بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya abah keluar daripada wad ICU ke wad biasa setelah 2 minggu. Masa dengar itu rasa lega sangat. Cuma proses keluar lama sebab urus pelbagai perkara.
Nanti ada temujanji dengan Hospital Alor Gajah *HAG), Hospital Melaka dan Hospital Serdang. Ubat jangan cakaplah, pelbagai jenis dalam kotak besar.
Sedih juga tengok abah bertongkat sebelah. Harap masalah dihadapi sembuh 100%. Jadi dalam pemantauan doktor. Semalam adik bongsu suntik pada lutut abah. Harap tiada kesakitan pada lutut lagi.
2 minggu dapatlah rasa laksa sedap di kafeteria HAG. Laksa Penang setiap Rabu.
Dapatlah juga cuba aiskrim Magnum Belgian Chocolate Luxe beli di kedai serbaneka di lobi utama HAG Apapun hospital ini selesa, tempat letak kereta mencukupi, surau dekat dengan kafetaria. Jadi waktu hati rasa tidak seronok dilembutkan dengan perkara-perkara yang dinyatakan. Wi-fi percuma ada di lobi utama ada jadi menunggu itu tidaklah azab sangat.
Terima kasih warga HAG sepanjang abah di sana.