(Tulisan meluahkan perasaan)
Oleh kerana ketika sesi meluahkan yang adik saya buat, saya rasa sedih kerana adik saya terkena tempias keadaan begini. Maka terfikirlah bagaimana mahu meringankan beban dia. Sedang fikir, sambil melilau di bilik sementara adik saya tidur, saya tengok banyak baju dia tak basuh. Bila dia nak basuh kalau kerja sampai kul 10 malam? Sabun basuh baju pun belum dia beli, inikan pula baldi. Syahdu betul. Dah seminggu duduk sana. Rumah sewa pun tak cari. Nak cari apa, kalau kerja sampai seminggu dan balik kerja pukul 10 malam? Bila pula nak cari dan masa nak cari? Kitaorang sebelum tu ada pusing-pusing sekitar tempat kerja dia, tengok-tengok rumah kalau ada rumah kosong. Abah menolong. Lepas tu masih lagi sesi meluah perasaan, saya terfikir kalaulah saya ni jenis rajin memandu kereta, memang hari-hari saya pergi ke tempat dia bawa makanan dan bawa balik baju kotor. Tengah fikir-fikir tu, macam selari lak pemikiran mak dan kata mak kemudiannya, emak menyambung kata nak datang minggu depan. Saya dengan spontan cakap, "H, Na boleh tolong basuh baju kotor, nanti minggu depan bawa balik baju bersih." Adik saya kumpul baju dalam satu beg besar. Saya gembira ada juga yang boleh saya tolong. Bagi saya, penting kita gembirakan dan tolong orang. Kalau tak mampu, jangan menyakitkan hati. Diam-diam sudah. Jangan nak beratkan jiwa orang lain dengan menambahkan sakit hati dengan buat lawak bodoh. Saya pantang orang camni. Dahlah saya ni jenis orang yang tak mudah gelak/senyum dengan lawak splastik/bodoh. Diam-diam sudah.Paling teruk, korang doakan moga orang itu selesaikan masalah. Habis cerita.
Assalamualaikum..
Selamat tengah malam Isnin. Bagaimana cuti hujung minggu korang dihabiskan? Saya kepenatan lak hari Ahad ini. Pada minggu ini masa saya bertarung tidur lewat, kul 3 pagi lebih baru tidur. Itupun paksa-paksa takleh, saya mandi, lepas tu alhamdulillah, lena juga tapi bangun subuh gajah pula walaupun jam dah tetapkan pukul 5:20. Nampaknya memang akan tidur lena walaupun jam berdering.
Pagi lak bangun tu mak cakap masa nak pergi ke Muar. Jenguk adik lelakiku si H yang dah seminggu ditugaskan di Hospital Muar. Mahu melihat keadaan dia. Bersiap dan kami bertolak dalam pukul 10. Sepanjang jalan mengikut jalan dalam lalu Kandang, Telok Mas, Merlimau (tengah pilihanraya,meriah dengan poster) dan seterusnya akhirnya sampai ke Muar.
Ingatkan adik saya gembira di sana, rupanya dia tertekan. Kalau tertekan kerana kerja takpelah. Ini doktor MO macam buli dia, mentang-mentang dia tengah HO. Cuti pun bagi 8 hari dalam 4 bulan. Macam tak masuk akal. Kerja yang lagi rendah, operator pun kena ada cuti. Pelik saya. Manalah doktor Malaysia tak lari ke luar negara. Ikut asal pun adik saya takmo balik Malaysia, kerja di luar negara sebab dia dapat tawaran. Oleh kerana dia terikat dengan perjanjian JPA dan adik saya memikirkan kalau dia 'lari', mak saya yang akan kena bayar habis pada satu masa itu juga. Eh adik saya bukan lari hutang tau tapi dia takmo kerja sini sebabkan persekitaran dan cara kerja ler. Jangan salah faham. Adik saya meluahkan perasaan. Biarlah dia nak lepaskan rasa, emak memberi nasihat dan saya pula macam poyo sikit. Mak saya cakap jangan ambil cuti tak bergaji walaupun sehari, takut lambat naik jawatan, saya pula akan cakap SEBALIKNYA. Saya cakap, "H, tak tahan cuti aje. Kita buat kerja kena seronok." (tak habis-habis dengan falsafah/moto yang saya pegang. Mak saya menyampuk, "mana ada kerja yang buat seronok? Semua ada tekanan." Saya membalas"mak,kalau pasal kerana kerja (nature of work) takpe tapi masalah sikap manusia yang suka menyakitkan orang lain. Nanti lagi selalu sakit." Adik saya cakap, "harap-harap dia tahan dengan kerja lebih masa dan sihat, dia risau buat masalah besar macam salah cucuk, salah bagi ubat. Sebab dia cakap ada kerana banyak kerja, carta lama pesakit tidak dikemaskini status dah bagi ubat apa." Mak saya pun ada bebel, patut