Nuffnang

Saturday, June 17, 2023

Rasa Bahagia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hehe tajuk tidak menahan. Gembira hari ini seorang di rumah. Kuasai rumah, masak apa yang teringin. Akhirnya setelah minggu lepas tidak dapat. Sebenarnya dari semalam lepas solat Jumaat budak-budak, adik dan emak abah ke Cyberjaya. Buat parti harijadi Aafiya di pusat permainan di sana. Saya macam biasalah kena jaga rumah. Lagipun tidak muat kereta dengan orang dan barang.

10 Pagi - 3 Petang

Tema Hello Kitty



Hehe dapatlah tengok tv dengan aman. Kalau tidak itu adalah yang gaduh, minta itu, suruh ambil makanan. Huru-hara sedikit rumah. Alhamdulillah dapat tengok keputusan pemenang Majlis Tilawah Dan Hafazan Peringkat Kebangsaan.

Korang buat apa hari ini?

P.S: Makin kuat sikap introvert saya.

Thursday, June 15, 2023

Buat Air Madu Campur Serbuk Kulit Kayu Manis Suam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini selalu kena perut pedih atau gastrik. Sakit itu mengganggu perasaan juga. Jadi apa kata buat sendiri air madu dan serbuk kulit kayu manis suam. Syukurlah ada madu tualang yang abah beli dan adik ada beli madu asli organik. Serbuk kayu kulit manispun ada dalam simpanan sebab dahulu rajin buat pai epal. Daripada terbiar serbuk kayu manis itu, kita masuk sekali.

Air Madu Dan Serbuk Kulit Kayu Manis Suam





Anggaran 1/8 cawan sukatan dengan sama anggaran serbuk kulit kayu manis untuk satu termos kecil (guna termos Puan Fieza Sani beri). Kalau kuat sangat rasa kayu manis, kurangkan. Macam kali pertama buat ikut sama sukatan madu dan kulit kayu manis itu rasa berserbuk sangat.

Simpan dalam termos boleh minum bila-bila. Tidak teguk habis sekali minum. Minum sedikit-sedikit. Jangan lupa baca surah al-Fatihah. Insya Allah tidak sakit.

Alhamdulillah ok sudah perut. Kena rajin buat sahaja.