بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rasanya mungkin setiap bulan saya akan buat imbas kembali peristiwa untuk setiap bulan 2025.
Januari bagi saya memang istimewa sebab bulan kelahiran, cuaca agak sejuk berbanding bulan lain.
Memandangkan cuti sekolahpun ada dalam bulan Januari jadi sibuk juga dengan segala kenduri dan agenda makan. Malahan perjumpaan keluarga belah emakpun dibuat pada bulan ini. Rasanya kenduri dan acara makan akan berterusan sehingga bulan Februari.
Dunia siber pula nampak persaingan/pertarungan AI. Itu tidak saya tidak mahu komen lebih sebab kurang arif. Dunia blog, alhamdulillah saya kembali aktif menulis dan komen. Harap berterusan momentum tersebut.
Oklah hendak tunjuk cenderamata yang dapat ketika doa selamat dan tahlil rumah sepupu Uwan (sebelah rumah), saya panggil Atok Rosli pada 30 Jan (Khamis). Suka suasana rumah dan sekitarnya. Majlispun teratur.
Cenderamata ini dapat ketika mahu memulakan bacaan al-Fatihah dan Yassin.
Paling suka dapat doa 'Penghujung Umur Yang Baik' yang dilamina supaya tidak renyuk.
Bagaimana keadaan korang menempuh keadaan pada bulan Januari? Bolehlah kongsi pada saya.
8 comments:
Cantik cenderamata warna hijau lembut.
Saya rasa Januari cepat sungguh berlalu, banyak benda target nak buat tapi tak terlaksana 😅
Alhamdulillah January bersamaan dgn Rejab, rasa berkatnya bulan pemula 2025 ni.
Cantik wagna souvenir yg dapat tu 👍🏻
semoga ceria ceria saja ya kak Na.. jaga diri elok2.. jaga kesihatan..
Januari ni sy banyak makan laaa.
Betul lah kak bulan Januari sejuk je musim hujan, bulan februari dah mula panas hujan... apa pun moga yang baik-baik sahaja buat kita ya tahun 2025 ni kak
Januari saya juga went wel Alhamdulillah.. moga yg baik-baik saja utk Februari hehehe
Januari bagi saya rasa terlalu cepat 🤣. Kenapa tiba2 dah February iniiiii 😅.
Tak banyak yg saya lakukan January. Awal tahun masih di Vietnam, balik jakarta hanya mengerjakan hal2 biasa. Ada ketemu dengan beberapa teman blogger jakarta, itu saja. Harap2 feb lebih happy 😄
Alhamdulillah, Na kembali aktif menulis. Saya rasa, bulan Januari berlalu dengan cepat, sebab saya sibuk buat persiapan umrah tempoh hari.
Post a Comment