orang atasan bagi dorongan,sokongan supaya kita teruskan kerja dan takdelah minta nak pergi tempat lain. Itulah saya pun fikir begitu. Mengapalah ada sesetengah ketua, kalau ada pekerja bawahan masuk nak buli? Nak je saya cakap kat ketua tu "apa awak dapat dengan membuli?" Mak cakap dorang ni balas dendam sebab dulu MO buat dorang camtu. Aik nak balas dendam? Bagi saya camnilah, kalau saya, orang buli saya, mungkin saya diam tapi jangan ingat saya diam saya ni BODOH. Saya lagi BIJAK kerana saya guna kesabaran. Tak tahan saya mengadu je kat Allah, biar mereka sedar dan insaf. Itu cara saya. Cakap dalam hati "kau susahkan aku di dunia, aku susahkan kau di akhirat. Padan muka." Hehe kalau abah dengar perkataan ini keluar daripada mulut saya memang mampus. Abah saya ni lak tak suka saya bersikap camtu. Dulu pernah saya cakap camni kerana beg sandang masa universiti dicuri orang dengan duit banyak pula tu kena curi. Saya menangis kat abah dan cakap macam lebih kurang saya cakap dalam hati tu (tapi lain sikit,taknak tulis sebab rasa melampau apa saya cakap tapi bukan mencarut tapi teruk juga saya harap dorang kena pembalasan)Oleh kerana ketika sesi meluahkan yang adik saya buat, saya rasa sedih kerana adik saya terkena tempias keadaan begini. Maka terfikirlah bagaimana mahu meringankan beban dia. Sedang fikir, sambil melilau di bilik sementara adik saya tidur, saya tengok banyak baju dia tak basuh. Bila dia nak basuh kalau kerja sampai kul 10 malam? Sabun basuh baju pun belum dia beli, inikan pula baldi. Syahdu betul. Dah seminggu duduk sana. Rumah sewa pun tak cari. Nak cari apa, kalau kerja sampai seminggu dan balik kerja pukul 10 malam? Bila pula nak cari dan masa nak cari? Kitaorang sebelum tu ada pusing-pusing sekitar tempat kerja dia, tengok-tengok rumah kalau ada rumah kosong. Abah menolong. Lepas tu masih lagi sesi meluah perasaan, saya terfikir kalaulah saya ni jenis rajin memandu kereta, memang hari-hari saya pergi ke tempat dia bawa makanan dan bawa balik baju kotor. Tengah fikir-fikir tu, macam selari lak pemikiran mak dan kata mak kemudiannya, emak menyambung kata nak datang minggu depan. Saya dengan spontan cakap, "H, Na boleh tolong basuh baju kotor, nanti minggu depan bawa balik baju bersih." Adik saya kumpul baju dalam satu beg besar. Saya gembira ada juga yang boleh saya tolong. Bagi saya, penting kita gembirakan dan tolong orang. Kalau tak mampu, jangan menyakitkan hati. Diam-diam sudah. Jangan nak beratkan jiwa orang lain dengan menambahkan sakit hati dengan buat lawak bodoh. Saya pantang orang camni. Dahlah saya ni jenis orang yang tak mudah gelak/senyum dengan lawak splastik/bodoh. Diam-diam sudah.Paling teruk, korang doakan moga orang itu selesaikan masalah. Habis cerita.
Kesimpulannya, kita hidup bermasyarakat, kenalah bertimbang rasa, tidak menyakitkan orang dan membantu sekiranya mampu. Sekiranya tidak mampu, doakan kesejahteraan mereka. Bukan rugi buat baik kerana kalau kita gembirakan orang, Allah akan gembirakan kita di akhirat (kadang-kadang di dunia pun dah dapat balasan baik). Sekiranya kita menyusahkan orang, faham-faham sahaja natijah korang dapat. Sama ada korang minta maaf pada orang yang korang sakitkan atau tak sempat dimaafkan, kenalah pula seksaan di akhirat. Bukan susah pun. Kalau rasa tak boleh buat baik, sekurang-kurangnya jangan menyakitkan orang. Duduk jauh-jauh sikit, jangan dekat dengan saya. Jangan mengada-ngada nak kenal dengan saya.
Haha maaf ini tulisan meluahkan perasaan. Kita manusia kadang-kadang kena meluahkan perasaan macam adik saya buat. Sama macam saya.Jumpa lagi.
2 comments:
kak wina :) yup, kene sentiasa bersabar.. org yg sabar akan dapat hasil nye gak suatu hari nanti, insyaAllah.. /me suke 'kalau rasa tak boleh buat baik, sekurang-kurangnya, jgn sakitkan hati org, duk jauh2 ckit, jgn dekat dgn saye' ;)
Entah menyakitkan aje orang camni. Eh bila Fifi nak kemaskini blog? Tunggu nak baca :)
Post a Comment