Nuffnang

Monday, January 1, 2024

Akhir Tahun

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hujung tahun semua adik-beradik berkumpul di rumah. Adik nombor 3 baru balik ke Malaysia. Kemudian datang secara mengejut adik bongsu.

Kami pergi mengejut ke Hotel Bayview . Asal hendak makan di kedai Salai Tempurung. Tengah perjalanan, adik perempuan telefon Abah kata boleh datang terus ke Hotel Bayview. Pukul 1 tengahari sampai. Lewat. Pertama kali solat di surau sana. Suraunya terletak di tempat yang sunyi sepi. Jenis penakut memang minta teman. Saya redah sahaja. Nantilah saya letak gambar.

Mula Ambil Tempat Satu Meja Dengan Emak Dan Abah


Duduk Berdua Dengan Adiva  (Anak Buah)

Cuba Yang Baru: Daging Itik Dengan Sos Plum, Kentang Mentaga Dan Pai Dengan Daging Cincang



Haha sunyi sepi tiada bunyi mercun (ke tidak sedar) Tidur awal. Terbangun pukul 2 pagi. Terus tidak dapat tidur. Dalam hati suruh solat sunat.

Baru cakap sunyi terdengar bunyi mercun.

Jumpa lagi.

P.S: Saya suka Januari. Bulan kelahiran.


Sunday, December 17, 2023

Tidak Lupa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah lama tidak mencoret di sini. Menyepi kerana berkabung dengan rakyat Palestin. Tidak boleh rasa gembira sangat. Kali ini terasa penangannya. Mampu berdoa pada Allah dan semoga saya sentiasa ingat mereka di sana sama ada yang hidup atau syahid. Memang betul Allah tidak boleh lupa. Sentiasa ikuti perkembangan semasa dan dengar tazkirah di samping apabila ingat sahaja, doa. Ingat sahaja doa. Sampai dalam mimpipun boleh masuk.

Gembira sederhana. Sambut harijadi Abah di tempat saya bagitahu pada pos sebelummya. Selepas itu awal bulan 12 Abah jalani pembedahan buat tapak. Pembedahan kecil tidak perlu masuk wad. Jadi sesuailah tidak perlu gembira sangat. Lepas itu emak tiba-tiba tidak boleh jalan. Jadi adik perempuan dan saya ambil tugas memasak. Utamanya adik perempuan masak. Saya lebih pada masak sayur, cekodok pisang dan kemas rumah. Sekarang ini alhamdulillah Emak sudah ok.

Bulan 12 ini cuaca sudah nyaman. Tiba-tiba Ayaana (anak buah) tanya tidak keluar jalan ambil angin ke? Cuacapun memang elok tidak panas sangat. Haha kali ini pergi jalan dengan anak-anak buah. 

Kali terakhir berjalan bulan 2. Kali ini tengok rumah ini sudah siap jadi rumah inap.

The Q's Homestay




Lalu tempat permainan. Beri mereka main. Saya kata pada mereka korang mainlah sini, Mak Long pergi jalan sekitar dan nanti patah semula ke sini. Mereka tidak bagi kata hendak ikut juga. Jadi saya duduk di kerusi disediakan. Kemudian apabila sudah puas mereka main, kami sambung jalan.

Langit Membiru Di Taman Permainan



Saya suka lalu depan rumah ini. Rumah warna putih. Macam ada kenangan teringat rumah di luar negara yang saya pernah tinggal kecuali tiada kipas. Tingkap tiada gril tinggal cuma ada langsir atau bidai. Tinggi betul tawakal tuan rumah ini 🙂.

Rumah Putih 2 Tingkat

Ambil Gambar Pintu Depan Dan Tingkap



Bahagian dapur pula guna tingkap akordion yang boleh dibuka luas menjadikan dapur dalam dan luar. Kiranya boleh makan di luar. Jadi terapi tengok rumah ini. Rasanya orang yang duduk rumah ini pernah duduk luar negara kalau tengok rumahnya tiada penyaman udara. Harapkan pengudaraan semulajadi. Waktu ini tuan rumah tiada jadi tingkap tertutup.

Tingkap Akordian Bahagian Dapur



Menuju ke rumah, budak-budak ini cabut lari. Laju betul mereka lari. Apapun seronok jalan bersama-sama mereka sebab cergas tapi kena berhenti di taman permainan untuk mereka main dahulu.

Oklah jumpa lagi.☺