Nuffnang

Thursday, March 7, 2013

Menyendiri Dan Terlebih Fikir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi Khamis yang indah. 
Kadang-kadang saya tak faham dengan keadaan saya yang tak berapa minat nak 'bergaul' dengan orang. Lebih suka menyendiri. Kalau dengan orang ramai, saya rasa macam beban dan penat jiwa nak berada dalam kelompok tersebut. Saya lebih suka melayan perasaan atau kata orang khayal dalam fikiran. Bolehlah nak berada dalam kelompok tapi lebih suka duduk di tepi mendengar cerita. Sambil dengar sambil mencerna cerita sambil kaitkan apa-apa yang terlintas di fikiran. Menyampuk kalau ada perkara nak luahkan. Kalau tak berdiam diri sahaja.

Saya rasa jenis banyak fikir di mana mungkin bagus mungkin tak. Tengok apa yang saya fikirkanlah. Kadang-kadang banyak fikir buat saya sakit kepala. Tak baguslah kut banyak fikir ni kan. Hehe. Kalau baca buku pun boleh hanyut dalam fikiran atau cerita. KUAT berkhayal saya ni. Imiginasi kuat. Saya kadang-kadang fikirkan apalah berlaku, itu ini. Korang ada sifat begini tak, tak berapa suka bergaul dan terlebih fikir?

Oklah itu sahaja nak kongsi. Tiba-tiba rasa nak luahkan apa terfikir dalam otak ini. Jumpa lagi...

Saturday, March 2, 2013

Jurnal Baru Dan Makanan Kenduri Kahwin


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam petang-petang buta iaitu pukul 3 lebih, saya meredah panas matahari menuju ke kedai runcit beli buku log untuk buat jurnal. Hampir 3 minggu jurnal lama dah habis. Tekad berjalan kaki demi untuk meluahkan perasaan pada kertas-kertas. Hehe. Tak peduli kulit terbakar, peluh yang turun macam air terjun. Biar kalori terbakar banyak sedikit. 

Sambil jalan menahan panas tu teringat saya waktu budak-budak dalam darjah 5. Memang saya suka berbasikal keliling kampung dan kawasan perumahan. Balik sekolah, makan dan kemudian cabut bawa basikal. Bayangkan awal petang saya dah merayap. Tapi saya banyak pergi kawasan banyak pokok, kadang-kadang ada masuk sedikit hutan. Memang seronok rasa dalam pengembaran, tengok rumah orang, tengok pokok, tengok sungai.

Balik bila penat dan lapar. Rasanya masa tu takde merungut panas macam sekarang panas sedikit je dah macam cacing kepanasan cari kipas kasi sejuk badan.

Hoho ok cerita lain pula. Tadi pergi 2 kenduri kahwin. Satu saji nasi ayam dan sate dan satu lagi rumah macam biasa nasi minyak dengan lauk-lauk. Rasa pelik pertama kali pergi rumah kahwin orang saji nasi ayam dan sate. Macam rumah terbuka rasa.

Esok ada 2 lagi kenduri kahwin. Menu apakah agaknya. Apapun saya makan berpada-pada supaya tak membazir makanan.

Jumpa lagi. 

P.S: Puas dapat tulis apa yang terbuku di hati semalam dengan jurnal warna hijau yang baru.

Tuesday, February 26, 2013

Tunggu Sambil Menulis


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isk-isk seminggu lebih tak kemaskini ada je yang lain pada pengedit teks ni. Malas betul nak jenguk blog sebab iklan hantu. Komen-komen diterima saya tak balas. Maaf ok. Cuma dilepaskan. Takmo tengok iklan hantu yang masih ada. Kalau korang tahu iklan hantu tu terletak di kiri yang mungkin korang tak nampak sebab iklan tu macam biskut kejap ada kejap takde. Sesiapa ada penyelesaian untuk buang, boleh tinggalkan komen.

Tulis ni sebab tunggu 'buffered data' siri tv. Mata terasa mengantuk jadi alang-alang baiklah tulis. Oklah selamat beradu semua.

Saturday, February 16, 2013

Bila Pilihan Raya?


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekarang ini hangat tentang tarikh pilihan raya PRU 13 kan? Saya dengar mula-mula daripada Pak Ngah pilihan raya mugkin hujung bulan Mac.

