Nuffnang

Wednesday, July 19, 2023

Lagi Susah Apabila Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah.

Apa yang lagi susah apabila senang? Susah untuk sentiasa bersyukur ketika senang, gembira, lapang dan sihat. Waktu susah memang waktu itu kita bersungguh-sungguh mohon pada Allah supaya diberi jalan keluar.

Ketika senang yang susah untuk ingat pada Dia. Sayalah itu. Maka saya selalu berdoa agar saya sentiasa ingat Dia ketika saya senang, gembira, banyak waktu terluang dan sihat.

Oklah hendak cerita pemberian orang. Alhamdulillah.

Ole-ole dari Makkah. Makcik Mashitah baru balik dari haji bawa ole-ole biskut Maamoul jenama AlBatal. 

Maamoul AlBatal



Sedap biskutnya. Biskut kurma di mana gunakan kurma yang digunakan kurma Arab Saudi. Satu kotak besar ada paket-paket kecil yang mengandungi satu biskut yang besar juga.

 Satu Peket Atas Kotak



Selain itu ada diberikan tasbih, minyak wangi, beg duit kain gambar Kaabah dan magnet peti sejuk gambar Kaabah (tiada gambar diambil). Rasa macam dah komersil dan macam-macam ada cenderahati. Dahulu pergi tiada pula magnet peti sejuk ini.

Selain itu adik perempuan belanja Samyang Buldak Cheese. Haha upah kena kemas mainan anak-anak dia yang rajin sepah. Hehe lama tidak beli Samyang Cheese. Budak-budak ini (anak-anak) dia ada pilih carbonara, ada yang extra pedas. Saya pula pilih keju sebab rasa seimbang pedas dan berlemak.

Samyang Buldak Cheese



5 peket dalam satu bungkusan. Kalau dahulu beli seminggu boleh habis sebab sedap. Ini cuba jimat-jimat jangan makan selalu. 

Korang ada perisa kegemaran ke? 

Sunday, July 16, 2023

Baru Tahu Tajuk- One Night In Bangkok

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya jumpa juga tajuk lagu malam tadi. Mula-mula secara tidak sengaja dengar lagu lain (lagu 80-an). Lepas itu Youtube cadang lagu  'One Night in Bangkok'.

Sekali dengar, korus lagu ini yang kadang terngiang-ngiang dalam kepala. Hendak cari, liriknya satupun saya tidak dapat tangkap. Kadang-kadang korus ini tidak muncul tapi kadang-kadang mincul tiba-tiba.

Pertama kali dengar masa pergi ekspo jualan buku Big Bad Wolf di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) pada Disember 2012. Cuba dengar dalam radio lagu-lagu 80-an pun tidak jumpa.
Lebih 10 tahun mencari, akhirnya jumpa secara tidak sengaja.

Tengok lirik keseluruhan sebab apa kaitan Bangkok dengan catur. Haha. Lagu ini ada 2 maksud macam bidak hitam dan putih. Lawan catur: USSR (Kesatuan Soviet) dan USA metafora kepada Perang Dingin tahun 80-an. Ada juga keyakinan daripada penyanyi USA akan menang.

Kejohanan catur buat di Bangkok. Buat bandingan juga aktiviti malam di Bangkok dengan catur.

Mula-mula fahamkan lirik macam menakutkan saya juga. Lirik boleh ditafsirkan pelbagai juga. Macam ada maksud sisi gelap Bangkok dalam tersirat saya rasa.

Lepas itu lupa tajuk jadi saya google apa yang saya tahu jadi saya google 'youtube chess song'. Terpacul pada carian pertama.


Taip youtube chess song




Muziknya tiada unsur Thai. Awalnya lebih pada muzik Rusia. Itulah awal-awal tertanya mengapa tajuk lagu begitu. Tapi muzik videonya memang menggambarkan aktiviti di sana macam perlawanan muay thai.

Korang pernah cari sesuatu akhirnya baru jumpa? Boleh kongsi ya.

P.S:Selalu cari maksud lirik lagu-lagu 80-an yang muziknya unik. Memang selalu ada lebih maksud dan sindiran yang disampaikan.