بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat Hari Arafah. Saya sekarang berada di Hospital Alor Gajah. Abah dibawa ambulans hari Jumaat lepas. Asalnya abah ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal kerana batuk.
Lepas itu disuspek ada tibi sebab ada darah. Kemudian masuk ke wad isolasi ICU. Abah diberi terapi oksigen tinggi. Kemudian cuci darah sebab didapati darah mengandungi tinggi potasium. Kemudian diberi darah sebab darah merah rendah.
Hari ini abah di wad ICU tapi bukan wad isolasi. Alhamdulillah bukan tibi. Masih dalam pemantauan. Harap abah sihat 100% dan boleh keluar.
Memandangkan masa melawat terhad untuk ICU. Pukul 1-2 petang dan 5-7 petang. Masa abah di wad isolasi ICU, tidak boleh bilik, hanya perhati dari cermin tingkap. Kemudian di wad ICU, boleh lawat tapi 2 orang pada satu masa.
Tempat Menunggu Sementara Naik Ke Atas |
Ketika tunggu untuk lawatan petang kedua, solat di Surau Luqman Al Haqeem. Tempatnya selesa dan terjaga baik.
Padang Permainan |
Masa awal-awal selalu nampak kafetaria tutup. Rupanya tutup pada Sabtu Ahad/ hari kelepasan am. Jadi hari ini saya dapat tengok kafetaria dibuka kerana datang awal untuk lawatan pukul 1 tengahari. Saya membeli laksa pada pukul 2 lebih lepas solat. Beli untuk bawa balik ke kampung. Teringin tapi tidak boleh makan sekarang. Tidak ramai orang.
Waktu operasi pukul 7 pagi hingga 4 petang Isnin-Jumaat.
Lobi tempat saya lepak untuk layari internet. Ada wi-fi percuma. Ada juga plak perasmiaan HAG. Diramikan pada 29 April 2013 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1434 (Isnin)
Mampu berdoa abah diberi kesihatan seperti sediakala.
P.S: Gambar diambil hari-hari berbeza ikut keadaan. Mula melawat hari Ahad sehingga hari ini. Bertukar-tukar katil dan keadaan abah yang berbeza. Tidak ambil gambar wad ICU sebab tidak dibenarkan. Kalau ambilpun, ambil gambar keadaan abah untuk keluarga.