Nuffnang

Wednesday, July 29, 2020

Review: Roti Cotek Di Laman Hijau Cafe

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Esok hari Arafah. Digalakkan berpuasa. 

Laman Luar Laman Hijau Cafe


Selasa lepas macam biasa mencuba pertama kali di Laman Hijau Cafe untuk bersarapan. Pukul 8 pagi lebih sampai bersama emak, abah dan Uwan. Kafe ini terletak antara deretan rumah. Kira kafe tepi rumah. Persekitaran memang bersih dan nyaman walaupun terletak di tepi jalan.

Kaunter Makanan


Saya tidak tahu hendak sarapan apa. Sarapan macam hidangan biasa ditemui macam nasi lemak, mee kari, rojak, roti canai, nasi berlauk. Jadi cuba roti cotek. Pandangan pertama macam roti titab.

Roti Cotek Di Laman Hijau Cafe.


Rasa macam biasa sahajalah. Boleh buat sendiri. Ada rasa sedikit mee kari yang emak pesan. Memang sedap dan memenuhi kehendak saya iaitu pekat dan pedas.

Uwan pesan roti telur, abah pula nasi berlauk. Apapun akan datang semula ke sini kerana hendak cuba menu lain sebab kami datang awal pagi. Ada menu belum tersedia macam kacang pool dan laksa nyonya. Insya Allah. 

Sesiapa nak cuba boleh ke alamat ini:

Laman Hijau Cafe,
Lot 2900, Kampung Tampin Tengah,
Tampin Negeri Sembilan.
No tel: 012 375 6377

Selain sarapan, makanan tengahari turut disediakan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat berpuasa esok.

Jumpa lagi.


Saturday, July 18, 2020

Rutin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Semoga gembira dan sihat.

Sejak PKPP, rutin kami banyak mencuba atau makan di kedai. Selain itu rajin bawa Uwan makan di luar biasanya untuk bersarapan kemudian lepak di rumah Uwan untuk masak tengahari kemudian selepas solat Zohor balik ke rumah.

Ada juga bawa Uwan untuk makan malam kalau kami sampai rumah Uwan selepas Zohor. Mak sebenarnya nak makan yong tau fu di satu kedai di Tampin tapi tutup pula. Kedai tomyam pun banyak yang tutup sebab tukang masak Thailand pun tidak dapat datang sini. Ada satu kedai jual masakan tomyam tapi tukang masak orang tempatan tetapi emak kata masakan rasa macam tidak sampai.  Tempat kami selalu makan iaitu tempat emak kutip sewa kedai pun tidak buka. Rasanya tempat itu paling sedap ikut tekak saya.

Minggu depan emak hendak ke 'Laman Hijau' untuk bersarapan. Agaknya sudah bersusun tempat makan difikirkan emak dan abah. Apapun saya hargai masa ini bersama ibubapa dan Uwan. Saya rasa emak dan abah tebus waktu untuk tidak dapat melancong. Apapun setiap perkara ada hikmah.Fikir yang baik.

Ok jumpa lagi.