Nuffnang

Thursday, March 25, 2021

Ingat Tiada Rezeki Hendak Dapat Hadiah Daripada.....

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Puas fikir tajuk yang sesuai untuk tulisan ini.

Saya dapat nasi lemak dan ayam goreng pedas beserta teh lemon ais daripada blogger Wanderlustdj.

Saya dapat sebab ada jawab soalan pada tahun lepas. Patut dapat Texas Chicken tapi agaknya tiada khidmat penghantaran. Asal ingat tiada rezeki, semalam DJ emel tanya alamat untuk hantar KFC atau McD melalui Food Panda. Hari ini dapat emel yang makanan daripada McD akan sampai pukul 12 tengahari. 

Dalam Bungkusan Kertas McD


Bersedia daripada awal kedatangan penunggang motor Food Panda.

Ingat hendak makan ketika berbuka tapi tidak boleh puasa. Makan separuh nasi lemak dan separuh ayam. Separuh beri pada emak nanti untuk berbuka. Kira kongsi rezeki bersama.

2 ketul ayam goreng pedas DJ belikan! Nasi lemak sedap dengan pedas secukupnya. Rasa sedikit pula nasi disediakan. Patutlah popular nasi lemak McD.

Alhamdulillah rezeki. Terima kasih Wanderlustdj. Sila buat kuiz lagi..

35 comments:

Shida Radzuan said...

ALhamdulillah rezeki NA :)
berkongsi pula dgn mak..moga byk lg rezeki NA lepas ni :)
Tahniah NA :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tahniah.
Rezeki tak pernah salah alamat.

adianiez AIDA said...

sweetnya berkongsi separuh-separuh :)

Ako Retna said...

Laaa kuiz thn lps ke? Patut x perasan.. Hhee anyway tahniah tau.. Rezeki nyummm

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
rezeki

NA said...

Haah yang saya jawab kuiz tahun lepas. Ada juga DJ buat baru-baru ini tidak silap ada seminggu sama giveaway Cik Ako.

Galaksi Viral said...

Syukur alhamdullilah, Murah rezeki akak. Terbaik kak. hihi.:)

Luiz Gomes said...

Boa tarde NA, parabéns pela matéria.

Syazni Rahim said...

bestnya!

Atie Zieya said...

Tahniah, rezeki... first time dgr hadiah makanan yg fresh mcm ni.. hehehe good luck again next time tauu hehe

Abam Kie said...

Tahniah dan Alhamdulillah. Selalu aje dimurahkan rezeki.

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. kalau dah rezeki kan NA..

mama tisya said...

Sama la kita pemenang.. Dpt Texas chicken.. Kita pn dh lupa sbb dh setahun berlalu.. Tup2 dpt email.. Alhamdulillah.. Smoga dimurahkn rezeki WANDERLUST DJ

SalbiahM said...

Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tak ke mana

Ujie Othman said...

Wah...belanja makan jarak jauh.
Alhamdulillah..tahniah Na!

norhidana said...

alhamdulillah, bestnya kak...

fairus said...

Alhamdulillah.. Rezeki Allah SWT yang tentukan.. Tadi beli nasi lemak di stall tepi jalan, bila nak bayar, penjual kata dah ada orang bayar. Dia kata, biasa hari Jumaat memang ada orang dah borong, siapa yang beli diberi percuma. Syukur Alhamdulillah.

nona sani said...

Alhamdulillaj, best kan ada rezeki gini..hehe

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..rezeki tak pernah salah alamat. Sedapnya ayam goreng McD pedas tu. Kalau sambal dia lebih skit mesti lagi best makan nasi lemak McD tu :)

Farrah MF said...

Alhamdulillah, rezeki ayam goreng McD. Sedap tuh!

Atiqah Najihah said...

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat :)
Rindu pulak ayam goreng mcd, lama betul tam makan hehehe

nayfatimahrasyid said...

Terbaikkk 👍👍

Cik Suerin said...

Tahniah! Sedap tu 🤓👍🏻

dear anies said...

Alhamdulillah... setiap rezeki adalah nikmat. setiap nikmat menuntut kesyukuran... semoga NA sentiasa dimurahkan rezeki

Amie said...

Alhamdulillah. Rezeki tak salah alamat.

nohas said...

Alhamdulillah..rezeki KFC..

Aisya Ismail said...

Alhamdulillah, berkongsi rezeki.

Wak Lat said...

alhamdulillah.. nyum2 😅

Cik nadya said...

Alhamdulilah,sedappp tu 😉

dear anies said...

kalau dah nama rezeki lambat mcm mn pun tetap akan jd milik kita...
Alhamdulillah...

mamapp said...

Murah rezeki.. mama mmg suka Nasi goreng MC d sambal dia power

Nur said...

Wah, murah rezeki NA. Banyak menang hadiah. Alhamdulillah... :)

Curheart.Bedelia said...

bestnya baca blog ni..setiap kali singgah mesti dapat macam2. tak pernah lagi cuba nasi lemak MCD

Litah L said...

alhamdulillah..

nasi lemak mcd sedap cuma bagi sy terlalu pedas huhu

babYpose said...

Murah betul rezeki Alhamdulillah. Comel share share dengan bonda. Tahniah!