Nuffnang

Tuesday, June 4, 2013

Selamat Harijadi Untuk Yang Teristimewa


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tarikh keramat hari ini. Selamat harijadi emak. Emak yang saya anggap sangat berkebolehan dan bersemangat dalam hidup. Emak bukan jenis duduk sahaja. Ada sahaja pekerjaan yang dilakukan. Emak yang memang tak mengabaikan tugasan memasak dan berkebolehan menjahit baju. Baju saya masih dijahit oleh emak. Bukan semua orang tahu menjahit. Kalau tahu pun bukan rajin buat.

Salah Satu Baju Kurung Mak Buat
Emak selalu gembirakan saya walaupun saya selalu jenis tak bersemangat nak hidup. Kadang rasa malas nak raya, emak akan sediakan baju raya untuk naikkan semangat. Terima kasih emak. Saya selalu cemburu emak seolah-olah tidak penat dengan kehidupannya yang sibuk dan padat. Sentiasa bertenaga. Ada sahaja idea dan kudrat melakukan sesuatu perkara baru. Memang bezalah saya yang macam wombat. Suka tenang dan tidak suka kehidupan yang padat buat macam-macam.

Memandangkan saya sentiasa dekat dengan emak maka saya pun nak juga gembirakan emak walaupun hanya perkara-perkara kecil. Manalah tahu lepas ni saya duduk jauh :)

Emak, Na teringin nak beri hadiah mahal tapi rasanya doa setiap waktu untuk emak lagi MAHAL kan? Hehe. Doa untuk emak setiap kali ingat pada emak. That's how I show my love to you by always remember you when I doa for you.

P.S: Kalau ada lelaki bujang yang buat begini memang boleh cairkan hati ini.

Wednesday, May 15, 2013

Monolog: Gembira? Gementar?


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Aku Kembali Di Sini...

Dapat berita tak disangka dan mengejutkan. Saya mungkin akan tinggal di luar negara nanti. Saya terkedu juga ni.

Apapun ini perancangan manusia yang tentukan berjayanya ialah Allah.

Kita tunggu hingga tiba masanya. Masih terlalu awal. Saya ada 4 bulan lagi.  Ingat nak diamkan dulu tapi perlu luahkan pada blog ini.

Doa moga itu terbaik untukku.... 

Thursday, May 9, 2013

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 12


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 12

***
Kematian datuk tersayang ketika hampir hari Nuzul Quran.
Raya menyusul dan Alena demam 2 minggu menyebabkan Alena banyak berehat daripada berkunjung ke rumah terbuka.

Gangguan daripada orang yang tidak sudi masih berlaku. Sakit hati dibuatnya. Macam tahu-tahu sahaja bila dia memasuki ym. Masuk pagi, ada. Masuk petang apatah awal pagi pun ada. Sudahnya Alena mengambil keputusan menyepi seketika daripada ym. Apapun Alena bersyukur jiwanya tidak goyah dan tekad dengan niat untuk tidak melayan sebarang komunikasi dengan orang itu. Kata Iera, dia keras hati.

Menambah masalah dan sakit kepala ialah si Aswad, teman borak alam maya yang menyakitkan dan sarkastik. Alena telah cop dia sebagai cauvinis. Cauvinis terhadap perempuan. Mengapa dia terasa tergugat dengan kesenangan dan kegembiraan Alena? Sudahnya eloklah juga dia padamkan telefon bimbit selama sebulan. Hukuman yang diberikan oleh Alena. Dia berharap Aswad bermuhasabah diri. Selagi tak berubah dengan sifat cauvinis dan sarkastik selagi itu Alena tidak akan melayan sampai mati. Tidak lupa kemaafan diluahkan dengan ikhlas juga diharapkan.

BERSAMBUNG....


Monday, May 6, 2013

Tenggelam


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hampir sebulan ek saya tak menulis. Terima kasih yang tanya. Entah tengah takde mood sangat nak melayari internet. Saya bukan macam dulu melayari berjam-jam kadang boleh berhari-hari. Dulu saya ingat saya kuat chatting. Kira aktif dalam dunia siber. Sekarang ni entah. Orang ajak masuk sesuatu chat room saya sangat malas. Nak borak sungguh bukan kesukaan saya. Mungkin ini satu sebab juga saya tak buat akaun facebook. Akan datang tak tahulah kan.

Oklah itu sahaja. Hehe waktu tengah mood longkang ni, Nuffnang ada tawarkan buat satu video untuk iklan. Adeh masa tak sesuai. 

Jumpa lagi...

Thursday, April 4, 2013

Kata Hati


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Entah emosi kecamuk sahaja minggu ini. Orang kata pergelutan antara jahat dan baik dalam diri. Kuat betul pertarungannya sehingga macam tak bertenaga. 

Apa yang terdetik dalam hati, komen  pada orang akan terkena balik pada diri sendiri balik. Padahal kelaziman, saya tak pernah buat perkara tu tapi kerana saya komen orang buat perkara tersebut tengok-tengok saya pula buat perkara yang sama. Buat saya sedar, saya tak boleh komen walaupun dalam hati dan orang tu tak dengar apa saya komen pada dia. 