Semalam pula saya dapat berita mungkin bulan April. Hoho waktu tu adik saya tengah berpantang. Kita tunggu dan lihat. Bersedia semua untuk mereka yang layak mengundi.

Ok itu sahaja nak coret. Jumpa lagi...


Thursday, February 14, 2013

Instinct


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tekaan saya  mengenai siapa yang tersingkir untuk siri Top Chef penggunaan salmon memang betul. Lizzie tersingkir. Siap mimpi episod tersebut sebelum tengok sampai habis.

Masterchef Australia musim 4 episod 14 saya teka Lydia keluar pun betul juga. Teka awal pagi tadi dan baru tadi tengok.

Lepas ni giliran tengok Mindy berjaya kalahkan chef pro untuk dapat imuniti. Tahu Mindy buat juadah apa untuk ke imuniti. Murtabak daging? Haha. Adakah Mindy berjaya dapat imuniti? My instinct says no. Apapun kita tengok nanti.

Jumpa lagi.


Wednesday, February 13, 2013

Saya Wombat Tengah Berjaga


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjaga lagi belum tidur. Sepatutnya dah lama zzzz. Bengang kerana

  • internet putus saja. Lepas pukul 12 tengah malam baru stabil maka barulah dapat tengok siri tv.
  • iklan hantu tak dapat dibunuh. Maka puas memerah otak  untuk mencari nama hantu tersebut setelah mencari di coding html tak jumpa. Maka pasrah sahajalah sehingga saya jumpa hantu tersebut dan membunuhnya.


Alang-alang tu berjagalah sehingga Subuh walaupun sekarang ngantuk.

Monday, February 11, 2013

Cuti Tahun Baru Cina Yang Sempoi


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

4 hari 3 malam duk di kampung. Cuti Tahun Baru rasa macam bosan sikit walaupun Uwan buat lomang macam raya sahaja lagaknya dan rumah Uwan Nah buat BBQ kambing dan laksa Penang. Makanan sedap cuma suasana yang tak seronok. Bukan pasal cuaca tapi entah perasaan diri yang nak menyendiri. Sampai boleh terfikir penat nak makan macam-macam makanan. Lawak je apabila fikir diri yang poyo.

Balik je kul 12 tengahari lebih tadi. Terus masuk bilik kemas/keluarkan baju kotor dan menyapu bilik. Melepak kejap sampai Zohor. Ingat nak online, mak minta tolong taip dokumen. Taip sampai Asar.

Lepas Asar bawa Adiva pergi taman permainan. Berhutang nak bawa dia dari hari Khamis tapi atuk dia dah bawa pergi TESCO, Jumaat pula Umi dia bawa ke JJ. Jadi Isnin giliran diri sendiri bawa dia dengan tema main pasir. Hehe. Saya bawa penyodok, baldi kecil. Konon nak buat istana pasir bersama dak Iva. Tengok-tengok saya sorang je beria-ia korek pasir. Si Adiva pula bila baldi berisi pasir je dia ambil dan buang semula.

Ajar dia main gelongsor sebab dia tak reti sangat. Ingatkan nak perhati dia main gelongsor (perhati/awasi) tapi Iva ni suruh gak saya main sekali. Haha dahla gelongsor kecil untuk budak-budak. Rasa pelik je main sekali. Orang-orang depan rumah tengok mesti pelik tengok saya tebiat main. Tapi ada sekali saya naik. Iva dia tak tunggu, terus gelongsor. Laju gila sampai terbabas keluar. Gelabah turun tengok. Lepas tu dia fobia nak main. Hehe. Dahlah main buaian pun takut. Jadi saya bawa dia ke gelanggang main kejar-kejar dan pusing tiang.

Hoho seronok gak jadi budak-budak semula main permainan. Terimbau kenangan ketika sekolah. Alhamdulillah cuaca memang panas dengan angin yang nyaman. Takde berpeluh sangat. Memang seronok beriadah. Mungkin akan buat lagi kalau Umi dia izinkan dia keluar main taman.

Jumpa lagi. 

P.S: Poyo je kata penat makan tapi makan jugak. Selain makanan yang saya tulis di atas, saya makan apam balik Tampin, nasi ayam, kuih koci.