بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat hari Arafah. Mohon keampunan daripada Allah terutamanya. Jangan lupa doakan mereka yang tertindas. Doa banyak-banyak selepas Zohor sampai Maghrib.
Hari ini hari jadi roh kita semua. Waktu ini Allah tanya kita siapa Tuhan kita.
Alhamdulillah hari ini dapat berseorangan lagi.
Jumpa lagi.
#jomdoa
Nota tambahan aktiviti hari Arafah:
Buat aktiviti sendiri seperti zikir dan doa seorang diri selepas Zohor waktu Malaysia. Kemudian pukul 8:30 malam ikuti seorang ini di saluran Youtube. Dia baru lepas sahur dan solat Subuh.s Di sana pukul 5:30 pagi. Ikuti dia zikir 'Allahuakbar' untuk 25 000 kali. Waktu dia solat Dhuha atau ke tandas, saya ambil kesempatan makan malam. Zikir sampai pukul 12:15 pagi waktu Malaysia dan di Arab Saudipun dah Maghrib. Saya tidur, dia teruskan. Terjaga sekejap masuk balik dia masih berzikir. Ikuti sekejap. Mengantuk balik dan tidur dan saya bangun semula pukul 5 pagi waktu Malaysia. Sertai berzikir juga sampai dia cukup 25 000 malah lebih 100 kali iaitu selepas Asar waktu sana. Habis awal sebab dia ingat zikir ini sampai waktu Maghrib. Sementara ada masa dia pula nak bersendirian untuk doa sehingga berbuka puasa. Doa itu rahsia dan masa bersendirian dengan Allah😊. Saya pula sini dah pagi takbir raya pula. Hehe seronok pula walaupun kami di zon waktu berbeza. Harap dapat buat lagi tahun depan. Insya Allah. Dia ada buat waktu Ramadhan lepas.


8 comments:
Masya-Allah. Harijadi roh kita ya. Semoga pengakhiran yang baik² untuk kita semua. Jom la kita banyak² berdoa. Salam Hari Arafah, NA.
Kemarin dah banyak berdoa. Berharap memang Allah mau mengabulkan doa2 kita semua. Selamat hari raya idul adha kak na ☺️🤗. Tak balik kampung kah?
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Eid Mubarak 🤍
Salam hari arafah (walaupun terlambat)
Semoga apa yang dihajati dimakbulkan Allah segera... 💐
Hebatnya berzikir sampai 25 ribu kali. Tahniah, sebab NA join. Zikir ini umpama magik juga, sebab selain tenangkan hati kita, Allah akan tolong senangkan yang sukar.
Bukan saya, saya tidak sampai 25 ribu sebab ada tidur lepas 12 tengah malam lebih.
Saya ikuti semula dalam pukul 3 pagi lebih.
Ya Allah tolong.
Post a Comment