Nuffnang

Monday, July 10, 2023

2 Minggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya abah keluar daripada wad ICU ke wad biasa setelah 2  minggu. Masa dengar itu rasa lega sangat. Cuma proses keluar lama sebab urus pelbagai perkara.

Nanti ada temujanji dengan Hospital Alor Gajah *HAG), Hospital Melaka dan Hospital Serdang. Ubat jangan cakaplah, pelbagai jenis dalam kotak besar.

Sedih juga tengok abah bertongkat sebelah. Harap masalah dihadapi sembuh 100%. Jadi dalam pemantauan doktor. Semalam adik bongsu suntik pada lutut abah. Harap tiada kesakitan pada lutut lagi.

2 minggu dapatlah rasa laksa sedap di kafeteria HAG. Laksa Penang setiap Rabu.

Lepak Makan Aiskrim Magnum Belgian Chocolate Luxe Di Tepi Kerusi Ala Kantin Di Bahagian Luar Surau 


Bahagian Dalam. Rasa Tiada Beza Sangat. Fancy Nancy Nama Aiskrim.




Dapatlah juga cuba aiskrim Magnum Belgian Chocolate Luxe beli di kedai serbaneka di lobi utama HAG Apapun hospital ini selesa, tempat letak kereta mencukupi, surau dekat dengan kafetaria. Jadi waktu hati rasa tidak seronok dilembutkan dengan perkara-perkara yang dinyatakan. Wi-fi percuma ada di lobi utama ada jadi menunggu itu tidaklah azab sangat. 

Terima kasih warga HAG sepanjang abah di sana.

Friday, June 30, 2023

Lapah Lembu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Raya Aidil Adha ke-2, emak ada masuk bahagian korban. Lepas itu daging yang sudah disembelih dihantar ke rumah Makchek. Jadi adik-beradik emak, anak-anak dan menantu yang lapah untuk dibahagi-bahagikan kepada senarai Auntie Nani sediakan supaya tiada yang tertinggal.

Sebahagian Mereka Yang Melapah. Ada Lagi Yang Tiada Dalam Kamera


Teringat pos Nur tentang kepala lembu. Alhamdulillah ada yang berminat untuk ambil kepala. Licin dibahagi-bahagikan.

Kepala Lembu



Makchek terus ambil tulang dan gearbox untuk dibuat sup.


Sup Tulang Dan Gearbox




Lepas itu ambil sedikit daging tetel buat masak asam.

Asam Pedas Daging Tetel



Masa kami (emak dan saya) bertolak ke hospital hanya masak asam daging tetel yang sudah selesai dimasak. Sup tulang dan gearbox masih lagi di atas api.

Hari raya korban tahun ini rasa sibuk dan banyak bergerak ke sana dan ke sini. Apapun alhamdulillah daging semua siap dibahagi-bahagikan masuk dalam plastik. 

Jumpa lagi.