Nuffnang

Saturday, May 14, 2011

Miskin



Assalamualaikum...


Selamat tengah hari. Kebelakangan ini orang sibuk tentang cuaca panas dan jerebu. Di sini memang tengah matahari dilitupi debu. Jerebu.


Ketika saya baru pulang dari menghantar H dalam keadaan penat, dapatlah panggilan telefon daripada bekas teman sekerja. Gembira sebab lama tak dengar khabar. Ingatkan dia telefon tu untuk bertanya khabar dan berborak-borak rupanya ada udang di sebalik batu. Dia mahu tarik saya masuk perniagaan. Saya rasa ralat juga dengan dia ni sebab berhubung bukan kerana untuk mengeratkan silaturrahim. Patut sebelum ni saya sms dia tak balas, tak kisahlah tapi bila tiba-tiba dia berhubung kerana nak saya sertai perniagaan yang dia ceburi. Korang pernah jumpa orang macam ni tak? Mesti pernah kan? Dalam alam maya pun kalau di FB, tiba-tiba ada orang tak dikenali nak 'add' kita, atau orang yang kita kenali tiba-tiba dekati kita dengan tujuan untuk menjual produk atau suruh kita masuk MLM yang mereka sertai.


Tak salah nak berniaga tapi cara tu kurang elok dan berhubung dengan niat yang tidak betul. Lepas tu bila saya tolak cara baik, bekas teman sekerja saya diam takde balas sms atau cakap apa-apa. Lagilah menguatkan pandangan saya, dia telefon saya semata-mata untuk dapatkan perniagaan. Kasihan betul saya orang macam ni, bagi saya orang macam ni memang miskin budi pekerti dan duit. Walaupun dia cakap dia dapat RM2000 seminggu tapi memang miskin. Mengapa saya cakap miskin? Korang tahu tak cerita wali Allah dan orang kaya? Ada satu hari seorang kaya ingin memberi wang kepada seorang wali Allah ni. Wali Allah tu tanya dekat orang kaya tu, "adakah kamu memerlukan atau ingin menambah harta kekayaan kamu?" Maka orang kaya tu cakap "ya". Wali Allah tu cakap, "ambillah semula wang yang kamu ingin berikan pada saya, saya tidak memerlukan wang kamu, kamu lebih berkehendakkan wang ini. Kamu lagi MISKIN daripada saya."


Maka boleh kita fahami daripada kisah wali Allah dan orang kaya itu, MISKIN bermakna kita bergantung penuh dengan apa yang kita inginkan.


Tidak salah untuk menambah pendapatan atau harta. Cuma saya perasan kebanyakan orang kurang mengambil berat tentang cara perolehan pendapatan atau harta. Ingat saya pernah bentang tulisan mengenai syukur? Banyak mana Allah kasi kalau kita tak syukur, kita takkan puas dengan apa yang kita dapat dan nak tambah setiap masa. Lagi satu mengenai berkat, perolehan rezeki mestilah memenuhi syarak, muamalat dan hubungan dengan Allah serta manusia dijaga dan tidak meninggalkan yang wajib seperti solat fardu. Maka bila kita dapati rezeki kita tak cukup untuk tampung sara hidup, tolong pertama sekali semak cara korang dapat duit tu, pastikan halalan toyyiban. Perhatikan ke mana duit korang tu dibelanjakan. Adakah dibelanjakan pada tempat sepatutnya? Kalau ada pembaziran atau belanja pada tempat tidak sepatutnya, sila kurangkan atau tidak membazir. Lepas dah semak dan buat pembetulan, rasanya tiada masalah duit tak cukup. Kalau semua dah diikuti dengan baik, menepati garis panduan Allah berikan tapi kita nak tambah duit tak kisah.


Ingat harta kekayaan yang banyak ni merupakan perkara berat dihisab oleh Allah. Sedangkan Abdurrahman bin Auf yang pemurah pun merangkak bila lalu titian sirat. Harta memang melambatkan dan membebankan hisab kita kalau tidak diuruskan dengan baik.


