Nuffnang

Saturday, December 31, 2022

Menjelang Tahun Baharu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pejam celik sudah pada penghujung tahun 2022. Sekarang ini tinggal seorang. Adik perempuan (nombor 2) ada hari keluarga. Adik nombor 3 sudah balik ke sarangnya di Auckland dan adik bongsu pula hari ini berpindah dari Rawang ke Kota Damansara. Hehe saya cakap ini tempat orang kaya di Kota Damansara. Dekat pula dengan IKEA. Apapun rumah adik bongsu dekat dengan Sungai Penchala rumah arwah datuk belah abah. Jadi raya tiada masalah untuk selalu singgah sini.

Emak dan abahpun turut serta tengok rumah adik. Saya pula asal hendak ikut tapi apabila hendak kemas baju, badan rasa lesu. Penangan ubat. Jadi malas ikut. Insya Allah esok pergi kenduri kahwin di Tampin. 

Kesihatan pula rasanya 90%. Tidak berani kata sembuh 100% sebab takut datang balik seperti sebelumnya. Jadi rehat dan perhatikan keadaan diri dari masa ke masa.

Alhamdulillah rezeki daripada blog, dapat duit RM30 daripada Abam Kie kerana terpilih ( nombor 3) sebagai tukang komen terbanyak. Ini kena konsisten komen sepanjang tahun 2022. Cabaran juga sebab ada halangan tidak dapat komen.

Harap tahun 2023 lebih baik daripada 2022.

 

Monday, December 26, 2022

Demi Mendapat Kesihatan Semula, Harga RM95

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya mengalah pergi klinik swasta terus. Sakit kejap ok kejap tidak. Makan ubat panadol dan ubat batuk, selsema dan cair kahak sahaja.

Harap saya sembuh 100%. Nampaknya saya tidak dapat tahan. Tidur semalam saya batuk betul. Duduk menghadap mangkuk tandas.

Doakan saya ya. 5 hari kena sihat. Kalau tidak kena buat x-ray. Penat otak jadi kabur tapikan saya aktif bergerak sampai berpeluh cuma itulah badan rasa lemau.

Tambahan/Ingatan: Dapat ubat batuk, selsema dan antibiotik. Nasib baik sempat pergi. Klinik tutup pukul 5 petang. Sampai sana jam sudah menunjukkan 4:45 petang.