jemputan waktu bermula pukul 3 petang. Haha sebelum beransur Yati (adik Kak Ina)bekalkan pada kami. Murah rezeki.

Alhamdulillah tidak susah cari. Kami orang pertamq. Diikuti Mak Busu drngan Mak Uda sekeluarga, Shepra dan keluarga serta Makcik Mashitah. Kami yang awal makan dahulu manakala yang lain solat dahulu. Di sini ada lontong, sambal udang petai, rendang N9. Teh lahi. Haha. Minum sedikit. Kemudian ambil giliran solat qasar dan jamak takdim Zohor dan Asar.

Ada ura-ura hendak ke rumah Makcik Sam. Tidak jauh juga dari situ. Pertama kali singgah rumah Makcik Sam di Shah Alam. Rumah Azizah inipun rumah baru, dia baru pindah. Sebelum ini dia duduk dekat perumahan Masjid Shah Alam. Alhamdulillah. Di rumah makcik Sam makan kuih digoreng pans. Tidak tahu nama dan mihun goreng. Air pula oren sejuk. Memang tidak minum.

Di sini hujan lebat jadi seronok makan sambil tunggu hujan reda. Saya sudah mula mengantuk. Padahal abah rancak berborak. Takpelah bukan selalu. Anak buah Adiva sempat tidur di sofa.

Balik pukul 5 petang. Trafik lancar. Cuma ketika sampai Simpang 4, hujan lebat dengan petir. Seram juga. Apapun selamat sampai pukul 6 lebih. Laju juga abah bawa waktu hujan. 

Isnin nasib baik tiada jemputan. Hehe.

Oklah jumpa lagi.