Saya macam menyampah sekarang ni dapat flyers pasal tambah duit cara mudah ada soalan tanya anda selalu kesempitan wang? Lepas tu menunjuk orang ni dapat RM2000 seminggu la, sebulan RM10 000 la dengan ikuti program yang diiklankan. Gelak saya dengan orang macam ni, orang yang miskin dan terdesak sangat dengan duit orang lain.


P.S: Daripada korang pening pasal menambah harta baik korang peningkan tentang hal hisab amal korang di akhirat. Peringatan ini untuk diri saya juga.


Fobia



Assalamualaikum...
Mesti korang terkejut sebelum ni ada tulisan pasal 'testing'. Haha sebenarnya, saya sibuk tukar settings nak tengok camne kan output pada pandangan blog orang lain alih-alih Google buat penyelenggaraan jadi bila saya nak buang tulisan 'testing' tu dapat mesej silap. Gelabah saya, hehe, terus pergi forum cari penyelesaian. Rupa-rupanya ramai dapat error yang diberikan kod tu. Tapi lama pula penyelenggaraan tu, saya takut ada yang rasa tertipu tengok tajuk 'testing' tapi isi takde. Maaf yer.
Dulu pun masa saya nak letak favicon wombat (yang korang leh nampak kat tepi alamat) ada silap juga. Nasib baik saya pergi forum juga. Kira Google ni bagus la, bila kita hadapi masalah bila tulis dan urus blog, dia beri platform untuk kita cari penyelesaian. Alhamdulillah masalah selesai juga.
Salah satu rupa anak patung wombat yang saya ambil daripada enjin pencarian
Lega penyelenggaraan ni sekejap. Dah tadi saya bersemangat dengan blog. Terus-terang saya ni fobia juga nak godek, ubah-ubah pandangan, susunan peralatan dalam blog ni nanti makin teruk saya ubah. Saya tengok ada juga blogger yang rajin ubah-ubah susunan perabot (amboi istilah) dalam blog dorang. Baru seminggu tak masuk blog dorang, bila masuk dah lain. Kalau saya pula ambil masa nak ubah-ubah, macam saya kata fobia nanti ubah-ubah ada masalah pula, elok-elok orang boleh tengok blog kita jadi tak boleh pula.
Korang ada masalah macam saya ni tak? Bagi tips kat saya untuk berani ubah-ubah susunan pandangan blog saya. Hehe fobia betul.

P.S: Ada masa saya rajin meneroka untuk ubah-ubah pandangan blog saya tapi ni ikut mood. Kalau tengah mood nak ubah-ubah dan cuba sesuatu pada blog. Ada ketika saya tumpu pada penulisan je.


Tulisan Awal Pagi

Assalamualaikum...


Terbangun tidur pukul 1:30 pagi terus teringat pada blog-blog kecintaan ni. Hehe, alang-alang mempunyai kelapangan masa maka haruslah gunakan untuk kemaskini blog. Sebelum ni hampir seminggu lebih tidak kemaskini blog.


Tulisan sebelum ni ada sebut pasal penyelenggaraan blogger. Mungkin kerana kerja menaik taraf sistem untuk telefon bimbit android. Terbaca di blog google pasal google baru sahaja memperkenalkan fungsi-fungsi baru untuk telefon bimbit android. Dalam berita pukul 8 malam pun ada. Saja kongsi maklumat kalau ada tertanya mengapa tidak boleh masuk blogger mungkin sebab ini agaknya.


Jumaat lepas sekali lagi saya ke MP kerana Maxis. Kali ke-2 ke Pusat Maxis maka kali ke-2 saya dapat ke Big Apple. Hehe kali ini beli 12 biji dengan harga RM25. Biar puas sedikit, lagi pula berkongsi dengan ahli keluarga. Dah nak hampir habis baru teringat nak ambil gambar.

