بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Menjelang 11 September 2021.
Malam 11 malam 10 September cuba tidur tapi rasa tidak selesa pada perut. Matapun enggan tutup. Jadi terpaksa duduk baru rasa selesa. Maka untuk membunuh masa tengoklah tv sementara menunggu mengantuk dan rasa sebu hilang. Letak minyak angin dan minyak pati (eo) di belakang badan.
Tiada siri tv yang menarik. Ada pukul 12 tengah malam iaitu siri Reflections oleh Suhaib Webb (tafsiran surah al-Baqarah). Lama tidak tengok. Maka blog walking dahulu. Termasuklah blog Shikin Razali. Tengok pengira penghujung hampir ke sasaran 1,111,111. Terdetik di hati alamak mengapa hampir awal pagi? Tengoklah kalau dapat.
Selepas tengok Reflections, persoalan Iblis ini dari golongan mana. Malaikat? Atau Jin? Sambungan perbahasan esok. Ok berbalik pada blog Shikin. Tengok balik. Tidak sampai. Tutup. Caj telefon. Masih tidak mengantuk. Tengok tv lagi. Kali ini setiap jam saya tengok pengira pengunjung di telefon lain. Apabila hampir 1,110,900, baru saya ambil telefon yang dicas. Agak-agak 2-3 kali buka. Alhamdulillah dapat tangkap tepat.
Dapat. Terus hantar e-mel. Sekarang berhempas pulas untuk tidur. Rasa sebu sudah kurang. Tidak pasti bila terlelap. Lepas itu terkejut apabila 'alarm' pukul 5 pagi. Sedia untuk persediaan solat Subuh.
Malam tidur awal pukul 10 lebih. Buat peringatan pukul 12 tengah malam untuk tengok sambungan siri Reflections. Tengok-tengok sudah pukul 1 pagi. Aduh terlepas tengok. Maka sambung tidur sampai 'alarm' 5 pagi.
Harap dapat tengok balik. Jumpa lagi.
Terkini 17 Sept: Syaitan daripada golongan jin berdasarkan surah Al-Kahfi.
17 comments:
Alhamdulillah mengingati siri Reflections Shuaib Webb, inshaAllah. Alhamdulillah juga dapat tangkap page views tu, Tahniah. Harap sis NA dapat tido nyenyak, inshaAllah.
Kalau perut sebu memang tak senang nak tidur kak.
Akak memang hebat menangkap nombor. Tepat pulak tu. Tahniah kak!
Selamat sambung tengok siri TV Reflections.
Tahniah...sharp shooter ni..
Cantik betul PV tu. Cantik sungguh cara si penangkap hebat! Tahniah NA.
harap2 dptlah ye
tgk balikk
Memang power! Tepat tepat pulakk tu nombornya hahaha. Kalau saya ni mahu lebih beratus ratus nombornya >.<
Tahniah dapat tangkapan tepat
Alhamdulillah, kak NA.. Akak memang seorang penangkap nombor yang terbaik dan tertulis dah rezeki akak... Hihi kongsilah sikit tips camne nak dapat lucky number tue.. Insha Allah dalam minggu nie hadiah akak akan sampai.. Wait and see.. Congrats again..!
Wah...gigih ni.....tahniah dapat snap tepat..hehehe..
rajinnya akak... dana kalau kt rumah jarang membukak blog
kengkadang kalau siang sambil buat keje kadang bukak la jugak
Alhamdulillah, tahniah!!
Semoga ada ulangan program tu..
wah slalu dpt capture tepat
wah..memang rezeki kak NA. Boleh tangkap di blog mamapipie pula. Tadi saya tengok dah nak dekat 3 150
alhamdulillah , rezeki berpihak kepada NA setiap kali blogger mencari number pageview yg cntik2
Terbaik kak NA, tak disangkal lagi heheee..Tahniah!!
Ooo na la penangkapnya ye.. tahniah ye na mmg pro
uitttt dasat! tahniah NA!
Post a Comment