Nuffnang

Monday, May 15, 2023

Nasi Lemak Daun Pisang Daripada Jiran Hujung

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu kelmarin sebelum pergi rumah terbuka Uncle Mamat di Kuala Selangor, jiran hujung rumah minta abah daun pisang. Tanpa teragak abah beri. Balik sampai pukul 9 malam lebih. Teruk kesesakan jalan raya di sana.

Esoknya atau semalam, awal pagi jiran beri satu bekas jernih bulat yang ada 6 bungkus nasi lemak daun pisang.

Nasi Lemak Tinggal 1 Lepas Saya Ambil 1





Wah rajin betul jiran ini buat sarapan bungkus nasi lemak dalam daun pisang. Kalau kami hanya masak nasi lemak tanpa bungkus dengan daun pisang.

Nasi lemak lengkap dengan sekeping ayam goreng tepung, separuh telur separuh masak, ikan bilis dan kacang yang rangup dan sambal yang sedikit manis tapi boleh ditelan. Tidak pedas.

Isi Separuh Masuk Pinggan. Cara Saya Makan Separuh Takut Tidak Habis. Ini Nasi Lemak Memang Sedap Maka Habiskan Semua



Menjadi rebutan anak-anak buah. Maka tengaharinya mak saya buat nasi lemak dengan ayam goreng tepung, sambal pedas dan telur goreng. Hehe lebihan sambal jiran beri ada lagi. Nasib baik diasingkan letak dalam bekas lain.

Alhamdulillah terima kasih jiran hujung rumah. Rajin buat bungkus dengan daun pisang. Kami yang banyak daun pisang tidak pula guna.

P.S: Bengang tidak boleh layari internet dengan data Hotlink. Seminggu berlalu. Masih terpaksa guna adik bongsu punya.


Sunday, May 14, 2023

Kecewa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa ralat dan kecewa masalah data mobil tidak keluar. Inilah buat serik untuk beli data Hotlink Maxis. Konon masa raya, ramai guna internet. Sebelum ini saya pakai internet adik saya pasang letak dalam modem sejak 2020.  

Beli sebab hendak elak kongsi. Ingat bertambah baik internet Hotlink. Mentang-mentang pra-bayar. Bersangka baik. Haha Allah uji adakah saya boleh bersabar. Aduh, rasa gerak hatipun tumpul. Kalau gerak hati tajam mesti rasa tidak seronok langgan. Sebulan langgan.

Kita tengok sampai bila akan ok. Akan coretkan di blog tapi pos kebelakang. Tidak kisah orang baca tapi ini untuk ingatan pada saya. Kali terakhir langgan tidak silap 2019.

P.S:Sebelum ini isi (topup) hidupkan talian sahaja, tiada langgan data internet. Harapkan wi-fi. Ia saya banyak guna di rumah bukan di luar. 

Nota tambahan: Masalah selesai apabila pergi ke Pusat Maxis pada 29 Mei (Isnin). Rupanya talian kena aktif juga. Maka aktifkan setahun sampai 28 Mei 2024. Lepas ini boleh fokus beli data internet. Terima kasih kepada Fiza juga sebenarnya. Cuma tidak tahu buat. Tulis sekadar ingatan. Taip *100#. Kemudian pilih My Account, lepas itu Validity. Kena RM33 untuk setahun. Tambah RM20 sebab dalam akaun dah ada RM17.88