Kotak Big Apple
Tinggal 4 biji donut. Saya punya yang warna kuning dan kuning di tengah

 


Alhamdulillah ada masalah Maxis dah selesai. Tiada iklan pihak ke-3. Memang jengkel hati saya terima iklan-iklan ini. Bahaya kalau kita terlanggan tidak sengaja. Jadi saya minta pihak Maxis terus buang dan sekat masuk dalam telefon bimbit, saya geram baca sms ni yang ada macam penipu. Ada sms ucap selamat harijadi dan suruh hantar mesej 'ya' untuk dapat hadiah. Bengong bukan harijadi saya pada bulan April. Nampak sangat sms dijana main hantar kat semua. Aman sedikit sekarang tiada sms mengarut. Kalau ada iklan pun daripada Maxis. Tu boleh dimaafkan sebab dipercayai tapi menjengkelkan juga terima iklan.


Ok itu aje kali ini. Jumpa lagi.

 

Wednesday, May 11, 2011

Rindu Menulis



Assalamualaikum...

Lama tak kemaskini blog. Selain sibuk dengan membantu persiapan H, pc umum ni ada masalah. Terima kasih kepada mereka yang merindui untuk membaca tulisan saya. Maka saya telah kembali menulis di pc umum. Weeee... alhamdulillah doa kalian. Hikmahnya bila lama tak menulis ialah baru saya dapat maklum balas daripada pembaca luar negara yang siap hantar emel mengadu tak dapat baca suruh saya bagi penyelesaian, wah-wah siap dia bookmark blog saya. Terima kasih yer.

Silalah baca dan memberi komen yang membina.

Jumpa lagi. Nanti sambung tulis lain.


Friday, April 29, 2011

Hemisfera Selatan


Assalamualaikum..
Bagi yang tidak tahu, malas nak ambil tahu atau malas nak tanya  apa itu hemisfera selatan. Hemisfera selatan ialah bahagian separuh bumi yang terletak di selatan di mana terletak 4 benua iaitu Antartika, Australia, kebanyakkan selatan Amerika dan separuh Afrika di selatan. 4 lautan pula iaitu Lautan Atlantik selatan, Lautan Hindi, Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Selatan. Sebahagian pulau Asia dan kebanyakkan negara Oceania (merujuk pada Wikipedia)

Ni pula imej yang diambil daripada Wikipedia.

Hemisfera selatan diwarnakan dengan warna kuning


Warna kuning mewakili hemisfera selatan. Perhatian: Jika diperhatikan Singapura TIDAK terletak di hemisfera selatan.
Ok sekian pembelajaran Geografi kita di pagi Jumaat ini. Moga anda mendapat manfaat dan pengetahuan yang saya ambil daripada Wikipedia. Jumpa lagi. Mari melancong.


Kenduri Kesyukuran



Assalamualaikum...
Kenduri kesyukuran yang kami anjurkan di surau telah berlangsung dengan jayanya selepas Maghrib tadi. Alhamdulillah, kami sekeluarga masak sendiri je. Penat juga, saya kena goreng banyak ayam dan karipap. Potong sayur seperti lobak merah, kacang panjang dan kentang. Menu ialah nasi tomato, dalca, ayam sambal, karipap, dadih strawberi, buah epal dan air pula air kotak dan air mata kucing. Masak di rumah dan bawa ke surau dah siap bungkus untuk lebih 50 orang. Nasib baik rumah dengan surau dekat sahaja. Depan rumah sahaja.
Ok itu aje nak bagitahu. Jumpa lagi.



Thursday, April 28, 2011

Sangat Tegas




Assalamualaikum...
Satu ciri saya ialah saya SANGAT TEGAS dengan sesuatu prinsip saya pegang, perkara yang saya suka atau tidak suka. Bermakna bila saya gariskan sesuatu cara, saya harapkan orang itu mematuhinya. Sila ikuti ok. Saya dah terangkan terperinci bagaimana melaksanakannya dan elakkan mengulangi kesilapan sama.
Sila ambil perhatian.