Ya balasan Allah. Allah dengar apa dalam bisikan jiwa raga. Walaupun takde niat nak kutuk, secara spontan ia terkeluar dalam diri. Oh! Macam manalah nak jaga hati ini supaya tak beri komen yang mengarut-ngarut. Betul. Apa saya monologkan tak bermakna saya berhak menghakiminya.

Rasa macam nak pulaukan diri. Tapi tak boleh pula. Saya hidup dengan keluarga dan masyarakat. Apa saya perlu tutup mata supaya tiada komen yang keluar daripada diri? 

Apapun ini adalah teguran untuk saya. Memang kena berhati-hati. Kalau terlepas kata hati yang tak sepatutnya, saya patut cepat sedar itu adalah kesilapan. Oh! Susahnya tak beri komen secara spontan ni. Kena berhati-hati selalu.

P.S: Saya baru dapat anak buah perempuan Selasa lepas. Nur Ayaana :)

Saturday, March 23, 2013

Keseorangan Dan Doa Yang Tidak DiTolak


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bersiaran lagi. Alhamdulillah tengah hujan lebat di sini. Hampir seminggu cuaca panas. Kali ni saya berseorangan di rumah. Mak, abah, Y dan anak sedara, Iva balik kampung. Minggu ni rasa macam malas nak balik kampung. Hoho dapatlah 'kuasai' rumah ni sorang-sorang. Tengok tv pun takde halangan boleh tengok cerita kegemaran. Lepas tu alirkan episod 3 Masterchef The Profesionals(Australia) pun takde putus. Cepat daripada kebiasaan dan dapat habiskan tengok.

Oh! Ya, saya nak kongsi satu pengetahuan doa banyak-banyak waktu hujan. Rasulullah bersabda: "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu DOA KETIKA AZAN dan DOA KETIKA WAKTU HUJAN."

Selamat beramal. Perkara mudah ni :)


Friday, March 15, 2013

Malam Jumaat Hening Dan Saf


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sangat gembira line internet ok. Jadi rasa nak menulis malam Jumaat ni.  Haha orang malam Jumaat buat amal ibadah banyak-banyak, saya pergi tengok cerita-cerita hantu di tv. Entah kadang macam terlampau banyak fikir, sakit kepala nak tenangkan diri dengan tengok cerita begini. Adik saya pernah tegur sebab dia pernah terserempak turun bawah nak minum air nampak saya tengok cerita hantu. Saya cuma tersenyum jerla. 

Dengan cara saya ini, saya tahu surau saya terbakar. Bulan lepas surau saya terbakar ketika saya menonton tv. Mula-mula khusyuk tengok cerita. Lepas tu saya perasan macam ada cahaya api warna merah di tingkap. Saya ingat perasaan saya sahaja (maklum tengok cerita kut terbayang). Lagipun pandangan sisi. Tapi kali ke-2 pun macam tu, saya jeling dan saya pergi ke tingkap. Tak nampak apa-apa yang mencurigakan. Jadi biar jerla. Lepas tu saya dengar suara orang kecoh. Bunyi siren ambulans. Saya macam terpinga-pinga. Tertanya-tanya rumah siapa yang terbakar. Tengok kiri, tengok kanan dari tingkap dan dari pintu. Tak nampak. Masa ni saya belum tahu surau saya terbakar.

Tak lama lepas tu abah saya turun dan meluru keluar. Saya tanya kenapa. Abah cakap surau terbakar. Saya rasa pelik sebab serius saya tak nampak api kat surau. Surau depan rumah saya. Saya buat kesimpulan mungkin kebakaran kecil tu yang buat saya tak nampak.

Kesannya memang takde azan untuk Subuh hinggalah minggu 2 minggu lepas baru ada azan. Nasib baik sini banyak surau dan masjid memang boleh dengar azan dari tempat lain. Rabu kelmarin barulah pertama kali saya masuk surau yang dah diperbaiki sempena sambutan Maulidur Rasul (baru nak buat walaupun dah lama berlalu). Lain gila dah. Bahagian solat perempuan macam dah dikecilkan. Mula-mula rasa tak selesa, nak cabut lari je sebab dapat saf terakhir. Tapi lepas tu ok duduk saf tu. Takdelah panas sebab pasang penyaman udara. Rasanya seronok solat dengan budak-budak sebab dorang tak menjarakkan diri. Memang rapat sehingga berlaga bahu. Korang tahu kadang-kadang ada orang jarak tak rapat betul-betul. Tulah nak tegur tapi tahap makcik-makcik, nenek-nenek dan mak-mak. Perasaan tak seronok tulah menyebabkan saya tak berapa suka sangat solat berjemaah di masjid dan surau. Ada satu peristiwa yang lebih kurang begini, tak rapat tu sampai boleh satu orang lagi masuk tapi taknak rapatkan. Entahlah kecil hati saya dengan orang begini. Kadang sebab sejadah besar dabak yang sebabkan jarak begini, orang lain tak masuk atau dia tak nak masuk sebab nak dalam sejadah dia bawa. Kalau begitu baiklah awak solat sorang-sorang. Itulah dilema saya. Sungguh tak seronok. 

Saya rasa mungkin ada yang tak sedar atau terlepas pandang. Kalau ada yang membaca yang buat saya cakap tu harap-harap bolehlah muhasabah. Oklah ini ingatan untuk saya juga. Mungkin saya patut tegur terang-terang. Hehe.

Oklah jumpa lagi.