بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sudah lama ingin dinyatakan dalam blog. Rasa berat hati saya ingin menjual novel yang ada dalam simpanan saya. Semoga mendapat tuan baru yang lebih baik daripada saya. Saya nak jual secara COD. Jual semasa jumpa. Sesiapa di kawasan Melaka yang berminat untuk beli bolehlah emel saya dan jumpa di Masjid Tengkera (sebab dekat dengan rumah). Boleh tengok keadaan novel-novel tersebut. Memang elok, baru dan baca sekali sahaja. Jadi tak kotor sangat.
1. Tajuk:[tunas] SUDAH DIBERI
Pengarang: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni
Harga asal: RM21
Harga jual: RM13 PERCUMA
2. Tajuk: 5 tahun 5 bulan SUDAH DIBERI
Pengarang: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni
Harga asal: RM20
Harga jual: RM12 PERCUMA
3. Tajuk: Rooftop rant SUDAH DIBERI
Pengarang: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni
Harga asal: RM21
Harga jual: RM13 PERCUMA
4. Tajuk: Kemilau Mutiara Raudhah
Pengarang: Saidatul Saffaa
Penerbit: Jemari Seni
Harga asal: RM22
Harga jual: RM14 PERCUMA
5. Tajuk: Kopi Susu Sepatu Biru SUDAH DIBERI
Pengarang: Ruby Hazri
Penerbit: Jemari Seni
Harga asal: RM21
Harga jual: RM13 PERCUMA
6. Tajuk:Cerita Dari Hati
Pengarang: Nurul Nazwa
Penerbit: Al-Hidayah Publications
Harga asal: RM19.90
Harga jual: RM11 PERCUMA
Berminat boleh emel di wina1979[at]gmail[dot]com. Tulis subjek: Buku terpakai yang ingin dibeli. Nyatakan buku apa nak beli dan bila pertemuan ingin dilakukan. Saya akan balas nyatakan jika waktu tersebut boleh. Prinsip siapa cepat beli dulu.
KEMASKINI: Semua buku di atas ingin diberi percuma. Klik di sini untuk maklumat lanjut
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sungguh produktif saya ketika ini apabila mood tak berapa bagus, saya menyapu dan mop bilik waktu dinihari. Gara-gara menunggu pengaliran data yang agak perlahan untuk tengok sitkom.
Lagi bagus sambil tunggu, balut buku-buku siri 'Anne'. Kalau macam inilah harus selalu mood longkang untuk jadi rajin buat kerja rumah.
Lepas buat tugas-tugas ini rasa lega perasaan. Eloklah perasaan yang tidak bagus disalurkan kepada perkara-perkara yang memberi yang bermanfaat.
Ok semua yang sedang membaca, selamat pagi :)
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam tiba-tiba adik di Y menjerit kegembiraan apabila melihat skrin telefon pintar. Tanya apsal, Y cakap dia menang mesin membuat donut peraduan di FB.
Saya ni bila nak menang peraduan ek? Hajat di hati untuk menang Samsung Galaxy Note Peraduan Xplorasi BH. Senang tak payah fikir untuk beli telefon pintar.
Si Y dah ada Galaxy Note. Rezeki pemberian. Mesin membuat donut tu telah diposkan oleh penganjur. Kita tunggu dan lihat nanti. Si M komen di FB si Y nanti bolehlah selalu buat donut ya. Haha.
P.S: Masih belum cekap jaga Adiva *mengeluh*
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Banyak andaian bermain di benak fikiran tentang nombor misteri semalam. Boleh pula terfikir sampai kut dia telefon untuk ucap selamat harijadi. Tak logik pula TAPI mana tahu dia ada gerak hati kuat. Sampai mengganggu rasa dan perasaan diri hari ini. Hanya mampu berdoa kalau nombor itu daripada pihak MPH maka telefonlah diri ini segera, ketika itu juga.
Maka ketika mengemas dan membuka sarung bantal tiba-tiba telefon berbunyi. Oh yeah tiba-tiba deringan terhenti. Gigih juga nak on balik telefon bimbit kemudian telefon rumah berbunyi. Sah memang daripada pihak MPH. Memang kasi nombor rumah sekali. Angkat memang betul! Mahu menjerit kegembiraan.
Lagi menggembirakan buku sudah SAMPAI. 1 lagi berita gembira. Mana tahu dia nak beritahu, "maaf cik buku ini kena order sebab sudah kehabisan stok. Ambil masa 3 minggu untuk buku sampai dari U.S." Punyalah imaginasi diri ini sangat kuat sampai fikir dialog lagi si penjual.
Maka kegembiraan ini tak dapat ditahan. Si penjual bertanya bila nak ambil. Ikutkan mahu sahaja kata sekarang. Haha tapi diri ini mampu berkata hujung minggu dan diri ini bertanya jumlah harga buku. RM58.70. Tak kisahlah duit terbang untuk buku. Diri tak rasa membazir dan tak rasa 'terkorban' pun.
Alhamdulillah syukur. Harap-harap semua berjalan lancar bila ambil nanti.
Apapun pertanyaan tentang nombor misteri masih belum terjawab.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alahai saya terlepas panggilan telefon. No antarabangsa pula tu. Entah-entah daripada pihak MPH. Hendak telefon balik tak berani takut entah apa-apa. Lagi pula saya terus buang nombor tersebut kalau tak, boleh semak di internet nombor siapa.
Harap-harap kalau daripada MPH, mereka akan telefon dengan semula dengan BERITA BAIK. Tolong ada dan letakkan buku-buku itu di MPH Mydin Mall. Kalau nak buat penghantaran ke rumah saya takmo sebab tak percaya dengan pos sini. Saya punya coklat dan biskut mentega (butter cookies) pernah tak sampai dari UK dan Perancis ok. Terpaksa telan air liur sahaja. Sabar sahajalah dan anggap tiada rezeki.
Ok itu sahaja nak luahkan apa terbuku. Jumpa lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur masih hidup lagi. Harap-harap menjadi insan yang lebih baik, lebih sabar, lebih tenang, lebih rajin, lebih bijak.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pagi-pagi dikejutkan dengan bunyi sms masuk. "Eh sapalah yang sms ni?"
Tengok-tengok sms daripada Maxis beri ucapan selamat harijadi dan beritahu panggilan percuma. Dalam hati cuma cakap "esoklah harijadi aku apsal hari ini pula mesej begini dapat?"
Apapun terima kasihlah Maxis. Nanti esok saya telefon orang puas-puas.
P.S: Harap esok hari yang membahagiakan dan dapat panggilan berita baik pasal ini.
P.S.S: Haraplah omak eden baik hati kut-kut la nak bagi telefon bimbit untuk anakanda ini. Ehem. Kalau emak baca, janganlah lupa pertimbangkan yer. Hehe. Apapun nak jadi anak yang paling baik berkhidmat kepada emak.