Hijrah




Assalamualaikum...
Selamat dinihari yang hening dan angin lembut menghembus diri dari lubang angin di atas rumah. Terbangun tidur dan tak dapat tidur bila Bubut menangis dari bilik sebelah. Menaip dari pc umum.
Adik saya, H semakin sibuk. Bukan sahaja sibuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi sibuk menguruskan visa. InsyaAllah tiada aral maka permulaan hidup berkeluarga bagi H adalah di rantau orang lagi. Apa boleh buat, kehendak H ingin bekerja di sini TAPI LAYANAN yang diterima sangat mengecewakan. Harapan saya moga H gembira di sana. Walaupun bermakna jauh daripada keluarga nukleus dan kemungkinan H menetap dan memohon PR kemudiannya adalah TINGGI. Alhamdulillah H mengambil moto saya, membuat kerja MESTILAH GEMBIRA dan MENYERONOKKAN.
Penghijrahan tidak dapat dielakkan sekiranya itulah yang terbaik. Betul tak? Kita sebagai manusia akan melakukan penghijrahan tempat,perangai,spiritual,mental dan lain-lain. Penghijrahan pula sama ada sementara atau kekal. Cuma kita nak atau tidak melakukan penghijrahan.
Saya pun ada menyimpan impian untuk berhijrah tempat. Kalau H memilih ke hemisfera selatan maka saya memilih untuk ke hemisfera utara (adik, M dah ada di sana). Haha luas bumi ini. Bahagian mana hemisfera utara yang ingin saya diami? Adakah Kutub Utara? Jeng-jeng...Saya dapat bayangkan keadaan saya, persekitaran bagaimana saya inginkan. Apapun saya akan hargai keadaan saya sekarang dan menikmati dengan maksima hidup di negeri Melaka secara khusus dan Malaysia secara umum. Allah memberi sesuatu untuk kita hargai dan gunakan setiap detik sebelum Allah beri yang lain pula. Saya cuma perlu bersabar bilakah detik masa, suasana dan tempat akan BERTUKAR pula.
Mengapa saya nak berhijrah jauh daripada ibubapa tercinta? Banyak sebab sebenarnya. Pandangan hati dan mata saya terbuka pada sesuatu perkara. Eh susahnya nak terangkan. Ada perkara sebelum ini, saya TIDAK ENDAH maka tetiba ia menjadi daya tarikan pula. Wahwah sungguh ayat berlapis terlipat ni.
Takpelah bila dah jadi realiti boleh cerita terperinci dan terang lagi bersuluh. Tulis panjang-panjang pun nanti orang cakap KUAT BERANGAN. Jumpa lagi. Doakan ye semoga impian saya tercapai.

P.S:Tulisan ini ada kaitan dengan ini dan ini serta ini.Faktor ini juga. Banyak daa ini.


Wednesday, April 27, 2011

Tulisan Ringan Lagi



Assalamualaikum...
Selamat pagi. Wah-wah semalam saya buat pos pasal makanan je. Sekali-sekala dan untuk kawan saya yang tak dapat menikmati hidangan 1/4 chicken KR tu buat sementara waktu bolehlah mencuba sebelum dapat pergi ke KR. Sayapun bila teringin sangat nak makan ayam panggang ala KR bilamana malas nak pergi maka buat sendiri untuk memenuhi kehendak rasa. Tak susah pun sebenarnya. Malahan jimat dan boleh makan banyak kali. Haha semalam makan mufin coklat. Ini adik saya Y buat, maka rasa lengkap set seperti KR punya. Nanti saya pos cara buat makaroni keju pula.
Pada sisi lain, lagi 3 hari (Sabtu), H akan kahwin. Maaf yer saya tersilap, kata sama tarikh pula dengan perkahwinan Putera William padahal lewat sehari. Dah ada baju kurung untuk majlis di sini tapi bertandang di sana saya belum pilih baju kurung mana nak pakai.
Maaflah tulisan ringan lagi. Idea ada tapi nantilah, itu kena ambil masa nak tulis dengan hemat.
Jumpa lagi.

