Nuffnang

Monday, May 29, 2023

29 Mei 2023- Ke Pusat Utama Maxis

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya pergi juga ke Pusat Maxis di Mahkota Parade. Sudah lama tidak jejak MP sejak kali terahir umur akhir 20-an (belas tahun juga tidak masuk) Sekarang lagilah rumah sudah jauh.

Asal malas hendak pergi tapi sudah buat segala perkara. Ada satu benda ini yang bermain di fikiran tapi tidak diendahkan sebab rasa bukan perkara itu yang jadi masalah. Sekali perkara itu pula. Haha. Kena aktifkan talian rupanya baru data internet berjalan! Bukan sahaja data internet kena aktif, talianpun. Tapi dahulu boleh saja data internet aktif tapi talian tidak aktif. Mungkin sekarang sistem berbeza. Nasib baik orang yang beri perkhidmatan itu baik.

Saya datang awal pagi. 9:40 pagi sudah tercongok depan kedai. Nasib baik ada kerusi untuk duduk. Kali ini pergi abah hantar jadi pergi awal pagi supaya tidak sesak dengan kereta. Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa tidak pergi ke Pusat Maxis lain? Jawapannya pernah dahulu pergi sini (masa akhir umur 20-an) dan perkhidmatan cemerlang. Lagipun memang betul-betul pusat utama. Ada saya pergi yang cawangan di TESCO Bandaraya, kurang puas hati dengan layanan orang di sana. Jadi baik pergi ke tempat yang kita tahu baik dan tidak buat emosi makin terganggu. Haha lagipun pergi ke pusat utama sebab ingatkan masalah kronik ke. Haha rupanya remeh. Alhamdulillah lega. Orang itupun baik tolong buatkan talian aktif setahun. Suka diingatkan saya guna talian pra-bayar.  Maka ada ketika talian tidak aktif. Jadi ala separa pasca-bayar talian hidup setahun. Hidupkan balik pada 28 Mei 2024 nanti. Mungkin nanti ada tambahan fungsi hidupkan selama 5 atau 10 tahun macam lesen kereta?

Simpan di sini. Macam biasa simpan ke belakang sedikit.

P.S: Tiba-tiba rindu hendak naik bas ke MP. Mungkin akan buat apabila emak dan abah tiada di rumah dan saya bosan di rumah.

Nota tambahan: Hotlink ini banyak jenis rupanya. Saya pengguna setia selama 18 tahun. Kad sim adik bongsu, dia masuk asrama ketika Tingkatan 4. Masa itu tidak boleh bawa telefon bimbit. Jadi saya pegang dan jaga. Selalu isi kredit. Akhirnya jadi milik saya. Insya Allah harap setia. Walaupun ada tidak seronok guna Hotlink dan ada masalah sedikit dengan Maxis, masih boleh diterima karenahnya. Pernah guna Celcom dan Digi tapi talian dan nombor itu semua sudah mati. Ini tiada masalah cuma masalah kekalkan aktif. Masa itu saya ada 3 sim berbeza tapi waktu itu tiada telefon dua sim. Kena rajin tukar-tukar sim masuk dalam tefon. Tahun 2004.

Thursday, May 25, 2023

Pada Orang Lain Senang Buat, Pada Saya Susah Hendak Buat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kesukaran untuk buat sesuatu. Puas digodek tapi tidak berjaya. Geram juga. Masalah saya tidak suka minta orang lain tolong buat. Seboleh-bolehnya mahu buat sendiri. Satu kepuasan kalau berjaya. Kuat sangat berahsia.

TAPI TIDAK BOLEH!!!! Argh.

Minta tolong orang ajar. Mudah sahaja.

Sendiri cuba buat tidak jadi. Geram. Tengok tutorial kalau ada cara mudah. Takdepun. Effortless mereka buat. Isk tangan tidak kuat.

Jangan tanya apa benda yang tidak berjaya itu ya.

Korang pernah alami perkara begini?