بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Minggu lepas belilah kacang kuda. Teringat pos Puan Ujie. Mula-mula pergi seksyen makanan tin ambil yang dalam tin. Kemudian teringat ada versi kering. Beli juga tapi ini ambil tidak banyak jadi harga RM1 lebih. Lagipun tidak yakin pandai rebus sampai empuk.
Selasa minggu ini tergerak hendak makan jadi ambil separuh yang kering rendam dalam periuk dan tutup. Buat malam jadi biarkan semalaman. Petang esoknya barulah rebus. Buang air rendaman guna air baru menutupi kacang kuda yang sudah kembang. Letak sedikit garam. Tenggek atas dapur. Nampak air jadi sedikit, tambah air untuk menutupi kacang kuda semula. Selepas itu, saya ambil satu cuba potong dua. Kalau mudah potong maknanya sudah empuk. 2-3 kali juga buat. Maaf tidak tengok tempoh masa. Kali terakhir potong tengok hampir empuk baru saya letak sedikit garam. Tutup api, tutup periuk. Bagi sejuk sedikit (suam).
Apabila buka periuk, alhamdulillah empuk dan masin yang sesuai. Hehe pertama kali buat jadi rasa gembira.
Kena tunggu lambat sedikit untuk rebus lagi sebab abah dari Thailand bawa kacang badam dan gajus. Kunyah ini dahulu.
21 comments:
Yeayy...Alhamdulillah pertama kali buat terus jadi 👏. Memang gembira.
Kudapan yang sihat. Saya kan masak banyak aritu, jadinya campur untuk buat pasta salad.
Dah cuba ye ..sy belum lagi :)
Kacang kuda ni sy suka tp selalu beli yg dah siap rebus.
Nanti nk cuba juga rebus sendiri
Kaang kuda ni makanan kegemaran sejak kecil dulu. Selalu beli dikantin.
Terus teringat ada kat dapur, nak rebusla nanti... kalau rebus dengan gas lama nak masak, dana suka rebus kt noxxa kak 50-60 minit empuk sangat
Tahniah kerana berjaya masak kacang kuda...percubaan yang terbaik dan bagus
Selalu beli yang dah siap rebus aje
Lamanya tak makan kacang rebus. Makan sambil tgk tv best jugak, lagipun kacang ni makanan yg sihat.
Saya tahu kacang ini, tapi tak ingat namanya 🤣. Ternyata di Malaysia disebut kacang kuda Yaa. Sekarang pun kalo untuk kacang kacangan saya lebih suka rebus kak. Lebih sehat
masya Allah terus saya rasa nak buat juga!
kanns... kalau buat menjadi terus memanglah happy sangat
memang kena rendam lama kan NA baru cepat sikit empuk tapi tak la cepat sangat pun hehe :) Sedap buat kudapan..
dulu ms budak2 suka beli kacang ni kat pasar malam. dulu sebungkus RM0.20 dah dpt kenyang dpt mkn sebungkus
dap kacang ni..kalau nampak org jual, mesti beli...
Nice, favourite mak saya.. huhu
Wah... tahniah, NA, pertama kali buat, terus jadi.
Saya selalu beli je, kacang kuda rebus ni. Sebab saya sorang yang makan kat rumah.
kacang kuda ni bagus diamalkan .. sebab menyejukkan badan
kacang ni kalau dah mkn mmg ralit dibuatnya
Kacang rebus memeng kalau mkn tak tahu nak berenti...
kacang kuda panas2 sedap....tahniah menjadi tu
sedap tu mkn kacang kuda rebus yg panas2 lagi!
wow sedapnya alahai makan sambil tgk tv
Post a Comment