Pondering...

Don't blame others for your hiccups or failures

Tuesday, April 26, 2011

Resipi Salad Pasta Fusilli




Assalamualaikum...
Pernah tak makan salad fussili di KR? Mesti tertanya-tanya bagaimana nak buat salad tersebut.

Salad Pasta Fussili


Kalau di KR, pasta fussili berwarna-warni kan. Saya beli yang warna putih je.

Bahan-bahan

Pasta fussili
Bawang besar dihiris bulat-bulat
Kubis dihiris halus
Lobak merah dihiris halus
Cili api dihiris
Secubit garam
Sesudu besar minyak zaitun
Sesudu besar cuka putih
Serbuk lada hitam

Cara membuat

Pada periuk mengandungi air dan garam letakkan pada tungku dapur. Apabila mendidih, masukkan fussili. Rebus mengikut arahan pembungkusan. Kira-kira 10 minit.
Angkat dan toskan. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam fussili. Gaul hingga rata. Siap untuk dimakan. 

P.S:Boleh guna apa-apa sayur untuk ganti macam brokoli, lada capsicum dan lain-lain.



Gambar Jus Air Buah Naga


Assalamualaikum...
Ingat tak saya pernah tulis tentang jus air sejuk buah-buahan? Kalau tak ingat boleh klik di sini. Kali ini saya nak tunjuk jus buah naga yang saya buat berhubung tulisan tersebut. Maaf kualiti gambar tak bagus sangat, guna kamera telefon bimbit sahaja. Cara nak buat pun ada pada tulisan tersebut.
Selamat mencuba.

Jus Air Buah Guna Buah Naga


Resipi Ayam Panggang Lada Hitam Cara Saya




Assalamualaikum...
Semalam waktu hampir tengah hari ketika sorang-sorang di rumah sambil tengok ulangan bola, terasa mahu makan ayam panggang. Dah ada lauk dan nasi tapi nak makan ayam panggang yang dibakar dalam ketuhar. Maka saya mengambil, 2 keping ayam dalam peti sejuk beku. Masih beku. Maka basuh dan seterusnya resipi ialah

Bahan-bahan

2 keping ayam (mana-mana bahagian ayam boleh)
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar cuka putih
1 sudu kecil cili kering serbuk
garam secukup rasa
lada hitam halus (grated) ikut banyak mana

Cara membuat

Gaul semua bahan-bahan tersebut. Masukkan ke dalam kuali leper. Panaskan ketuhar 5 minit pada suhu 200 darjah Celcius.
Setelah itu, naikkan suhu ke 220 darjah Celcius. Masukkan kuali leper yang mengandungi ayam ke dalam ketuhar. Bakar sehingga 25-30 minit. Ayam akan menjadi coklat keemasan.
Mudah sahaja cara saya buat. Anda boleh buat kuah kentang lenyek. Boleh klik di sini. Saya semalam cuma pakai sos je sedap gak.
Selamat mencuba. Jumpa lagi.Maaf gambar tidak diambil ketika itu.


Monday, April 25, 2011

Di Mana Ada Kemahuan




Susahnya nak istiqamah buat sesuatu perkara baik. Berusaha wahai diri. Teruskan usaha dan kalau gagal, bangun dan teruskan.


Tulisan Ringan




Assalamualaikum...
Pesta Buku telahpun bermula pada 22 April tapi saya belum pasti bila nak pergi. Adakah esok? Ketika H menghantar Y dan Bubut ke KL? Atau saya pergi lepas majlis nikah H nanti? Pening-pening.
Pada perkara lain pula, waktu tidur saya dah berubah lagi. Kembali kepada hampir normal. Maknanya malam tidur, siang berjaga. Bersesuaian pula pada minggu ini, sibuk. Bagus betul badan saya ini boleh ubahsuai bila nak tidur ikut keadaan.Yeah tepat, saya tiada masalah tidur ikut waktu tempatan. Automatik kapal terbang mendarat, saya adalah orang yang mengikut keadaan di sana. Kuang kuang tak boleh belah ayat ni.
Oklah, maaf tulisan ringan je. Jumpa lagi.

