Nuffnang

Thursday, June 15, 2023

Buat Air Madu Campur Serbuk Kulit Kayu Manis Suam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini selalu kena perut pedih atau gastrik. Sakit itu mengganggu perasaan juga. Jadi apa kata buat sendiri air madu dan serbuk kulit kayu manis suam. Syukurlah ada madu tualang yang abah beli dan adik ada beli madu asli organik. Serbuk kayu kulit manispun ada dalam simpanan sebab dahulu rajin buat pai epal. Daripada terbiar serbuk kayu manis itu, kita masuk sekali.

Air Madu Dan Serbuk Kulit Kayu Manis Suam





Anggaran 1/8 cawan sukatan dengan sama anggaran serbuk kulit kayu manis untuk satu termos kecil (guna termos Puan Fieza Sani beri). Kalau kuat sangat rasa kayu manis, kurangkan. Macam kali pertama buat ikut sama sukatan madu dan kulit kayu manis itu rasa berserbuk sangat.

Simpan dalam termos boleh minum bila-bila. Tidak teguk habis sekali minum. Minum sedikit-sedikit. Jangan lupa baca surah al-Fatihah. Insya Allah tidak sakit.

Alhamdulillah ok sudah perut. Kena rajin buat sahaja.

Saturday, June 10, 2023

Mampu Merancang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam saya kata hari ini kena jaga Ayaana. Ia tidak jadi kenyataan. 

Aafiya muntah, Auliya demam dan cirit serta Aqil demam kejap ok kejap tidak dengan buat perangai (adik Ayaana). Maka adik saya buat keputusan tidak pergi kenduri adik iparnya. Padahal awal pagi adik saya sibuk buat 'brownies marshmallow' untuk dibawa ke sana. Nampaknya rezeki budak-budak dan yang ada di rumah. Saya tidak suka marshamellow. Selalu bayang terlebih manis marshmallow dengan melekit rasa.

Brownies Marshmallow



Ayaana gembira tidak ditinggalkan tapi tidak dapat makan Maggi. Saya pula punya simpan perut, sabar tunggu adik buat kek di dapur. Tidak makan apa-apa. Tunggu mereka pergi. Tengok-tengok pukul 11 pagi masih tidak pergi. Rupanya Aafiya muntah. Jadi perancangan saya tidak berjaya. Kena masak nasi lepas itu untuk mereka. Lepas itu saya makan sarapan lewat roti canai, buat air koko panas dan makan 2 keping roti gandum penuh.

Tunggu tengok #Qurantime baru makan nasi. Konon saya tidak mahu makan nadi tapi sudah ada nasi dan lauk, makan sahajalah. Roti dan sapuan sardin boleh ditunggu. Mi segera Vit's dengan sos bolognesepun boleh tunggu.