Nuffnang

Sunday, May 21, 2023

Terima Hadiah Bungkusan Dalam Bungkusan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah direzekikan menang lagi daripada blog. Rezeki blog. Kali ini dapat hadiah daripada pemilik blog kasihkuamani.blogspot.com

Jawab soalan daripada tulisan tentang beza air. Kebetulan masa itu tengah kecewa. Untuk hilangkan rasa bengang itu tertengok ada pos baru daripada Puan Sha teruslah baca. Ada soalan di akhirnya pasal gambar. Suruh teka.

Hadiah Dalam Bungkusan Dalam Bungkusan



Alhamdulillah jawab betul. Itu soalan Ahad lepas maka Ahad hari ini selamat tiba bungkusan J&T. Bungkusan dalam bungkusan. Akhirnya buka sampul surat terserlah 5 keping penanda buku yang temanya merah hitam.

5 Keping Penanda Buku🙂



Terima kasih Puan Sha. Saya terus guna. Saya suka lawat blog dia ini sebab rajin tulis banyak pos dalam sehari berkisar buku, ulasan filem, makanan yang dibeli dan kisah peridafi. Terperinci dan ringkas. Kagum rajin baca buku dan cepatkan habis baca.

Kalau berminat boleh lawat blog Puan Sha.


Friday, May 19, 2023

Tunggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada ketika kita tidak sabar untuk dapatkan sesuatu. Cuba buat macam-macam untuk dapatkannya tapi tidak berhasil.

Ketika itu rasa kecewa dan sedih tidak dapat dibendung. Perasaan seperti orang ditewaskan. Pada ketika itu juga teringat berapa kerdil diri ini. Tidak berdaya untuk buat walaupun perkara kecil.

Istighfar, bertaubat pada Allah. Redha, bersabar, bersabar, bersabar. Minta lagi pada Allah petunjuk. Bersihkan hati. Betulkan apa yang salah. Minta lagi petunjuk. Ketika itu Allah tunjukkan salah kita dan kita betulkan semula. Istighfar. Mengaku dosa dan minta Allah beri kekuatan untuk jauhkan supaya tidak mengulangi kesilapan sama.

Ulang-ulang. Rasakan berapa lemah dan tidak berdayanya kita. Ingat hari kiamat. Pada ketika kita rasa amannya perbuatan baik yang telah dilakukan tiba-tiba tiada ketika perhitungan di sana. Hilang. Kita muflis. Termangu-mangu bagaimana boleh hilang. Rasakan perasaan itu sekarang. Rasakan perasaan tidak berdaya. Rasakan kita tidak mampu dapat apa yang kita hajati tanpa pertolongan-Nya. Akui kelemahan diri sungguh-sungguh. Buat baik sebanyak-banyaknya sambil harap Allah terima amal kita. Siapa tahu amal itu Allah redha.

Maka tiba-tiba Allah beri apa yang kita hajatkan. Betapa mudah tanpa bersusah payah terims. Kita gembira dan mungkin mengulang semula kealpaan atau mungkin sahaja dosa.

Istighfar dan taubat selalu. Ingat tiada jaminan kita masuk syurga tanpa harap ihsan-Nya.