 


Sunday, April 24, 2011

Penghargaan- Meraikan Pencapaian



Assalamualaikum...
Selamat berehat pada hujung minggu. Ada beberapa tulisan saya sebelum ini tentang kesyukuran, ucapan terima kasih atas segala yang menyenangkan. Tulisan itu sebagai penghargaan apabila dikurniakan nikmat yang tidak disangka atau yang diinginkan.
Atas dasar untuk sentiasa ingat dan mengamalkan ayat al-Quran yang lebih kurang "jika engkau bersyukur Aku akan tambah nikmatKu dan jika engkau kufur azabKu amat pedih." Salah satu cara saya ialah menulis di blog (selain menulis di diari dan ingat ketika susah)
Ikutkan, orang bukan Islam pun ada amalkan maka apatah lagi kita sebagai orang Islam, lagi perlu. Saya pernah ulas buku 'Law of Attraction' oleh Michael J.Lousier, dia menekankan bila kita dapat apa yang kita inginkan walaupun perkara itu kecil hendaklah kita meraikan perkara tersebut. Maksud saya meraikan ialah menyebut dan mengingat tentang perkara yang kita BERJAYA capai (atau perkara yang hampir kepada pencapaian tersebut) pada orang lain, tulis pada jurnal. Boleh aje buat doa kesyukuran, sujud syukur, puasa, nazar,sedekah untuk setiap pencapaian kita. Kata Lousier, perkara kecil ini kita raikan maka ia akan menjadi LEBIH BESAR pencapaiannya. InsyaAllah. Jadi pernyataan Lousier adalah mengikut firman Allah yang saya tulis di atas. Tak percaya, sila buat bagi yang belum pernah buat. Eh tapi dengan syarat jangan tinggal yang UTAMA atau kewajipan atau fardu.
Jangan salah faham kalau saya menulis tentang PENCAPAIAN yang saya dapat bukanlah ingin membanggakan tapi ingin merasa gembira dengan meraikan PENCAPAIAN tersebut. Saya minta maaf kalau ada salah silap penerangan saya sebelum ini. Hidup memang satu didikan untuk kita dan apa-apa ujian yang kita hadapi merupakan petanda sama ada Allah inginkan naikkan darjat kita atau menghapuskan dosa. Tentunya kita ingin BERSIH sebelum kita pergi ke alam SANA. Terima kasih semua kerana membaca blog saya.
Jumpa lagi. InsyaAllah 

P.S: Tiada aral, ada kenduri kesyukuran Khamis depan. InsyaAllah. Dari semasa ke semasa, saya akan tulis tentang meraikan PENCAPAIAN.





Saturday, April 23, 2011

Tak Payahlah Sakit Hati




Assalamualaikum...

Perlu ke kita cemburu pada orang lain? Tidak perlu kita cemburu pada nikmat yang dimiliki oleh orang lain tetapi kita PATUT cemburu pada orang lain yang dapat melakukan kebaikan, ketaatan dengan nikmat yang mereka ada LEBIH daripada kita.
Jadi tak payahlah sakit hati dengan kesenangan orang lain. Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki.


Tidak Dijangka



Assalamualaikum...

Gembira dan alhamdulillah, tidak sangka mendapat hasil. Saya tidak mengharapkan ketika masuk laman ini. Saya dah lama tak masuk dan saya masuk sebab nak tahu lebih lanjut tentang hal lain.

Harap-harap hasil semakin meningkat dan saya tidak mahu terlalu teruja. Biar secara normal.

Terima kasih kepada yang memberi sokongan membaca blog saya. Tidak lupa syukur pada Allah. Jumpa lagi.

Renungan pada diri: Banyak-banyak ingat dan syukur pemberian Allah ketika senang.