بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah semalam dapat selesaikan Rukun Islam ke-4. Bebanan itu terus hilang. Terus rasa gembira betul. Lagi pula awal pagi keluar untuk sarapan bersama Abah dan Emak. Bertiga sahaja.
Balik rumah tenang tiada gangguan bunyi loceng hantar barang. Bahagia layan ceramah agama di Youtube.
Hari ini pula orang datang siapkan khemah. 2 khemah. 1 bahagian dalam dan 1 bahagian tepi. Oh!Ya, pada saat akhir Emak hendak buat perjumpaan dengan adik-beradik esok. Maka hari ini hari sibuk dan kelam-kabut. Harap tenang sahaja nanti.
Semoga dipermudahkan oleh Allah.